Bab 11 ; Teenage

10.9K 498 8
                                    

Pejam celik pejam celik sudah dua minggu berlalu, Hanis menyibukkan diri di dapur usai menghantar Arief ke sekolah. Adiknya yang satu itu akan ke kem jati diri untuk beberapa hari.

" Akak, achik ada training petang ni tau. " kata Faliq yang muncul dari muka dapur. Dia melangkah lalu mengeluarkan sesuatu dari dalan peti sejuk. Air Coca-cola dikeluarkan sebelum dituang ke dalam gelas.

" Okey nanti akak hantar, akak nak keluar jugak beli barang nak buat kek. Akak nak tanya sikit boleh? " soal Hanis sambil memotong sayur. Dia memandang Faliq yang duduk dihadapannya.

" Tanya apa? Tanya je lah. " balas Faliq melihat kakaknya yang memandang tepat padanya.

" Kau ada nak share apa-apa dengan akak? " tanya Hanis tanpa melihat wajah Faliq, dia sibuk memotong lobak merah sebagai bahan dalam masakannya.

" Share apa? Tak faham? Detail sikit. " Faliq menoleh, memandang tempat lain. Tak mahu si kakak membaca riak wajahnya dan pandangan matanya. Dia mencapai balang biskut di atas kabinet belakang meja makan yang didudukinya.

" Achik ada problem ke? Kalau ada masalah apa-apa share je, mana tahu akak boleh tolong. " Hanis letak pisau, matanya tepat memandang Faliq yang sibuk dengan balang biskut.

" Tak adalah, kenapa akak tanya macam tu? Achik okey je, maybe penat kot sebab tengah manage masa study dengan training. " balas Faliq, masih lagi tak mahu bertentang mata dengan kakaknya.

" Akak kenal achik bukan baru sehari dua tau, sejak achik lahir lagi. Akak tahulah sama ada adik-adik akak ni ada problem ke tak? Bagitahu je, anggap je kau tengah sembang dengan kawan kau? Chill, akak okey je dengar masalah korang lagipun bosanlah kau dah tak mengusik ni, rasa tak kena tau tak bila kau diam je. Banyak duduk dalam bilik, keluar training, pergi sekolah. Mana Faliq yang suka mengusik tu? Yang akak rasa nak tibai je punggung dia setiap kali dia usik akak? " provok Hanis sambil ketawa kecil diikuti tawa Faliq.

" Hurm entahlah kak. " Faliq mengunyah biskut, dia memandang Hanis yang tersenyum memandangnya.

" Luah. If you need me, I'll be in space. " beritahu Hanis lagi sedikit sebanyak membuatkan Faliq tenang. Keluhan berat dilepaskan.

" Achik rasa achik dah tersuka someone. " beritahu Faliq. Hanis diam.

" Okey lepas tu? Kenapa? "

" Dia tak suka achik. Achik selalu kacau dia, sakat dia sampai dia cakap dia benci achik. Aku bukan apa kak, aku just nak attention dia sebab kalau aku cakap elok-elok bukan dia layan pun sebab tu aku suka kacau dia, usik dia tapi baru achik tahu dia suka someone. Dia suka ketua basketball, senior form 5 tu. " beritahu Faliq lagi. Hanis mengangguk, oh pasal cinta monyet rupanya!

" So? "

" Sakit akak, aku jeles la sikit tengok dia layan senior tu baik-baik tapi dengan aku je, dia selalu mengelak. Sekarang dia cakap dia dah benci aku, aku ni perangai macam haram suka kacau dia. " tokok Faliq lagi, dia mengeluh seolah-olah terasa satu bebanan dah terlepas di bahu.

" Sakit? "

" Haah. "

" Kau mati tak? "

Hati Ini Milik Siapa? Where stories live. Discover now