Bab 35 ; Terpaling kecewa

10.8K 496 42
                                    

" Argh! " jerit Hanis kuat, dia memandang tubuhnya yang hanya berbalut comforter hitam milik Megat Idran. Tak tak, tubuh Hanis tersarung baju okey. Idran yang masih mamai terkejut apabila Hanis terjerit sebegitu. Dia terpisat-pisat lalu bangun daripada meniarap.

" Kenapa? " suara serak Idran membuatkan Hanis berdebar-debar, apa yang dia dah buat semalam?! Apa jadi? Dia dan dah Megat Idran dah 'itu' ke?! Hah?!

Idran bersila dengan mata terpejam, tangan naik menggosok mata yang terasa kabur. Anak rambutnya ada yang tegak ada yang jatuh menutup dahi, wajah pula masih lagi dalam keadaan mamai dengan tubuhnya tanpa baju. Takde takde, Idran dah pakai seluar. Korang jangan nak bayang lebih-lebih. Gatal eh!

" Apa jadi semalam? " terketar-ketar Hanis menyoal lelaki itu, apa yang dia dah buat ni? Apa jadi semalam? Kenapa dia rasa samar-samar pasal kejadian semalam?

" Abang ngantuklah, belum azan kan? Lima minit. " balas Megat Idran yang langsung tak dengar apa yang Hanis soalkan. Yang dia tahu, dia nak tidur. Dia mengantuk, semalam dia kerja lebih waktu jadi dia perlukan waktu untuk qada tidurnya. Idran kembali merebahkan tubuh.

" Kita... kita dah.." Hanis meraup wajah berkali-kali, dia cemas. Dia betul-betul cemas sekarang ni, tubuh Megat Idran yang tak berbaju itu dicuit berkali-kali. Mahukan penjelasan daripada lelaki itu.

" Abang Ran bangunlah! "

" Abang mengantuklah, nak apa? " rengek Idran persis budak kecil yang tak suka lenanya diganggu.

" What happen last night? " soal Hanis inginkan kepastian, dia rasa nak cepuk Idran sekarang ni. Dah tak ada dah rasa cemas dia berganti dengan geram. Megat Idran bangun, matanya digosok dengan wajah mamai dia memandang wajah Hanis yang jelas terkejut. Matanya memanah wajah Hanis dengan wajah bersahaja.

" Everything happens last night is because I'm a man and you were a woman. I'm sorry about last night, I'm out of my control. Jangan kacau, abang nak tidur. " balas Idran selamba, dia menjeling Hanis sekilas lalu kembali masuk ke dalam comforter. Tanpa perasaan dan tanpa rasa bersalah, Megat Idran melelapkan mata.

Buk!

Hanis terdiam. Pedih. Dia.. dia hilang kata-kata. Jadi apa yang berlaku semalam adalah sebab nafsu semata-mata? Macam tu ke? Jadi dia hanya tempat lelaki itu lempiaskan nafsu? Macam tu ke? Hanis benar-benar hilang kata. Dia kelu sendiri mendengar penjelasan Idran. Bukan itu yang dia mahu dengar.

Dia harapkan sesuatu yang lebih indah, dia harapkan kata cinta yang keluar daripada bibir itu. Dia harapkan yang Idran luahkan rasa cinta atas apa yang berlaku semalam. Tapi sangkaan dia sama sekali salah, meleset. Dia jadi kelu. Sakit hati, kecewa yang teramat sangat.

Dia harapkan yang Idran akan cakap " Apa yang jadi semalam sebab abang cintakan Asha. " atau sesuatu yang lebih manis tapi apa ni? Pemuas nafsu? Ataupun dia hanya isteri simpanan? Oh atau lebih tepat lagi perempuan simpanan lelaki ini? Macam tu ke? Hanis bangun, dia rasa jijik dengan diri sendiri.

Dia pemuas nafsu? Wah.

Hinanya dia, sampai macam tu sekali Idran pijak maruah dia? Bukankah tujuan perkahwinan ini untuk selamatkan maruah dia? Tapi? Tapi the things gone wrong, suami dia sendiri pijak maruah dia. Wah, Uno reverse card.

Pandangan Hanis jadi berbalam-balam, dia kalah dengan air mata sendiri. Dia kalah dengan tembok yang dia bina, dia kalah. Bagus abang Ran, ini yang abang Ran nak tengok kan? Saksikan kekalahan dia? Pijak maruah dia semahunya. Dia akui dia leka semalam, dia akui dia terbuai dengan kata indah itu tapi dia benar-benar tak sangka yang semuanya tu dusta. Tipu semata.

Hakikatnya dia hanyalah pemuas nafsu.

' Everything happens last night is because I'm a man and you were a woman. I'm sorry about last night, I'm out of my control. '

Hati Ini Milik Siapa? Where stories live. Discover now