Bab 1 ; Rumah Makchaq

14.8K 613 27
                                    

Hanis memandang kosong keluar tingkap. Perjalanan dari Ipoh ke rumah makchaq yang terletak di Alor Setar memakan masa tiga jam. Mereka baru sahaja melepasi sempadan Pulau Pinang. Hanis menguap, keadaan di dalam kereta sunyi sepi. Hanya kedengaran celoteh penyampai radio sahaja.

Encik Arifin, Puan Halina, Faliq serta Arief bergerak dahulu dari Hanis dan Naqif yang menyusul selepas mengisi minyak. Hanis dan Naqif menaiki Perodua Axia milik Hanis manakala yang lain menaiki Honda City milik Encik Arifin. Hanis memandang sekilas adiknya yang tenang memandu.

" Akak tak sukalah angah kena stay dekat rumah makchaq, kalau diorang ada sekali tak apalah jugak ni? " Hanis mengeluh berat. Naqif melirik si kakak dari ekor mata di sebalik kaca mata hitam yang dipakai.

" Leklah akak, abang Idran je pun. Dia bukannya nak kunyah akak. Dua bulan je, pejam celik pejam celik dah dua bulan. " balas Naqif selamba dengan sifat coolnya.

" Urgh angah bolehlah chill, angah tetap stay asrama universiti kesayangan kau tu! " balas Hanis sedikit mendengus.

" Abang Idran je bukan makhluk halus. "

" Yelah tapi aku nak kena bertudung tau tak! Nak kena jaga aurat lagi. Nak kena jaga dua ekor tenuk tu lagi. Astaga stress sis gini! " Hanis mula angkat kaki bersila.

" Akak buat macam biasa je insya Allah ok. Jangan stress sangatlah, okey? " Naqif senyum memandang si kakak. Hanis menjulingkan mata.

" Tapikan kak, asal kau tak suka sangat abang Idran tu? Setahu aku dia tak ada buat salah apa pun dengan kau? Ke... " Naqif memandang wajah si kakak dengan pandangan curiga.

" Natang apa hang ni? " ha sudah terkeluar loghat utara si Hanis Aqasha melihat wajah si adik yang sengaja mengusik.

" Kau pernah suka abang Idran ehh??" soal Naqif, Hanis membulatkan mata sebelum terdiam kemudian..

" Errr merepek ah kau ni, dah diam! Tu lampu hijau! " Hanis segera mengalihkan topik.

Hanis kembali memandang keluar tingkap. Naqif memandang kakaknya dalam diam sambil tersenyum.

***

" Assalamualaikum! " Hanis memegang pintu pagar rumah makchaq. Kepalanya terasa berputar-putar dan perut terasa memulas. Rasa loya!

" Eh kau kenapa kak? " Naqif memandang semacam pada si kakak yang memegang perut dan pintu pagar yang terbuka.

" Tak ada apa, kau jalanlah dulu. " Hanis menolak bahu Naqif.

Tekak semakin kembang dan terasa loya hendak termuntah. Hanis cuba bertenang, deruman motosikal berkuasa tinggi jelas kedengaran di belakangnya namun Habis mengendahkan sahaja. Tekak sudah kembang semacam, ni mesti gastrik ni!

Dia tak ambil breakfast tadi, dari pagi tadi sampai petang sekarang ni perutnya hanya terisi sekeping roti kosong yang sempat dicapai tadi.

Tekaknya semakin kembang, dan akhirnya Hanis terkulai di dalam pelukan seseorang.

Halah halah klise benar!

" Ya Tuhan! Kakak! Abang Ran! " Naqif memegang bahu si kakak yang sudah terkulai dalam dakapan Idran.
Ya, si dia mula memunculkan diri. Siapa dia? Dia, Megat Idran Hakim Megat Amri. Lelaki tak berperasaan yang sentiasa nampak cool. Senyuman tipis sahaja meniti di bibir, tak banyak bercakap, anak lelaki sulung dalam keluarga.

Hati Ini Milik Siapa? Where stories live. Discover now