Bab 42 ; Seri satu sama

10.1K 481 37
                                    

" Ikmal!!!! Slow la sikit, karang jatuh nanti! " Hanis menampar lengan Ikmal yang kelihatan seronok memegang stereng itu.

" Dah naik Lamboghini ni kenalah naik laju-laju! " makin giat pula Ikmal mengusik, makin laju pula kereta itu bergerak maka makin kuatlah jeritan Hanis.

" Bodohlah dia ni! " kata Hanis, dia memegang hujung baju Ikmal. Sudahlah lelaki itu boleh layan kona sampai nak terbalik. Geram je dia dengan Ikmal ni!

" Kau nak bawa tak? "

Buk!

" Sakitlah gila! " marah Hanis, Ikmal ketawa melihat Hanis yang terhantuk pada cermin kereta.

" Alala siannya dia, sini aku tengok. " kata Ikmal mengejek namun ditarik juga wajah Hanis bagi melihat dahi itu terhantuk. Perlahan-lahan tangan Ikmal naik menggosok di atas tudung Hanis.

" Nah, kau drive pulak. " Ikmal tersengih, Hanis yang masih menggosok dahi itu menjeling tajam.

" Benjol dahi aku ni, bayar balik duit hantaran aku yang dah turun tu! " marah Hanis, Ikmal ketawa kecil.

" Bukan bayar yang turun je, mas kahwin, hantaran semua aku bayar janji kau kahwin dengan aku? Amacam? Boek tak? " soal Ikmal, Hanis menjeling lagi lalu menunjukkan segenggam penumbuk.

Ikmal bangun lalu keluar daripada kereta elektrik itu namun ditahan oleh Hanis. Dia menoleh.

" Bukan macam tu lah, orang keluar ikut pintu noob! " balas Hanis, pintu kecil kereta elektrik yang mampu menampung berat mereka berdua itu dipegang lalu cuba ditolak.

Mereka yang sepatutnya keluar lunch dan makan di kafe yang baru buka itu akhirnya tersadai di kawasan dataran sebelah sebuah pusat beli-belah ini untuk menaiki kereta elektrik. Pada mulanya Hanis tak mahu, yelah mereka berdua dah besar malah sudah bergelar orang dewasa, mampu ke kereta itu menampung mereka. Tapi lain pula jadi apabila Ikmal sudah lari dan menyewa dulu kereta Lamboghini elektrik itu.

Nasib baik Hanis sempat beli roti Subway, kalau tak kebulurlah mereka melayan perangai tak semenggah Ikmal Hazriel ini.

" Cepatlah bawak, tekan tu lepas tu tarik handbreak. " arah Ikmal, dia menarik beg silang Hanis supaya gadis itu mara ke arahnya.

" Ish sabarlah kejap! " Hanis melangkah, terpaksalah duduk dengan kaki terlipat sebab ruang kaki kecil sahaja.

" Macam mana ni boy? " soal Hanis pada Ikmal, hurm boy. Itulah panggilan yang selalu Hanis guna ketika memanggil Ikmal.

" Kau tekan je yang tu lepas tu nanti dia gerak sendiri, kena pandai handle stereng. Cepatlah bawak, kita balik office naik Lamboghini! " riang sahaja suara Ikmal berkata dan itu membuatkan Hanis ketawa. Bengong ke nak balik office naik kereta elektrik ni!

Hanis dan Ikmal ketawa bersama, marah Ikmal apabila Hanis pula layan kona macam dia tadi. Tahu pun takut terbalik! Yang dia bawak kemain laju tadi macam orang tak ingat Tuhan boleh pulak? Hanis ketawa lagi apabila Ikmal menarik beg silang Hanis apabila gadis itu hampir terlanggar seorang lelaki yang sedang menaiki hoverboard.

" Bawaklah elok-elok! Nak mati ke hah? " bebelan Ikmal itu membuatkan Hanis semakin galak mentertawakan lelaki itu. Padan muka hang!

" Tahu takut! " giat Hanis.

" Boy!!! " kali ini giliran Hanis pula menjerit apabila Ikmal sengaja memusing-musingkan stereng sehingga kereta berpusing-pusing macam dipandu orang mabuk.

" Bluek! " dan suara mereka kembali riuh-rendah ketawa dengan gembira.

Tanpa sedar yang seseorang sedang berdiri dari kejauhan memerhati gelagat mereka sambil tangan dimasukkan ke dalam kedua belah jaket hitamnya. Wajahnya ketat tanpa senyuman.

♠️♠️♠️

Hanis menggigit sedikit aiskrim Asian Delight perisa mangga yang dipegangnya sambil tangan sebelah lagi gigih membuka pagar rumah namun belum pun sempat dia ingin memulas kunci pagar, pintu terbuka dari dalam. Wajah Megat Idran yang seperti ingin keluar itu menjengah ruang mata membuatkan Hanis hanya memandang kosong dan berundur sedikit. Memberi laluan pada lelaki itu. Walaupun dia sedar, anak mata lelaki itu sedang memanahnya tajam.

" Keluar on time, sampai rumah lambat. Pergi mana? " soal Megat Idran dengan suara beku, Hanis terkesima sebentar. Dia memandang wajah abang sepupunya itu sekilas.

" Oh orang keluar dengan kawan. " Hanis ingin melepasi tubuh Idran namun ditahan.

" Keluar dengan ex boyfriend? " soal Idran sarkastik, sinis sahaja dia melirik pada Hanis. Hanis berkerut, dia buat salah apa?

" Yes.... so what's the problem? " soal Hanis terpinga-pinga melihat wajah Megat Idran yang ketat semacam.

" Title wife orang, jaga maruah abang sebagai suami Asha. Can you make it? " wah wah, Hanis rasa berdesing telinganya saat ini mendengar balasan daripada Megat Idran.

" Oh, then before ni ada abang Ran jaga maruah orang as your wife? " entah bagaimana, Hanis rasa terpukul dengan balasan Megat Idran. Jadi aku jelah kena jaga maruah dia? Maruah aku? Dia boleh pijak-pijak macam tu? Wah lelaki ini!

Wajah Megat Idran tegang, malah makin tegang selepas mendengar balasan dan tentangan mata daripada Hanis. Gadis itu juga sudah naik angin. Idran mendengus, dia mencapai kunci keretanya. Malas mahu bertekak. Sejak kebelakangan ini ada sahaja benda mereka mahu bahaskan. Serabut!

" Kenapa lari? Sebab saya betul? " langkah Megat Idran terhenti, wajahnya jelas sekali marah dan tak senang dengan balasan Hanis.

" As your wife, saya je main peranan dalam perkahwinan ni? Saya je patut jaga maruah abang Ran? And abang Ran tak payah jaga maruah saya? Macam tu ke? " kini Hanis semakin berani, dia menentang anak mata Idran yang tajam menikam ke arah.

" Abang Ran boleh je ada girlfriend, keluar sana sini, and yeah this marriage is nothing to you. Jadi kenapa perlu kesah kalau saya keluar dengan sesiapa pun? Including my ex boyfriend? " sindir Hanis, dia betul-betul berdiri menghadap Megat Idran yang masih tak bersuara.

" I'm not talking about me and Ashmira, I'm talking about you and Ikmal. Don't drop the subject. " beku, suara itu beku membalas bersama wajah yang tak beriak. Hanis mengetap bibir geram.

" No matter what happens, you are still my wife so please act like one. Abang tak nak Asha malukan abang, wife sendiri keluar dengan lelaki lain. Abang tak nak dengar semua tu so please behave. " tokok Idran lagi, dia mahu melangkah pergi. Namun kata-kata Hanis lebih pantas menahan pemergian lelaki itu.

" Oh tolonglah abang Ran, saya malukan abang Ran or abang Ran yang malukan diri sendiri? Ada isteri tapi masih lagi ada teman wanita? Kita seri satu sama sekarang ni. And please bear in your mind, our parents will arrive soon. Let's end this marriage as soon as possible. Saya tak akan malukan abang Ran dan abang Ran bolehlah terus berbahagia with your love one. " Hanis menoleh bersama wajah yang beriak kosong sebelum berlalu. Bunyi hempasan pintu bilik Khaysarah itu membuatkan Idran mengetap bibir.

" I just want to protect you.. " perlahan. Perlahan lelaki itu menutur kata sebelum melangkah pergi.

♠️♠️♠️

maafin gue sbb dh lama tk update, mcm aku ckp aku busy kejar due date assignment. baru submit dua, datang lagi dua. penat ah camni, bila nak habis study ni 😭 btw sorry kalau update ni pun mcm hambar je sebab tadi dah plan dah yg diorng ni patut gaduh teruk2 tapi sebab aku baik(ehem) so slow2 la hehe. enjoy reading!

Hati Ini Milik Siapa? Where stories live. Discover now