Bab 46 ; I don't deserve

10K 514 58
                                    

Dari kejauhan dapat dia lihat, wajah itu sedang tertawa galak dan ceria. Seronok sangat melihat sepupunya yang lagi seorang itu jatuh tersungkur.

" Eish mainlah betul-betul, dok buat lawak apa ni? "  kanak-kanak perempuan itu ketawa lagi, lebih parah siap menekan perut lagi.

Amboi, amboi! Sukanya dia!

" Aku main betoi-betoilah ni, hang gelak macam esok rumah maktok nak roboh ni awat? Nak kena cubit ka? " soal yang seorang lagi tak puas hati, malu diketawakan sebegitu. Macam-macam perangai!

" Dah lawak aku gelaklah, takkan aku nak teriak pulak! Hehehehe! " balas budak perempuan itu bersama tawa yang masih bersisa.

" Alah Qira! Janganlah merajuk! Aku janji aku tak gelak dah! Sumpah! " janji budak perempuan dalam lingkungan umur 12 tahun dengan tshirt biru Upin Ipin terpampang pada badannya.

" Janji eh? Wallahi? "

" Wallahi! "

" Okey, jom main masak-masak! " ajak budak perempuan bernama Qira dengan wajah teruja.

" Jom! Kata-kata yang hang jadi penjual, aku jadi pembeli! "

" Okey! "

Maka dengan itu habislah lunyai daun dan bunga teluki di halaman rumah maktok itu dibuat 'juadah' dalam aktiviti masak-masak mereka. Pasir dan tanah pula dibalut dengan daun pokok manggis. Kononnya dumpling lah tu!

" Cik, nasi goreng satu berapa? "

Helaian buku nota berwarna-warni yang dipotong menjadi kepingan duit mainan itu diasingkan.

"  RM10. "

" Nah cik. "

Helaian buku nota berwarna merah diserahkan lalu kertas itu bertukar tangan.

Langsung tak sedar yang mereka sedang diperhatikan oleh seseorang, seseorang yang sedang sibuk melakar sesuatu pada buku lukisan. Seseorang yang berada di bawah pokok dan di atas pangkin halaman rumah opah. Seseorang yang dia langsung tak sedar akan menjadi yang teristimewa di singgahsana hatinya.

" Comel. " remaja lelaki itu ketawa kecil lalu melompat turun daripada pangkin. Dengan senyuman yang masih meniti di bibir, dia melangkah masuk ke dalam rumah maktok melalui pintu belakang.

++++

Idran mengeliat kecil, dia bangun berdiri kerana lenguh terlalu lama tidur dalam posisi duduk. Wajah yang beriak tenang dan pucat milik Hanis itu kelihatan tenang sahaja dalam tidurnya. Idran memandang sekilas sebelum menapak keluar dari biliknya, dia mahu membasahkan tekak yang terasa perit dan kering sahaja. Dia melangkah ke dapur.

Petang tadi, Faliq terus menelefonnya untuk sampai cepat ke rumah kerana keadaan Hanis yang pengsan tiba-tiba di dalam kereta Ikmal. Pada awalnya, Ikmal mahu membawa Hanis ke hospital tapi dihalang oleh Faliq. Kata Faliq kakaknya hanya terlampau penat sehingga pengsan sebegitu dan harus menunggu Idran yang masih berada di atas lebuhraya.

Laju sahaja Idran memecut Audinya sampai Khaysarah yang pada mulanya ingin terkencing terus terbatal niat suci murni gadis itu dek kerana abang yang bawa macam pelesit. Nasib baik mereka masih lagi mampu menjejakkan kaki dan menikmati keindahan ciptaan Tuhan. Kalau tak, sia-sia je mati macam tu. Dia punya laju macam yakin je mati tu terus masuk syurga.

Hati Ini Milik Siapa? Where stories live. Discover now