Bab 18 ; Idran?

10.2K 417 26
                                    

Hanis bersenang-lenang di rumah, dia baru sahaja selesai membuat cheesecake dengan base biskut kracker serta sedikit kek batik. Hanis memang begitu, nampak sahaja pemalas namun pandai juga bab-bab memasak ini. Hanis mengangkat perlahan-lahan bakul kain sebelum diletakkan di ruang tamu kemudian dia bergerak ke dapur. Hanis membuka peti sejuk.

Dia teringin mahu makan masak lemak cili padi ketam dengan nenas pula, pagi tadi lepas sahaja Idran dan Faliq keluar, dia pun naik sama bersaing keluar ke pasar besar Alor Setar itu. Bukan main jauh lagi dia pergi merayap, memang berbaloi sebab dia balik dengan tangan penuh dengan beg plastik. Semuanya hasil dia menyelam dalam pasar basah itu. Habis segala udang, ketam, ayam, beberapa jenis ikan serta sotong dibeli. Itu belum campur dengan sayur-sayur yang dibeli, ada sawi, tomato, lobak merah, nanas, buah mangga muda.

Kalau boleh semua benda dia mahu borong, nasib baik duit cash yang dia keluarkan tidak banyak. Sakit-sakit pun nafsu membeli tu besar betul eh Hanis. Perempuan memang macam ni? Pantang dengar barang murah, ada je nak serbu! Haih!

Hanis mengeluarkan ketam yang sudah siap disiang oleh pakcik di pasar tadi, kalau suruh dia siangkan? Memang tangan dia dengan ketam tu naik lunyailah jawabnya! Hanis keluarkan juga santan kotak, kunyit hidup serta beberapa lagi bahan. Dia mula membersihkan ketam yang siap dipotong, ala dia beli ketam bunga itu tak banyak pun, hanya lima ekor yang dah dibelah dua.

Nanas dikupas Hanis cekap, sesekali dia berhenti apabila terasa sakit pada tangan. Kaca ni pun satu hal, banyak-banyak tempat dia nak tercucuk, tapak tangan juga yang tercucuk! Sudahlah tapak tangan kanan! Dah macam orang cacat pula Hanis buat kerja, terkial-kial dia membuang lubang pada nanas itu. Kerja yang sepatutnya ambil masa 10 minit berlangsung sehingga setengah jam!

Cepat dan cekap sahaja Hanis membuat kerja, sedar-sedar satu periuk besar berisi gulai lemak cili padi ketam dengan nanas sudah bertenggek di atas dapur. Hanis biarkan sehingga ia mendidih, Hanis duduk berhenti sekejap sebelum memotong sayur-sayuran untuk dibuat sayur campur bersama udang kecil yang dibelinya. Sambal tumis telur sudah pun siap dibiarkan di dalam periuk. Nasi jugak sudah siap ditanak olehnya.

Hanis bangun, mengambil gelas di atas kabinet sebelum menuju ke peti sejuk. Botol air kosong dikeluarkan sebelum dituang cermat ke dalam gelas kaca jernih itu. Entah dimana silapnya, tergelincir jatuh cawan kaca yang dipegangnya.

Prang!!

Habis berderai kaca itu menyembah bumi, Hanis tergamam. Saat itu dirasakan ada sesuatu yang tidak kena. Tepat pada masa itu juga, telefon bimbitnya berbunyi nyaring, panggilan telefon daripada Khaysarah?

" Hello Khay. " pantas telefon bimbit diangkat sebelum dikepitkan antara telinga dan bahu sementara tangannya menyapu kaca yang bersepai di lantai.

" Ya Allah! Betul ke? Bila? " cemas suara Hanis tika itu, tanpa dipinta matanya mula berkaca-kaca. Dia jadi takut serta-merta.

" Okey aku sampai sekarang! " talian dimatikan, tangkas tangannya bergerak menyapu, mengelap sisa air dan serpihan kaca kecil yang mungkin masih ada di lantai. Api dapur ditutup, sayur ingin dipotong itu kembali disumbat ke dalam peti sejuk. Terus dia berlari perlahan ke bilik. Bersiap sepantas mungkin.

Hanya blaus ringkas berwarna coklat serta jeans denim sahaja menghiasi tubuhnya bersama bawal cotton berwarna coklat. Dia mengunci rumah cepat sebelum meloloskan diri ke dalam Axia miliknya. Hospital dituju. Kenapa?

***

" Abang dah cakap kan abang tak apa-apa. Sayang je yang gelabah semacam. " balas Idran sambil ketawa kecil. Dia memegang sikunya yang berbalut sambil mata ligat memandang gadis dihadapannya itu.

Hati Ini Milik Siapa? Where stories live. Discover now