Bab 4 ; Malu

12.2K 572 29
                                    

Hanis mundar-mandir di dalam bilik memikirkan cara macam mana dia mahu berlagak selamba di hadapan abang sepupunya yang satu itu? Malu tak usah cakaplah, dia rasa macam nak cabut kepala lepas tu letak dalam paper bag. Kenapalah dia cuai sangat sampai boleh jatuh atas Megat Idran tu?

Huwaaa, malu!!

Tok! Tok!

" Asha. " Hanis terbuntang mendengar suara itu. Alamak! Dia nak apa?

" Err ya, kenapa eh? Orang nak solat ni. " bohong Hanis sedangkan dia sudah lama solat.

" Makan. " Megat Idran diluar pula berlagak selamba seolah-olah tiada apa yang berlaku.

" Err okey kejap lagi orang keluar. Makanlah dulu. " arah Hanis menekup wajah, oh men macam mana dia nak keluar ni? Rasa malu ni belum hilang lagi woi!

Sudahlah tadi selamba dia je renung anak teruna orang tak lepas, pegang dada 'orang tu'.  Ya Allah malunya! Tapi tadi bukan salah dia seorang, err kan? Kalau Idran tak ada dekat situ mesti tak jadi apa-apa. Paling teruk pun dia terlentang sendiri tak adalah jatuh diatas lelaki itu. Okey ni semua salah Megat Idran!

Jadi kenapa dia nak malu?

" Ergh, malulah siot! Macam mana aku nak hidup dekat sini dua bulan lagi? Aduh, baru duduk sini dah buat hal! " rungut Hanis sendirian, rambut yang diikat tocang itu sudah berserabut.

" Oi kakak! Jom makan! Orang semua dah tunggu! " kali ini Faliq pula memanggil, Hanis bangun daripada duduknya.

" Kejap, tengah wirid ni! " laung Hanis. Cardigan hitam disarung menutupi lengan yang terdedah. Tudung sarung hitam dipakai.

" Gila! " kutuk Faliq disebalik pintu.

Hanis memandang cermin tanpa menghiraukan kutukan Faliq.

" Fighting dude fighting! " Hanis melangkah keluar dari bilik usai membuat kiraan hingga sepuluh. Saat dia sampai di pintu dapur, semua mata tertoleh memandangnya. Hanis berlagak selamba walhal dalam hati rasa macam nak tercabut segala organ dalamannya.

" Keluar pun wahai tuanku puteri. " sindir Faliq selamba.

" Aku solatlah. " balas Hanis mengambil tempat di sebelah Arief. Tipu sunat tak apa kot.

" Solat apa? Dhuha? Ke terawih? " balas Arief pula. Pukul 6:55 petang solat apa? Takkan tak solat Asar lagi sedangkan kakaknya ini memang solat on time.

" Solat hajat. " balas Hanis tak nak kalah. Kedua-dua adiknya itu dijeling tajam.

" Baca doa. " Idran mencelah usai menyediakan hidangan.

Usai mengaminkan doa, Hanis tunduk makan tanpa suara. Keadaan meja makan tika itu canggung dan sepi, hanya kedengaran bunyi sudu berlaga dengan mangkuk sahaja. Idran membisu manakala Hanis menyepi. Masing-masing dalam dunia sendiri.

" Sedap ah abang, abang Ran masak ke? " soal Arief dengan mulut penuh. Hanis mencuit bahu adiknya agar menghabiskan kunyahan dahulu.

" Tak, abang beli. " Idran diam kembali. Faliq mengangkat kening, Arief tersenyum senget.

" Kak, kau solat hajat nak kahwin dengan abang Ran ke? " Faliq mengusik. Arief ketawa.

" Uhuk! uhuk! " Hanis tersedak, oit nasi sangkut dekat tekak woi!

" HAHHAHAHHA. " Faliq ketawa.

Sedang Hanis menepuk dadanya, seseorang menghulurkan gelas air. Terus diteguk air kosong itu dengan rakus tanpa melihat si pemberi.

" Terima kasih. " Hanis angkat muka, Idran memandang tepat ke arahnya dengan wajah penuh tanda tanya.

" Okey? "

Hati Ini Milik Siapa? Where stories live. Discover now