Bab 29 ; Lain macam

9.6K 445 22
                                    

Saturday, 18th.
i left because i was hurt , not because i stopped loving you . i couldn't stand staying any longer and continue to break my own heart . i had to let you go to find myself again and put back all my the broken pieces of myself that i handed to you .

she,
Hanis

Hanis menutup bullet journal merangkap personal diary miliknya sebelum dimasukkan ke dalam beg galas. Dia menghela nafas panjang, esok sudah hari Selasa dan itu bermakna sudah dua hari dia ponteng kerja dan sudah lima hari dia menghilangkan diri. Dia tak kemana pun, dia masih lagi di sekitar Alor Setar cuma dia perlu sedikit masa untuk beri masa pada hati. Dia perlukan sedikit masa untuk beri hati dia masa untuk terima apa yang minda dia terima.

Ada orang cuma perlukan dua hari untuk move on. Ada yang hanya ambil masa empat jam. Ada juga 10 minit dan ada juga yang perlukan lapan tahun ataupun masih lagi tak move on sampai sekarang. Move on bukan soal melupakan yang lama tapi menghilangkan rasa yang pernah ada dan kadang bila rasa tu dah hilang namun memori kita takkan pernah pudar. Memori itu akan tertayang berlanjutan sampailah kita sendiri yang lupa.

Minda bukan aplikasi, rasa marah je tekan undo, nak lupakan seseorang je tekan delete
tak, minda ni tak ada suis. Wake up, lupakan memori lama walau ambik masa. Bangunlah dan terus melangkah mencipta sesuatu yang baru dan moga itu lebih membantu. Berilah masa pada hati Hanis.. redhalah dengan segala ketentuanNya. Dia uji bersebab. Dan kau patut bersyukur sebab kau antara yang terpilih.

Setengah orang, hati dia dah mati. Dah tawar tak ada rasa jadi anggaplah semua ini anugerah daripadaNya.

Bagi masa, ambik masa yang ada, semua perkara perlukan masa. Namun jangan pula terlalu memaksa, kelak nanti binasa. Remember, sometimes your heart needs more time to accept what your mind already know.

" Hanis! Buat apa dalam bilik tu? Tu ada orang hantar barang dekat depan tu. " laung Nek Yah dari laman belakang. Sibuk menabur baju pada pokok ulam rajanya di belakang rumahlah tu.

" Barang lagi? " sejak Hanis duduk disini, hampir setiap hari rumah ini menerima barang. Empat hari lepas datang sekampit beras 10kg bersama barang asas dapur yang lain. Bila dia tanya Nek Yah katanya itu barang yang dipesan pada anak jiran hm okey itu dia boleh terima. Hari ketiga dia berada disini, datang pula bungkusan nasi lemak bersama kuih-muih.

Kata Nek Yah, bungkusan itu ada orang bagi, hurm persoalannya disini siapa? Masuk pula hari keempat, ha ini lagilah tak boleh blah bila dia terima pula beg kertas berisi pelbagai jenis coklat. Ada Toblerone, Daim, Pepero, Milka dan pelbagai jenis lagi. Pelik ni, siapa pulak yang baru balik daripada Langkawi ni? Takkanlah Idran, mustahillah lelaki itu.

Sedangkan sudah lima hari dia disini pun lelaki itu langsung tak endah bahkan tak pernah call dia pun, takkanlah tiba-tiba mahu mengirim coklat banyak sebegini. Lagipun daripada lelaki itu membazir beli coklat buat dirinya baik lelaki itu memanjakan teman wanita dia itu. Hurm last sekali coklat itu diagihkan buat Nek Yah dan Tok Aki serta beberapa orang anak jiran yang selalu main petang-petang berdekatan rumah Nek Yah ini.

Semalam dia tak terima apa-apa tapi Nek Yah tiba-tiba mahu masak gulai ikan tenggiri. Dia pelik? Rasanya dia tak ada beli pun ikan tenggiri, masa dia sampai hari itu rasanya dia hanya beli beberapa jenis ikan seperti ikan kembung, sardin dan tamban sekilo setiap satu bersama sedikit kerang, sotong dan udang jadi dari mana pula datang isi ikan tenggiri itu?

Pelik bin ajaib betul.

Hanis mengatur langkah ke pintu rumah, jelas sekali ada sebuah bungkusan di hadapan rumah itu macam bungkusan daripada posmen. Hurm agaknya apa pulak ya? Hanis mencapai bungkusan itu lalu masuk ke dalam rumah, sempat dia menyelimutkan tubuh uzur Tok Aki yang tertidur itu sebelum bersila menghadap televisyen yang terpasang.

" Baju ke? " plastik J&T itu dikoyak penuh cermat lalu tersembul lagi bungkusan plastik penuh dengan baju Kedah dan beberapa jenis blaus dan tshirt.

" Aik? Takkan nek pakai baju berenda macam ni? " plastik yang membaluti baju itu dibuka. Terdapat lima helai jenis blaus dan sekeping nota yang tiba-tiba jatuh di atas ribanya.

Dua buat si dara jelita
Selebihnya pada si dia yang punya syurga pada telapaknya.
Jadilah perhiasan dunia yang terindah.
Terpelihara dan dikawal ketat.

:)

" Ish psiko siot, apa punya orang ni? Nak kasi, kasilah betul-betul. Kenapa nak berahsia sangat! " dengus Hanis perlahan, terus tak jadi dia mahu melihat bungkusan baju itu. Bungkusan itu diangkat sebelum dibawa masuk ke dalam bilik lalu diletak di atas katil. Hanis sepatutnya sudah kembali bekerja esok jadi rasanya petang ini dia sudah mahu pulang kembali ke rumah itu.

Semoga tembok yang dibina kekal kukuh dan utuh, sikit sahaja lagi sebelum semuanya berakhir. Kau kuat Hanis..

***

Suasana rumah dua tingkat itu sunyi sahaja, dia sudah dimaklumkan oleh Khaysarah yang Arief dan Faliq mengikuti aktiviti kokurikulum di sekolah hari ini jadi mereka berdua akan pulang lewat petang itu tapi Megat Idran? Lelaki itu sudah pulang atau masih belum tiba di rumah? Sunyi sahaja tapi kereta ada, ataupun lelaki itu merempit hari ini? Ah Hanis, buat apa kau peduli pasal dia. Dia ada peduli pasal kau? Selama kau menghilangkan diri ini ada dia peduli pasal kau? Buang masa jelah fikir pasal dia!

" Assalamualaikum.. " laung Hanis perlahan, tak ada balasan pun?

Dia melangkah masuk ke dalam bilik yang selalu didudukinya, langsung tak berpaling pada bilik Idran yang terletak berhadapan biliknya dan Khaysarah itu. Namun kaki Hanis terhenti dari melangkah saat terdengar bunyi seseorang terbatuk-batuk dari balik pintu bilik Megat Idran itu. Lelaki itu berada di rumah? Waktu sekarang?

" Uhuk uhuk! Aduh! " tersentak Hanis, serba salah sama ada mahu menjenguk keadaan lelaki itu atau buat bodoh sahaja?

" Hachum! "

" Abang Ran ni kenapa? Sakit ke? " terjah Hanis tanpa salam, karang kalau dia masuk lemah lembut karang dia jadi mati akal pulak nak cakap apa.

" Uhuk uhuk!  Asha buat apa dekat sini? " soal Megat Idran lemah, terkejut dia melihat wajah isterinya yang tersembul disebalik daun pintu. Wah wah isteri ya wah, girlfriend mana bang?

" Kenapa? Dah tak boleh balik sini? " soal Hanis kasar, sakit pulak hati dia. Dia melabuhkan duduk di birai katil menghadap sisi Idran yang terbaring dibalik selimut.

Wajah pucat lelaki itu diteliti, itulah pergi lagi bersidai tengah panas dekat Langkawi tu ha kan dah demam macam ni. Omel Hanis dalam hati.

" Bila abang Ran demam ni? " soal Hanis tanpa nada, tangannya sibuk memperbetulkan kedudukan selimut Megat Idran.

" Mana ada demam, sakit kepala jelah. " dalih Idran lemah, dia hanya berselubung di dalam comforter hitam miliknya sambil curi-curi memandang sisi wajah Hanis.

" Tunggu sini kejap, nak ambil Panadol. Dah demam tu buatlah cara demam. Asal tak makan ubat? Duduk dalam selimut ni bila nak keluar peluh macam ni? " bebel Hanis sendirian, tangan sibuk menarik comforter Megat Idran sebelum bangun namun lain jadinya bila tangan Hanis ditarik oleh Idran.

Pap!

Hanis tergamam saat dirinya menghempap tubuh lelaki itu, Megat Idran menggumam sesuatu sambil mengemaskan pelukan.

" Tak payahlah ambik ubat, nanti-nanti sembuhlah. Teman abang tidur. Sejuk. " tubuh Hanis dirangkul erat dengan lengannya menjadi bantal kepala Hanis sebelum comforter ditarik melepasi dada dan perlahan-lahan menutup mata.

Sambil tersenyum kecil..

Hanis pegun.

Kaku tak bergerak.

Umiiiii!!!!

Megat Idran ni kenapa? Lain macam je?! Andwaeeee help!!

♠️

minta maaflah, otak tersumbat sikit. hambar teroks 😭

Hati Ini Milik Siapa? Where stories live. Discover now