Bab 5 ; Lunch

11.2K 527 4
                                    

Hanis memandang semua fail yang berada di atas mejanya. Ya, dia kini telah bekerja sebagai salah seorang daripada rakan kerja team Idran. Masuk kerja sahaja, dia sudah mendapat sebuah fail kes yang memerlukan dia, Idran, Farhan dan Dini bekerja sekali menyelesaikan fail kes itu.

Inilah teammate dia, Farhan, Idran dan Dini. Masing-masing punya karisma sendiri, Hanis bersyukur mendapat rakan kerja yang membantu dan sporting. Dini, gadis itu masih bujang namun tua dua tahun dari dirinya. Farhan pula sebaya Idran jadi dia tak ada masalah sangat.

Hanis memandang fail kes berprofil tinggi itu tentang seorang pengusaha syarikat berpangkat Dato' yang dijumpai mati dibunuh dengan kejam bersama setiausahanya. Hanis menggeleng melihat data-data kes, mangsa dikerat 18 sebelum dibuang ke dalam sungai yang berbeza.

" Erm, tempat kejadian berbeza. " kata Hanis sendiri sehingga tak sedar Dini mengetuk mejanya.

" Oit, tak keluar lunch ke? " soal Dini, Hanis memanggung kepala memandang Dini sambil tersenyum.

" Err kejap lagilah aku pergi, kau lunch dengan siapa? " soal Hanis padahal sebenarnya dia tak tahu nak makan dekat mana lagipun tadi masa masuk firma ni mana ada kedai makan dekat-dekat sini. Dia nak makan dekat mana? Sudahlah tak ada kereta.

" Aku lunch dengan kawan, kau jangan tak pergi lunch pulak. Jangan nak semangat sangat belek fail tu, rilek baru first day. " balas Dini sambil memperbetulkan tudung bawal yang dipakai.

" Ye ye, pergilah lunch dengan boyfriend kau okey? Dah jangan kacau aku, kasi aku belek sikit-sikit fail ni. Boleh tahan berat eh kes ni. " balas Hanis menjeling, Dini ketawa. Hanis ni macam tau-tau je!

" Kawan je.. Okey aku pergi dulu. Kau belek lah fail tu sampai kenyang. Chaw! " Dini melangkah meninggalkan meja kerja Hanis. Hanis mengeluh, dia lapar tapi dekat mana dia nak makan? Nak minta tolong Idran tapi lelaki itu entah ke mana menghilang sejak dari tadi.

Farhan pula sudah lama keluar kerana ada kerja yang perlu dilakukan di pejabat forensik. Kini tinggallah dia berseorang dalam firma ditingkat 15 itu. Mereka satu team ditempatkan di tingkat 15 bangunan syarikat gah itu. Hanis mencapai beg sling miliknya, beg itu diselongkar mencari paket biskut yang selalu diletak di dalam beg.

" Aduh, masa urgent ni jugaklah kau nak habis wahai biskut oi! " Hanis meletak kasar beg slingnya di atas meja. Huh! Sudahlah pagi tadi dia tak makan apa-apa. Semalam pun makan macam orang Somalia sebab nak lari daripada Megat Idran. Hah padanlah muka kau wahai Cik Hanis Aqasha!

" Eh tadi aku rasa macam nampak pantri tapi mana eh? " Hanis bersoal jawab dengan diri sendiri. Hanis memandang sekeliling tempat mereka bekerja. Boleh dikatakan tingkat 15 itu hanya mereka sahaja yang duduk di situ. Memang seluruh aras itu mereka yang punya, itu kata Dini.

Hanis terpandang meja kerja Idran yang berada beberapa meter di hadapan meja kerjanya. Erm kemas gila! Tempat Idran nampak kemas dan tersusun, Hanis sengih. Susah wo nak jumpa lelaki pembersih sekarang ni.

Hanis mengeluh, bilalah semua orang nak balik? Rasa loser gila duduk sorang-sorang dekat sini sudahlah suram dan sunyi. Tapi untuk turun melawat aras lain okey dia rasa dia tak cukup rajin sebab apa? Sebab dia malaslah! Hanis bersandar lalu memejamkan mata, merehatkan minda yang sedang kusut dan perut yang berkeroncong.

Dia sudah tak beminat mahu selak dan belek fail kes tadi, kes perut yang lapar minta diisi ini lebih penting. Tak apa, kita rilek. Macamlah tak biasa, anggap je hari ini kau puasa Hanis. Tiba-tiba Hanis teringat sesuatu, terus dia menepuk dahi.

" Kenapalah aku tak- opocot makcik kau! " Hanis terarah ke belakang sedikit apabila Idran berdiri betul-betul di hadapannya saat dia membuka mata tadi. Dia memandang Idran.

" Jom. " ajak Idran memandang Hanis sambil tersenyum segaris. Hanis bangun.

" Mana? " soal Hanis.

" Ikut jelah. " kaki Idran melangkah, terus Hanis mengejar. Eish tak menyabar betul brader ni! Hanis memandang belakang Idran yang tersarung kemeja putih. Hanis mengikut langkah Idran yang menuju ke satu tempat di penjuru aras itu. Hanis menganggukkan kepala, inilah pantri kan?

" Duduklah, sorry tadi abang lupa Asha tak lunch. " Idran meletakkan plastik berisi polisterin nasi di hadapan Hanis. Hanis kaku. Idran menarik pinggan yang terletak di rak namun dihalang Hanis.

" Eh tak payah tak payah, makan dalam ni je nanti tak payah basuh dah. Terima kasih. " Hanis membuka bekas polisterin selamba mencapai sudu di dalam bekas sudu itu.

" Nah. " Idran sua pula gelas berisi air Oren. Hanis buka lagi satu bekas polisterin lalu diletakkan di sebelahnya.

" Er Abang Ran makanlah sekali nanti habis pulak waktu lunch. " ajak Hanis, dia segan sebenarnya. Yelah, lelaki itu siap kasi pinggan, air lah tapi lelaki itu tak makan pun sekali.

" Makanlah dulu, abang nak buat kopi. Sorry tadi lupa pasal Asha, nanti abang tunjuk mana tempat makan best dekat sini. " kata Megat Idran sambil tangan lincah meletak krimer dalam muk biru miliknya.

" Err takpa, tadi ingat malas nak keluar lagipun tak ada kereta and tak tahu jalan dekat sini. Hanis makan dulu eh. " balas Hanis sebelum menyua sesudu nasi goreng cina ke dalam mulut. Sedapnya!

" Makanlah. " balas Megat Idran tanpa nada.

Beberapa detik kemudian, Idran menarik kerusi berhadapan Hanis yang duduk makan di island table. Idran menyisip air kopi miliknya sebelum mengurut pelipis. Hanis memandang dahi Idran yang berkerut, dia berhenti mengunyah.

" Banyak kerja ke? " soal Hanis memecah hening. Idran yang terpejam kembali celik memandang wajah Hanis yang putih bersih itu.

" Boleh tahanlah, satu kes habis, datang lagi satu kes. " balas Idran ringkas sambil bersandar pada kerusi tinggi itu. Matanya terpejam, walaupun terpejam namun Idran nampak Hanis memandang tepat padanya.

" Tak apa, orang akan jadi pekerja paling rajin dan tolong abang settlekan kes. Hehe. " itu sahaja balasan Hanis namun tiada sahutan dari Idran. Aik, dah tertidur ke? Nanti sejuk pula nasi gorengnya?

"Abang Ran makanlah dulu nanti boleh rehat. " tegur Hanis, risau pula dia lihat dahi Idran yang masih berkerut. Mesti penat kan?

" Okey. " Idran buka mata, polisterin yang terbuka itu ditarik. Sudu diambil, usai membaca doa dan bismillah. Dia menyuap sesudu nasi goreng. Idran tunduk sahaja menikmati nasi goreng itu sebab dia tahu Hanis tengah perhatikan dirinya.

" Lepas ni abang kena gerak pergi forensik. Abang lewat sikit, nanti tunggu je dekat office. Jangan pergi mana-mana. " pesan Idran, tangan berhenti menyuap. Dia rasa mual. Mungkin perutnya sudah masuk angin. Idran kembali bersandar lemah.

" Err okey. Thanks for the meal, nanti orang masak untuk abang eh. Menyusahkan je. Makanlah, orang nak buang ni kejap. " Hanis bangun, dia rasa Megat Idran ni tak adalah sombong sangat. Ambil masa kot nak sembang dengan orang.

" Asha. " panggil Idran perlahan. Hanis toleh.

" Tolong kemas. Abang nak rehat kejap. " Idran bangun daripada duduk, dengan langkah gontai dan lemah dia keluar dari pantri. Hanis memandang bekas polisterin yang isinya tidak luak. Hanya sedikit sahaja lelaki itu makan.

Sakit ke dia? Soalan itu hanya bermain dalam mindanya. Bekas polisterin itu disimpan lalu diletakkan ke dalam peti sejuk, muk biru yang air berbaki separuh itu tanpa sedar Hanis meneguk selamba.

" Eh? Kenapa aku minum bekas dia? " Hanis bingung sebelum memukul kepala sendiri. Muk biru itu dicuci. Habis mengemas pantri, Hanis kembali ke meja kerjanya.

Sesekali mata memandang Megat Idran yang bersandar di sofa di tengah ruang pejabat itu.

Kesiannya dia..

Hati Ini Milik Siapa? Where stories live. Discover now