+ Bab 57 ; Tak menentu

9.1K 320 13
                                    

Jam menunjukkan tepat pukul 8 malam dan rumah itu masih sunyi tanpa penghuni. Keadaan itu sudah berlaku sejak selepas setahun kelahiran Qisha, Hanis akan tiba di rumah selewat-lewatnya pukul 9 malam itupun sebab dia tak ikut serta closing kafenya manakala Idran pula tak menentu waktu pulangnya. Kalau punya kerja yang banyak, paling lewat Idran tiba ialah pukul 11 malam. Memang lewat. Kesibukan masa membuatkan mereka terpaksa berbagi masa.

Hanya waktu hujung minggu sahaja mereka habiskan masa bersama namun kadang-kadang Hanis terpaksa juga ke kafe. Qisha pula sering dihantar duduk bersama opahnya kalau mereka sibuk bekerja.

Ting!

" Assalamualaikum.. " wajah Hanis tersembul disebalik muka pintu utama rumah, pintu kembali ditutup sebelum dia meletakkan beg tangannya di atas kaunter dapur. Hanis berlari perlahan lalu bum, membaringkan tubuh di atas sofa dengan rakus. Dia penat, terlalu penat. Sejak pembukaan kafe barunya ini, makin menjadi-jadi pula pesanan yang masuk.

Kini Delacour sudah punya tiga cawangan, satu di Kuala Lumpur, Ipoh dan terbaru di sini, Penang. Delacour semakin mendapat sambutan sehinggakan sehari sahaja Hanis dan pekerjanya perlu membuat hampir 2000 biji cupcake sehari. Itu belum masuk tempahan kek, kerjanya sebagai pendakwa raya? Ah Hanis dah tak peduli, dia sudah letak jawatan di pejabat pendakwa setahun selepas mereka berkahwin.

Idran pun tak kisah sebab memang pada waktu itu Hanis berkejar ke sana sini dengan perniagaannya. Banyak yang sudah berubah, tiga bulan perkahwinan mereka dahulu tiba-tiba Hanis disahkan hamil. Pelbagai perkara mereka harus saling bertolak ansur walaupun kadang-kadang ada yang makan hati. Kerja sebagai pengurus kafe tak mudah dan menjadi seorang isteri kepada timbalan pendakwa raya juga tak mudah.

Toleransi, persefahaman dan kepercayaan antara mereka haruslah sentiasa diterap dalam diri. Kelahiran Aqisha Izyani menambahkan lagi kebahagian keluarga itu, namun seringkali juga Idran dan Hanis bertengkar kerana kesibukan kerja masing-masing. Kadang-kadang mereka tak ada masa untuk bersama, Idran di pejabat dan Hanis di kafe.

Entahlah macam mana eh Hanis nak cakap, tahulah pakai mulut tapi entahlah. Kadang-kadang dia makan hati kerana kesibukan Idran, Hanis memang sudah sedia maklum skop kerja seorang pendakwa namun dia mahu juga bermanja dengan suaminya itu tapi Idran? Dia mahu perhatian. Entah, sejak dua menjak ini Megat Idran semakin sibuk. Dia perlu mengendalikan sebuah kes berprofil tinggi.

Hanis faham, tersangat faham kerana dia juga seorang pendakwa dahulu. Entahlah, umi juga kadang-kadang bising sahaja kerana mereka yang terlalu sibuk dan tak ada masa untuk Qisha. Hanis tak tahu sampai bila keadaan itu akan berlaku, mungkin sehingga keadaan kafenya sudah stabil kot. Lepas itu Hanis mahu serahkan pada pembantunya dan dia hanya pantau dari jauh sahaja.

Ting ting!

Bunyi passcode pintu ditekan menandakan yang Idran sudah selamat sampai ke rumah, oh patutlah sudah hampir jam 10 malam. Hanis memejamkan mata, dia mahu berehat sebentar. Dia mengantuk dan dia malas mahu menyapa Idran kerana dia tahu tak akan ada balasan sebab lelaki itu terlalu penat dan terlampau sibuk.

" Assalamualaikum.. " Megat Idran menolak pintu dengan kakinya sebelum kunci kereta diletak di atas kabinet sebelah pintu. Tubuh Qisha yang tidur berada dalam dukungannya itu cepat-cepat dibawa masuk ke dalam bilik. Memang sudah Hanis pesan pada Idran menyuruh suaminya mengambil Qisha di rumah umi.

Qisha yang berusia dua tahun lebih itu diletakkan di dalam baby bed sebelum penghawa dingin dibuka, suhu dilaraskan. Idran merebahkan tubuh ke atas katil sebelah katil si anak sebelum memejam mata sekejap. Dia mengantuk dan dia penat. Seharian dia bekejar ke jabatan forensik mendapatkan maklumat kes terbaru.

Hampir lima minit berbuat demikian, Idran bangun mengeliat kecil. Dua butang atas kemejanya dilepaskan sebelum dia bangun menapak keluar dari bilik. Idran senyum tipis melihat Hanis yang nyenyak sahaja lena di atas sofa. Langkah di atur masuk ke ruang dapur, air kotak Milo milik anaknya di ambil sebelum dicucuk. Nak keluarkan gelas pun dia dah malas, dia mahu minum kemudian mandi dan tidur sahaja.

Hati Ini Milik Siapa? Where stories live. Discover now