Bab 44 ; Lambat

9.7K 484 43
                                    

" Kakak okey? " tegur satu suara membuatkan Hanis menoleh, kelihatan Faliq bersama dua tin air gas. Tin air strawberi dihulurkan pada Hanis. Hanis senyum tipis bersama terima kasih.

" Okey, best duduk kampung? " soal Hanis, sekadar berbasa-basi. Dia tak sukakan Faliq dengan sisi ini kerana Faliq yang ini terlalu matang dan berpandangan jauh.

" Best.. " balas Faliq meleret. Dia melabuhkan duduk di sebelah Hanis menghadap tali air di hadapan mereka.

" How's your marriage? " soal Faliq sambil memandang kawasan bendang di hadapan mata. Penutup tin itu dibuka selamba sebelum air Pepsi itu diteguk. Hanis diam, menoleh sekilas memandang Faliq.

" Er okey. Buat apa je duduk rumah maktok? " ujar Hanis menukar topik, sengaja. Dia tak mahu Faliq tahu, adiknya yang seorang ini kalau sengal, sengal sangat tapi kalau sudah berubah dalam karakter ini, dia kurang suka.

" Jangan tukar topik, achik tanya akak. Is everything okay? " soal Faliq, suaranya kedengaran begitu matang. Kakak tak boleh tipu achik, achik tahu akak.

" Kenapa achik tanya macam tu? Akak nampak macam tak okey? " soal Hanis, dia tak mahu memandang wajah Faliq. Nanti mesti pecah tembelangnya.

" Obviously. "

" What do you mean? " soal Hanis, mata mereka tertumpu pada aliran tali air.

" Perkahwinan akak dengan abang Ran will end soon? Is it true? " soalan Faliq bagaikan sebuah batu besar menghempap bahu Hanis. Entah kenapa dia jadi pedih sendiri mendengar soalan Faliq.

" Achik tak patut masuk campur dalam hal akak. You should mind your own business. " balas Hanis kurang senang, dia membuang pandang ke arah bendang yang terbentang luas.

" Kenapa? Akak takut achik tahu? Akak takut orang lain tahu yang perkahwinan akak sebenarnya tak bahagia? " soal Faliq geram. Dia memandang Hanis yang berada di sebelah. Masalahnya dekat sini, korang dua-dua ego!

" Akak tak nak cakap pasal ni Faliq. " Hanis bangun namun sempat ditahan Faliq.

" I know my sister very well. Akak tak bahagia kan? Akak bertepuk sebelah tangan? Akak cintakan orang yang tak cintakan akak? Kau cintakan abang Ran kan kak? "

Pang! Bagaikan satu tamparan hebat, Hanis terduduk kembali mendengar soalan Faliq.

" Aku ada malam tu. Aku dengar semuanya kak. Achik saksi hati akak merintih pedih. Tell me, adik mana yang tak risau bila nampak kakak dia lemah dan sakit sampai macam tu sekali? " sekali lagi Hanis tergamam. Pedih.

" Kenapa kau tak terus terang dengan abang Ran? Kenapa akak tak confess dia? Kenapa mesti seksa diri sendiri? Kau orang paling layaklah untuk dia sebab akak isteri dia! Isteri dia yang sah! " marah Faliq, dia bangun menghadap kakaknya. Wajah si kakak ditenung.

Wajah kakaknya mendung, mata itu sudah berkaca-kaca. Hanis sebak. Faliq melepaskan keluhan.

" Luah. If you need me, I'll be in space. " Faliq memulang paku buah keras. Ayat yang sama Hanis pernah tuturkan padanya suatu ketika. Di saat dia dilema dalam mengejar cinta monyet, ayat itu yang kakaknya berikan. Jadi kenapa dia tak boleh berbuat hal yang sama?

" Kau pernah cakap dekat aku, mencintai tak semestinya memiliki tapi sekarang dia milik kau akak. Cuba bagitahu aku, kalau bukan sebab korang ni saling melengkapi antara satu sama lain kenapa Allah SWT izinkan perkahwinan ni terjadi? Kalau betullah yang kau bukan untuk dia akak, kenapa perkahwinan ni masih lagi berlangsung walhal sebenarnya dia dah ada girlfriend? Allah nak tunjuk yang dia tu jodoh kau lah akak! Achik tahu achik tak patut masuk campur pasal urusan akak tapi achik nampak, aku tahu semuanya akak. And aku nak korang bahagia. Aku nak yang terbaik untuk kakak aku. " ujar Faliq, dia memeluk tubuh sambil mata tak lepas merenung wajah si kakak. Hanis teresak sendiri. Ah, dia kalah lagi.

Hati Ini Milik Siapa? Where stories live. Discover now