Bab 31 ; Sesi memujuk

10.3K 460 17
                                    

Waktu lunch tiba lagi, Hanis mengintai sedikit bilik Megat Idran yang sunyi sepi sahaja sejak pukul 11 tadi.

" Hoi, aku pi makan dulu. Hang nak tapau apa-apa tak? " soal Dini yang sibuk mengemas meja kerjanya. Hanis menggeleng, perut dia jadi sebu. Tak tenteram pula dia lepas buat abang sepupunya itu terasa semalam. Benci betullah, dia marah Idran tapi dia yang rasa bersalah. Huh!

" Okeylah kalau macam tu, aku turun dulu. Babai. " Dini melangkah pergi meninggalkan ruang pejabat itu.

" Bye. " Hanis bangun, masih lagi dalam mood ingin mengintip Megat Idran yang diam sahaja itu. Hurm rasanya kali terakhir dia nampak lelaki itu pagi tadilah semasa dia mahu menghantar result postmortem itu lepas tu lelaki itu terus tak keluar bilik sampailah sekarang. Buat apa eh dalam tu? Pengsan ke?

" Ah, pergi jelah. Buat bodoh je Hanis. " monolog Hanis sendiri, dia bangun dari duduk sebelum perlahan-lahan menapak mendekati pintu pejabat yang diduduki Megat Idran.

Tok! Tok!

Jeda. Senyap dan sunyi sahaja tanpa balasan. Sekali lagi tangan Hanis mengetuk pintu bilik kerja Idran.

Tok! Tok!

Jeda.

" Ish, dia ni mengulat ke apa dalam ni? Tak dengar ke apa seh? Kejap lagi aku ketuk macam orang tak beriman baru tahu. Yaish. " omel Hanis lagi, dia dah macam pencuri kelas atasan dah. Siap dengan gaya mengintip lagi. Over betul!

" Masuk jelah. " pintu ditolak spontan lalu terbentanglah di hadapan mata figura seseorang sedang berbaring sambil memeluk tubuh di atas sofa berdekat meja kerja. Megat Idran!

" Encik Idran? " Hanis menjengulkan kepala, tak berani dia nak terjah masuk terus macam tu karang mengamuk pula abang sepupu merangkap bos dia ni.

" Hm.. " suara serak Megat Idran kedengaran lesu, tubuh itu bergerak sedikit namun mata lelaki itu masih terpejam elok. Hanis menapak masuk, pintu ditutup penuh cermat. Dia mendekati tubuh Megat Idran yang terbaring lemah.

" Ah, yela dia demam. " getus Hanis sendiri, tersentuh pula hati dia melihat wajah lesu dan berkerut abang sepupunya. Hanis jadi pegun sendiri. Wajah Idran yang tenang itu buat dia jadi serba salah.

Kalau abang tak buat Asha macam ni, Asha takkan jadi macam ni..

Getus Hanis dalam hati, dia jadi sayu pula. Perkahwinan ini tak susah pun, mereka cuma perlu semai kasih sayang dan cuba untuk terima satu sama lain tapi Megat Idran sendiri pilih jalan ini. Megat Idran sendiri yang tak kisah soal perkahwinan ini, jadi buat apa dia main peranan dalam perkahwinan ini? Dia akan tetap akan bergelar janda jugak bila sampai masanya.

Bukan semua yang milik kita akan kekal menjadi milik kita, sampai satu masa kita perlu lepaskan ianya pergi. Bukan sebab benci atau apa tapi sebab terlalu sayang...

Abang Ran.. orang minta maaf..

Dia takkan tumpahkan air matanya lagi, dia tak mahu nampak lemah. Dia tak mahu lagi terus berharap pada yang tidak pasti. Cukup tempoh dia hilang ini buat dia cari kekuatan dan diri dia yang sebenar. Cukuplah dia disakiti, dia tak sanggup lagi. Dia jauhkan diri bukan tanda dia benci, dia pergi bukan tanda dia dah lupakan lelaki itu tapi sebab perasaan suci ini terlalu kuat. Sampai satu masa dia rasa dia terlampau berharap pada cinta manusia sampai dia lupa Dia yang lebih berkuasa.

Yang berlalu biarlah berlalu, kalau benar dia jodoh kau Hanis. Apapun yang terjadi dia akan terus jadi milik kau tapi kalau benar kau bukan pelengkap tulung rusuk kiri lelaki itupun, redhalah dengan semuanya. Dia tak mahu memaksa, dia tak mahu mendesak Yang Esa memberi apa yang dia mahu kerana dia sedar siapa Tuhan dan siapa hamba.

Hati Ini Milik Siapa? Where stories live. Discover now