Bab 15 ; Memories

10.8K 463 4
                                    

Idran menurunkan handbrake yang berhenti betul-betul dihadapan Poliklinik Lily, dia mengerling pada tempat duduk sebelah pemandu. Kelihatan Hanis sedang tidur pulas, nyenyak dan tenang sahaja. Idran pandang wajah itu penuh minat, hurm tadi Hanis sudah analisis wajahnya jadi apa kata sekarang dia pula menganalisis wajah Hanis. Wajah Hanis putih bersih, hidungnya tidak mancung sangat, sedang elok sahaja. Bibir Hanis pula merah bak delima.

" Hurm.. " Hanis mengeliat kecil, dia terpisat-pisat. Kedudukan kemeja dibetulkan begitu juga tudung.

" Dekat mana ni? " soal Hanis serak, Idran tersenyum segaris. Suara tu.

" Jom, masuk klinik. " Idran matikan enjin sebelum berlalu keluar.

" Kan dah cakap tak payah, tak faham ke hah? Ke abang Ran ni tak faham bahasa melayu? " marah Hanis, dia menghempas kasar pintu kereta Audi itu. Wajahnya merah menahan amarah.

" Cakapla apa Asha nak cakap tapi sekarang kita pergi klinik dulu, check luka tu takut dalam ke kuman merebak ke. After then that, Asha boleh cakap apa yang Asha nak. Jom masuk dalam, for the last time dengar cakap abang okey? " datar sahaja suara itu memujuk Hanis. Penat barangkali. Akhirnya Hanis mengekori juga langkah Idran dengan wajah beriak kosong.

" IC? " soal Idran, Hanis buka beg tangan. Kad pengenalan dalam dompetnya diambil lalu diserahkan pada Idran. Lelaki itu berlalu.

Lenggang sahaja keadaan klinik tika itu, mestilah. Jarum jam sudah pun menginjak ke pukul 10:30 malam. Hanis hanya duduk memandang Idran yang sedang menyelesaikan urusan di kaunter. Bukan dia hendak bersikap biadap dengan lelaki itu tapi dia perlu berhati-hati agar tidak cepat jatuh hati dan buang perasaan ini. Dia tak mahu lagi jadi seperti dahulu, kalau dulu cepat sahaja dia move on sebab dia busy belajar lagipun lelaki itu jauh dan jarang mereka bersua tetapi sekarang sudahlah di bawah satu bumbung, kerja pun sekali haih!

" Tunggu kejap, nanti dia panggil. " kata Idran lalu melabuhkan duduk di sebelah Hanis yang menguap kecil.

" Mengantuk? "

" Hurm, sekarang pun dah pukul berapa. Faliq tu entah tengah buat apa dekat rumah. " balas Hanis berbasa-basi. Sekarang dia perlu hadkan percakapan dia dengan Idran, biarkan semuanya kembali seperti dahulu.

" Tadi Faliq call, tanya dekat mana. Abang dah cakap kita balik lewat. Dia suruh bungkuskan nasi goreng sebab dia tak makan apa-apa lagi. Tunggu sini kejap, abang nampak kedai dekat sebelah sana. Kalau dah siap tunggu sini, jangan pergi mana-mana. Abang pergi beli nasi goreng kejap. " Hanis hanya mengangguk lalu kembali memandang pada kaunter klinik itu. Pemergian Idran hanya dibiarkan pergi.

Hanis senyap, rasa sakit itu datang lagi. Dia memegang dadanya yang terasa seperti ditikam sesuatu. Sakitnya ya Allah! Tanpa sedar, ada mutiara jernih menuruni pipi. Hanis tersengguk-sengguk menahan rasa sedih yang bertandang. Hanis menangis dalam senyap, daripada biasa sahaja tiba-tiba semakin lebat pula air matanya turun.

" Hanis Aqasha Ariffin! "

Hanis bangun, air mata diseka. Hidung dikepit, di tenyeh-tenyeh sengaja dibiarkan memerah. Muka yang sememeh dilap perlahan dengan tisu yang berada dalam beg tangannya sebelum dia melangkah perlahan.

***

Suasana di dalam kereta senyap, hanya deejay radio sahaja yang masih galak berceloteh walaupun jam sudah berginjak ke angka 11:00 tepat. Idran berdeham.

" Macam mana tangan? " soal Idran.

" Macam tu lah, kena MC pulak 4 hari sebab kena jahit. Dalam jugak luka ni. " beritahu Hanis ringkas. Jelas Idran terkejut.

Hati Ini Milik Siapa? Where stories live. Discover now