Bab 8 ; Mengancam

12.1K 530 33
                                    

Hanis tersengih-sengih memandang skrin televisyen yang sedang menayang wajah Sean Lee dan Janna Nick. Faliq pula sibuk dengan game ditangan. Arief pula khusyuk mengunyah kerepek kentang bersama kakaknya.

" Ala comellah dia ni. " kata Hanis teruja memandang wajah Sean Lee. konsentrasi Idran yang baru keluar dari bilik tidurnya itu terganggu. Dia mengambil segelas air sejuk sebelum menuju ke ruang tamu memandang karenah tiga beradik itu.

" Muka jambu celah mana comelnya kak? Hana tu lawalah ehe. " balas Arief dengan mulut penuh.

" Sweet la Nik ni urm, akak harap satu hari nanti jumpa lelaki macam dia. Comel gila! " balas Hanis pula sambil tayang wajah angau jiwa raga. Arief pula buat-buat nak termuntah.

" Kalau dia jumpa akak, nak ke dia sunat? " balas Faliq, Arief terkekeh-kekeh.

" Tak senonoh! Bukan dialah! Tapi lelaki yang ada personaliti macam dia, comel dan clingy, sentiasa positif, kaya tapi merendah diri. Macam tu lah. " balas Hanis pula, Idran yang sedang berdiri sambil memeluk tubuh itu hanya memandang kosong wajah Sean Lee.

" Bukan kau cakap suka lelaki tall, dark and handsome ke? Sejak bila pula minat yang tall, skinny and cutie ni? " tambah Faliq, tangan lincah menekan-nekan skrin telefon.

" Sejak aku dah tak jumpa lelaki tall, dark and handsome yang belum berpunya. " balas Hanis masih lagi tersengih melihat wajah Haznik yang dilakonkan oleh Sean Lee.

" Gedik eh kau kak, siapa je nak kau? Dahlah suara nyaring, garang, kasar, pemalas, sopan pun tak fuh lelaki malang manalah yang nak kau nanti kan Rep? " Faliq mengusik, terbahak-bahak dia ketawa bersama Arief. Tiga beradik itu masih lagi tak perasan kelibat Megat Idran yang terpacak berdiri di belakang sofa tempat mereka berbaring dan melepak.

" Ha kutuk-kutuk ah, nanti suatu hari nanti korang tunggu jelah kad kahwin akak dengan billionaire. Masa tu, aku tak kenal dah korang hahaha jangan panggil aku kakak dah masa tu panggil tuanku. " balas Hanis pula sengaja ingin mengusik adiknya.

" Eleh last-last kau kahwin dengan Abang Ed tu je. Balik-balik dia je, dia je buta nakkan kau kak. Kau terima jelah BAHAHAHA! " Arief mengungkit pada anak jiran sebelah rumah diorang yang ada hati dengan kakaknya.

" Ye do, not bad apa. Kerja pun masyuk. Cakap pasal abang Ed kan, asal kau tak suka dia eh kak? Dia good looking, kerja pun artis. Sekali dia jual lukisan, busuk-busuk pun dekat 50k kot. Kaya kot. Asal kau tak suka dia kak? " balas Faliq pula, Arief memandang kakaknya tak sabar nak dengar jawapan yang keluar daripada mulut kakaknya.

" Sebab dia naik Hummer. " balas Hanis selamba kembali mengunyah kerepek kentang.

" Dah kenapa pulak? Salah apa Hummer tu? Tu menunjukkan dia kaya gila bapak ah! " balas Arief, ternganga mendengar balasan kakaknya. Pepelik la Hanis Aqasha Ariffin ni.

" Ingat tak korang pernah baca to do list akak tu?  Kan akak ada tulis, ciri-ciri lelaki yang Hanis Aqasha suka? " ujar Hanis, Faliq ternganga, Arief melopong.

" First, naik Audi. Dua, kaya. Tiga, hensem tu? " balas Faliq.

" Dia tak naik Audi, dia ada Hummer so rejected dari list. " tambah Hanis selamba badak. Idran yang mendengar hanya ketawa kecil.

" Aku mencarut dalam hati ni tau kak. Sebab Audi je kau reject dia? Ya Allah, kenapa aku dapat kakak macam ni? Kau pun tak pakai Audi, Axia tu pun belum habis bayar sibuk suruh orang naik Audi. " kutuk Faliq selamba. Hanis hanya mengangkat kening. Double-jerk.

" Bukan tu je, dia beria sangat. Akak tak suka, merimaskan. Lagipun dia tak jaga solat, sesuka hati pegang anak dara orang. " tambah Hanis lagi. Lelaki macam tu boleh blah la dalam senarai hatinya. Memang tak layak.

" Macam mana kau tahu? "

" Akak pernah nampak dia tak pergi solat Jumaat, banyak kali dah. Lepas tu akak jumpa dia berkepit dengan seorang perempuan. Pegang tangan macam suami isteri, peluk bahu tanpa rasa malu. Macam tu nak suruh terima buat suami? Mulut cakap suka akak tapi keluar dengan perempuan lain. You know what, I don't trust word but I trust action. " tambah Hanis selengkapnya. Arief dan Faliq hanya mengangguk. Cerewet mengalahkan anak raja pula kakaknya yang seorang ini.

" Dahlah, akak masuk dalam dulu. Mengantuk. " Hanis menapak bangun terus menuju ke bilik. Idran pula terus kembali ke dalam biliknya sambil bibir menutur sesuatu.

I don't trust word but I trust action.


+++


Pagi itu selepas subuh, Hanis terus menyibukkan diri di dapur menyiapkan hidangan nasi lemak. Tiba-tiba dia lapar nasi lemak, tanpa cakap banyak terus cabut telekung pagi tadi sebelum menapak ke dapur. Nasi lemak sambal sotong sudah pun siap dan licin.

Hanis duduk bersenang-lenang di atas lantai sambil tangan menongkat dagu di atas sofa. Dia tengah stalk orang ni, sesekali dia tersenyum memandang wajah lelaki hensem yang lalu di timeline Instagram. Tak ada benda lagi berfaedah ke nak buat wahai Cik Hanis?

" Yah comel gila. " kata Hanis tanpa sedar.

" Hensem uwu, ni bukan actor cerita Bad Genius tu ke? " kata Hanis lagi. Dia bersenang-lenanglah sebab Idran terus masuk ke dalam biliknya usai sarapan tadi. Khaysarah terus masuk tidur, penat sangat katanya kerja tanpa henti. Dua ekor makhluk tu? Ada tu ha tengah tengok Youtube dekat ruang tamu tingkat atas.

Rumah ini ada dua tingkat cuma tingkat atas jarang ada yang naik sebab tingkat atas itu ada bilik tetamu, bilik Kak Darlina, tandas dan sebuah stor. Faliq dan Arief duduk di bilik tetamu selepas dikemas hari tu.

" Buat apa tu? " Hanis terpaku, kejang terasa seluruh tubuh apabila tubuh Idran yang hanya memakai tuala dan badan masih basah sedang tunduk memandangnya.

Terasa dekat benar dagu Megat Idran dengan dahinya. Idran tunduk dekat dengan Hanis bagi melihat apa yang dibuat Hanis. Sampai Hanis dapat rasa halkum lelaki itu sedang bergerak-gerak menelan liur.

" Err tengah stalk dia ni. " balas Hanis berdebar. Ish, Abang Ran ni! Pikir seksi ke ha?!

" Siapa tu? " soal Idran lagi.

" Ac-actor Thai, yang berlakon dalam Bad Genius tu. " balas Hanis lagi, terasa air dari tubuh Idran menitik membasahi tudung yang dipakai. Ni baru lepas mandi nak goda orang ke apa? Merepek Hanis!!

Jelas dan kuat bau haruman maskulin daripada tubuh tegap Idran itu. Hurm, bau Dashing. Sudahlah hanya bertuala sahaja ish buat hati ni kucar-kacir tau tak! Lelaki memang macam ni kan? Bila tak mandi busuk gila, bila dah mandi, wangi dia kalah perempuan. Tuang sabun atas badan ke apa?

" Oh. " hanya itu balasan Megat Idran sebelum selamba beredar masuk kembali ke dalam biliknya. Hanis menarik nafas lega.

Kyaa!! Yang dalam rumah ni lagi mengancam dari actor Thai tu nampaknya!

Hati Ini Milik Siapa? Where stories live. Discover now