Bab 21 ; Comfort Her

10.9K 463 25
                                    

Idran memicit dahi, tubuhnya yang masih cedera makin bertambah lelah dengan masalah yang melanda sekarang. Dia menyandarkan tubuh pada sofa sebelum memejamkan mata, mencari ketenangan yang dirasakan mustahil untuk hadir tatkala itu. Suasana ruang tamu itu sunyi sepi, semuanya terdiam menanti kata putus yang keluar daripada mulut Idran. Nak tak nak dia harus beri kata putus, namanya sudah tercemar. Dan paling teruk sekali, maruah Hanis sudah dipijak-pijak hingga hancur.

Khaysarah dan Faliq hanya memandang satu sama lain manakala Zunairah pula hanya merenung dalam wajah abangnya yang jelas sedang kusut dan serabut.

" Is it getting married is the only solution now? " soal Idran dengan wajah barai, dia dah barai teruk dah ni daripada tadi diasak pelbagai soalan. Bermula dengan bertubi-tubi soalan daripada Khaysarah, Faliq dan juga yang terakhir sekali pastilah Zunairah. Sudah beberapa kali dia terangkan kedudukan sebenar dia dan Hanis tapi entah kenapa bebal sangat diorang nak faham.

Tak, dia tak ada langsung niat nak buat benda-benda tak elok dengan adik sepupunya itu. Dia seorang pendakwa raya jadi dia tahu kesalahan akta yang disabitkan buat seorang penyerang dan perogol. Ya dia tahu semua itu. Pandangan serong yang dilemparkan Pakcik Rahman dan Makcik Kinah cukup buat dia lelah.

" Kau kahwin jelah bang. " cadang Khaysarah sedikit teruja, mananya tak teruja. Memang daripada dulu lagi dia dah ship sepupunya itu dengan Megat Idran lepas dapat tahu yang Hanis menyimpan perasaan buat abang dia yang macam tenuk ni.

" Ikut suka kaulah, aku tak boleh nak paksa lagipun mama dengan abah jauh. Kau pun dah ada girlfriend jadi suka hati kaulah nak buat apa. " usul Zunairah pula, memang dari dulu lagi dia dah pesan agar berjaga-jaga. Dia juga kenal Idran, lelaki itu walau nampak dingin dan tak berperasaan namun cukup menjaga batasnya dengan wanita. Dan dia juga kenal adik sepupunya itu, nampak sahaja gila-gila tapi dia percaya makcik dan pakcik sudah beri yang terbaik buat Hanis.

Jadi sekarang ini terserah pada keputusan Idran sendiri sama ada mahu mengahwini Hanis dan menutup aib mereka ataupun tak berbuat apa-apa.

" I have no idea. " balas Idran lagi dengan mata terpejam, Faliq hanya diam tak menyampuk lagipun dia bukanlah siapa-siapa nak masuk campur hal orang besar ni.

" Faliq. " seru Idran dengan mata masih tertutup, Faliq menyahut.

" Ya, awat? "

" Tolong Khay papah Kakak Hanis masuk dalam bilik. Tutup aircond, buka kipas lepas tu ambil Cool Fever dalam fridge. " arah Idran selamba dengan suara yang lemah. Dengan mata masih terkatup itu dia memicit pelipis dan kepala yang terasa berdenyut.

Usai sahaja 'menghalau' pemergian Pakcik Rahman dan Makcik Kepoh itu, Khaysarah menjengah ke ruang bilik Hanis bersama Zunairah. Gadis itu sedang tertidur meringkuk kesejukan dengan wajah masih basah dengan air mata di atas katil. Dalam keadaan lena pun air mata Hanis mengalir lesu menuruni pipi. Ah, Hanis terlampau takut! Takut dengan Encik Ariffin, takut jika umi dan walid tahu akan perkara ini.

Siapa yang tak takut jika dituduh bersekedudukan? Memalukan keluarga? Menconteng arang?

Jadi Khaysarah membuat keputusan untuk mengejutkan Hanis dan membawa gadis itu untuk duduk berbincang dengan mereka di ruang tamu depan. Itupun Hanis kelihatan takut-takut sahaja hendak melangkah ke depan, dipeluk kuat tubuh Khaysarah. Memang dah tak peduli dah kalau dicop mengada dan cengeng! Ah, dulu dia balik lambat seminit pun walid dah rotan jadi agaknya apa yang dia akan kena pulak kalau dah buat macam ni even benda tak betul pun tapi tetap memalukan!

Tengah berbincang pun Hanis boleh terlena dalam tangisan yang tak berkesudahan, sampai demam-demam pulak tu!

" Pergi masuk tidur, pasal semua ni nanti aku fikirkan. Dah lewat ni. " putus Idran, lelaki itu bangun dan saling berbalas pandang dengan Zunairah yang hanya beriak tenang. Khaysarah dan Faliq pula sudah memapah perlahan tubuh Hanis yang lemah longlai itu.

Hati Ini Milik Siapa? Where stories live. Discover now