Bab 54 ; Sama gila

9.7K 464 36
                                    

Hanis melabuhkan duduk di sofa bersama wajah lesu dan tak bermaya, sudah dua hari dia tak keluar rumah. Dan dua hari jugak dia biarkan kafe dipantau oleh pekerjanya, dia masih lagi bersedih sendiri kerana lelaki bernama Megat Idran itu. Dia memeluk lutut sambil-sambil memandang kosong ruang tamu kondonya itu. Suasana di dalam rumah itu suram, mana tak suramnya kalau blackout curtain itu ditarik menutupi balkoni rumah.

Dan aku cuba memadamkan semua memoriku..

DVD Player yang melekat di dinding itu ditekan kasar sebelum berputar sendiri menyanyikan lagu Irfan Harris bertajuk Hilang itu. Hanis memandang kosong, wajahnya langsung tak beriak. Sudah dua hari juga dia matikan telefon bimbitnya, dia tak mahu diganggu sesiapa. Dia mahu berehat sebentar, dia mahu merenung kembali segala kesilapannya.

Hanis menarik lipatan kertas yang terdampar di atas meja kopi itu sebelum surat daripada Megat Idran itu dibaca, ah sudah beratus kali dia mengulang baca surat itu sampai sudah naik lunyai kertas bersaiz A4 itu. Hanis mencampak kembali lalu dia memeluk bantal kusyen berbentuk segi empat tepat itu. Ada air mata yang kering pada pipinya, hujung sweatshirt yang dipakai masih lagi basah dengan air hidung.

Parah.

Hanya itu perkataan yang sesuai untuk menggambarkan keadaan Hanis sekarang, dia benar-benar tak terurus. Lihatlah bekas megi cup yang tersusun tak dibuang, serta sisa plastik keropok yang bertaburan di atas lantai. Itu belum lagi campur dengan keadaan singki yang penuh dengan cawan tak berbasuh. Kronik betul masalah cik pendakwa raya yang seorang ni!

Hanis bangun, dia mencapai telefon miliknya bersama juga album gambar yang dikirim Idran. Dengan penuh rasa malas, Hanis menghidupkan telefon miliknya. Dihidupkan juga data sebelum berpusu-pusu notifikasi masuk. Hanis mendengus, dia benci betullah dengar bunyi ting ting tu lalu dicampak kasar telefon itu di atas sofa berangkai tiga bersebelahannya. Allahu, iPhone 11 kot takkan campak je!

Hanis merebahkan tubuh, dia memandang siling diiringi alunan lagu I Love You 3000. Album gambar itu didakap erat. Intro lagu nyanyian Stephanie Poetry itu kedengaran namun tiba-tiba ada satu suara kedengaran.

" Not really good in singing but I'll try. Here you go, I Love You 3000. "

Hanis terkebil-kebil, suara lelaki mana ni? Hanis memandang DVD Player yang dipasang melalui Bluetooth itu.

Baby, take my hand..
I just wanna be your husband..
Cause I'm your Iron Man..
And I love you 3000..

Baby, take a chance..
Cause I want this to be something..
Straight out of a Hollywood movie..

" Okey dah. "

Kdengaran bunyi ketawa kecil.

" Bongoklah, nyanyilah sampai habis. Kau ni kenapa bang? "

" Abang tak ingat lirik. "

" Habistu confident je gi voice record kenapa? "

" Hehehe peace.. "

Dan air mata mengalir turun, itulah, dia gatal lagi pergi sambung Bluetooth dengan handphone lama dia. Kan dah terplay sendiri voice record yang dia curi daripada telefon Khaysarah dulu. Voice record yang dia sendiri tak tahu bila Khaysarah membuat rakaman suara tersebut bersama abangnya. Yang dia pasti, mesti sebelum mereka tinggal di rumah makchaq lagi.

Teresak-esak Hanis sendiri, lagu seterusnya dimainkan. Kali ini lagu nyanyian Shiha Zikir bertajuk Jagakan Dia.

Tuhan, tolonglah aku.. jagakan dia.. yang selalu ada disisiku sepanjang waktu..
Kau berikanlah kami cinta yang terindah.. agar diri kami selalu mencintai tuk selamanya..

Hati Ini Milik Siapa? Where stories live. Discover now