Bab 3 ; Spark

12.5K 566 12
                                    

" Isnin ni lapor diri." kata Idran dingin sahaja nada suaranya. Hanis angkat muka memandang tepat pada Megat Idran yang berkaca mata hitam.

" Dekat mana? " soal Hanis, pinggan berisi nasi lemak yang sudah licin itu ditolak sedikit.

" Isnin ni naik dengan abang. " balas Megat Idran ringkas. Dia ni memang kalau cakap lebih dari 20 perkataan boleh mati eh? Cakaplah banyak sikit makhluk!

" Naik motor ke? Tak naklah, nanti terpeluk dan terpegang dan seangkatan ter lagi. " balas Hanis menolak secara baik, dahlah dia nak Ninja. Kang laju je aku terhumban ke depan, takkan aku nak peluk dia erk memang tak lah wei!

" Tak. " Idran menoleh memandang Hanis, bibirnya terukur senyum seakan sinis.

" Habis tu? Bila masa pulak abang Ran ada kereta? Dari dulu lagi naik Ninja je. " Hanis menjuihkan bibir, kurang senang dengan senyuman seakan sinis Idran.

" Nak pergi bayar kejap." balas Idran, dia bangun menuju ke kaunter bagi membuat pembayaran.

Hanis mengangkat bahu malas hendak ambik tahu. Asha? Ya hanya Idran sahaja yang memanggilnya Asha. Dia pun tak tahu kenapa, biarkan jela.

" Jom balik. " Idran melangkah menuju ke Axia milik Hanis.

" Terus balik, jangan melencong. Bye. " Idran berkata tanpa nada, muka serius disebalik kaca mata hitam. Hanis menganggukkan kepala tanda faham sebelum meloloskan diri ke dalam perut kereta.

Idran duduk di atas Ninja miliknya sambil menunggu Axia milik Hanis bergerak dahulu. Usai kereta merah itu bergerak menjauhinya, baru enjin motor dihidupkan.

Sementara itu..

" Benci aku dia tu, dalam mulut tu ada emas ke sia? Cakap dengan dia macam cakap dengan meja makan tadi. Tapikan dia terasa ke aku cakap yang dia ada Ninja je dari dulu lagi? Biarkan, lantak dialah! " Hanis membebel bak bertih jagung, mengutuk hebat Megat Idran.

Hei makhluk, beliau dah tolong kau cover koyak dekat lutut. Belanja breakfast, tak reti bersyukur ke? Inilah manusia, tak reti bersukurr!

" Nasib baik abang sepupu, kalau tak eish dah lama pancit tayar Ninja merah tu. Haih abang Ran, patutlah hang tak dak girlfriend. Muka kayu, cakap sepatah, skill mengorat? Hampeh! " kutuk Hanis selamba anak badak.

" Tapi kan, dia sweet la jugak. Tiup habuk, bagi sweater hurm. Bolehlah.." tambah Hanis lagi sambil tersenyum nipis.

***

Idran menyimbah air pada Ninja merah miliknya. Air sabun di dalam baldi di simbah sedikit pada Kawasaki Ninja sebelum tangan menyental rim tayar yang hitam akibat berbulan tidak dibasuh. Seluar trek yang dipakai disenteng sedikit menampakkan bulu kaki yang tidak lebat sangat heh.

Rasanya sudah lima bulan dia tidak menjaga kebajikan motosikal miliknya ini kerana kerja yang bertimbun. Mana tidaknya, selesai satu kes, dia dapat kes lain, habis satu kes, satu kes lagi sampai atas mejanya. Memang dia tak menang tangan memandangkan ramai dari peguam dari firma itu bertukar angin.

Dia asyik naik turun mahkamah bagi sahaja menjadi pendakwa setiap kes yang berlaku. Penat tu tak usah dicakaplah, memang setiap hari dia tidur macam tenuk. Kontot gila masa tidur dia! Lepas ni harap kuranglah sikit sebab Hanis akan masuk ke firma itu.

" Bang, aku keluar dulu. Ada appointment dengan client. Assalamualaikum. " kata Khaysarah kalut. Idran berkerut, sabtu pun ada appointment?

" Okey. " balas Idran ringkas. Bunyi enjin kereta berlalu diselangi bunyi kereta mendekat. Idran angkat muka, kelihatan Axia merah elok terparkir di hadapan rumahnya, betul-betul di bawah pokok belimbing. Tahu sangat dah pemilik Axia tu!

Hati Ini Milik Siapa? Where stories live. Discover now