Bab 50 ; Pucat

10.5K 498 24
                                    

Hanis menekap fondant pada kek yang baru dikeluarkan daripada chiller. Lincah tangannya bergerak memotong fondant berwarna-warni yang berada di atas kaunter dapur itu. Hanis tersenyum segaris melihat hasil tangannya, sedar tak sedar Delacoure sudahpun beroperasi selama setahun. Kafe yang dia buka menggunakan modal dan hasil titik peluh sendiri.

Walaupun padanya mulanya mendapat tentangan umi tersayang, tetap juga Hania berdegil memulakan perniagaan keknya. Semuanya kerana hasil kek yang dia buat secara suka-suka itu mendapat sambutan. Asalnya dia hanya membuat kek untuk Faliq yang perlu membawa makanan ketika jamuan akhir tahun di sekolah.

Tahu-tahu sahaja balik dari sekolah, Faliq memberi tahu yang ada ibu bapa kawan-kawannya mahu menempah cupcake yang dibuat Hanis kerana tekstur kek cawan yang lembut dan cair di mulut itu. Dan yang lebih menarik, kek cawan itu berperisa vanila lemon. Menarik dan sesuatu yang baharu. Maka Hanis yang cepat perasan itu mula bercita-cita mahu memulakan perniagaan kek dan pastri.

Delacoure beroperasi dengan duit simpanan Hanis sendiri hatta satu sen pun dia tak minta daripada umi dan walidnya walaupun Encik Ariffin mahu memberinya modal untuk memulakan perniagaan itu. Yang seronoknya ialah penggunaan nama Delacoure yang tercetus semasa dia menonton cerita Harry Potter. Nama kafe ini tercetus oleh pelakon cerita Harry Potter yang bernama Fleur Delacour yang bermaksud wanita yang terhormat dan bunga di laman.

Dan disebabkan itu juga, pekerja di kafe ini semuanya kaum Hawa. Bukti kegigihan seorang perempuan untuk hidup berdikari.

" Hailah bos, kau ni kalau buat kerja tak sah kan kalau tak berangan! " tegur Alana dan diselangi tawa Azira.

" Korang ni kalau tak kacau aku tak boleh ke? Korang apa tahu, aku ni anak seni. Nak tekap fondant pun perlukan imaginasi yang tinggi. " balas Hanis tak mahu kalah, begitulah dia bersama pekerjanya. Atau lebih tepat sekali kawan-kawannya.

Walaupun Hanis bergelar bos besar namun gadis itu tak pernah lokek dalam memberi ilmu dan dia tak pernah bermegah dengan jawatannya sebagai pemilik kedai.

" Anak senilah sangat, ni apa yang kelopak bunga ni senget je. " Azira mendekati kelopak bunga yang dibuat Hanis. Hanis sengih.

" Sabarlah aku tak touch up lagi, by the way carrot cake dengan cookies and cream yang Kak Lin order tu dah siap ke belum? Aku nak kena hantar lepas maghrib ni, birthday anak dia. Dia ada jemput kita sekali. Nak pergi ke tak? " soal Hanis kembali tertumpu pada fondant yang masih belum sekata itu.

" Aku tak pergi kot, mak aku pesan barang rumah. Kau pergi ah dengan Lana. " balas Azira, dia menolong juga Hanis mewarnakan fondant untuk kek itu.

" Jom ah Lana, Sofea dengan Rhea pergi ke? " soal Hanis, dia beralih pula mengambil piping bag.

" Ah dua ekor tu, awal-awal lagi cakap ada date dengan boyfriend masing-masing. " balas Alana pula, hari ini perniagaan mereka berjalan dengan lancar dan tak adalah sesak seperti biasa. Sempatlah mereka berborak seketika. Kalau tidak sentiasa ada sahaja aroma dari ketuhar itu, membakar kek sentiasa kerana display diluar cepat sahaja kosong.

" Oh, kalau macam tu kami jelah. Pergi kejap jelah kalau macam tu sebab aku dah janji dengan adik aku nak ajar dia buat addmath. " beritahu Hanis, Alana dan Azira berpandangan sebelum saling menganggukkan kepala.

" Korang roll kan fondant ni, aku nak pergi kira stock dekat belakang. Esok supplier datang hantar barang, kot kot ada lagi barang nak tambah boleh aku order siap-siap. " arah Hanis.

" Baik bos! " sahut Alana dan Azira serentak. Kagum mereka dengan Hanis, walaupun masih lagi muda dan baru berusia 26 tahun namun tetap berkerja keras. 

Hati Ini Milik Siapa? Where stories live. Discover now