Bab 38 ; Forehead kiss

10.6K 479 22
                                    

" Merajuk ke? " soal Idran sambil tertawa kecil memandang wajah cemberut Hanis.

" Tak kelakar okey. " balas Hanis, dia memeluk kaki lalu memandang luar. Dia dah tak peduli kawasan sekeliling yang sunyi. Yang dia tahu, dia sakit hati dengan usikan Megat Idran. Tak kelakar kot buat macam tu ish!

" Garangnya. " usik Idran lagi, masih bersisa tawa nakal dihujung bicara lelaki itu.

" Diamlah! "

" Bukan ada apa pun, tu kain orang nak mengusik je. " beritahu Idran merujuk kepada kain putih yang tergantung pada pokok di hadapan mereka. Hanis mencebikkan bibir. Menyampah! Dah tahu dia penakut, lagi nak usik kenapa?

Jeda. Hanya bunyi dengusan kasar sahaja kedengaran.

" Nasib baik orang tak ada lemah jantung, kalau tak dah lama mati katak dekat sini! " marah Hanis sakit hati, mengucap panjang dia tadi sambil menutup muka dengan kedua belah tangan. Dia doakan orang yang tak bertamadun gantung-gantung kain putih macam ni supaya jatuh longkang! Biar padan muka!

" Tak ada apalah, abang usik sikit je. " balas Megat Idran dengan tawa yang ditahan-tahan. Pecah ketawa dia tadi melihat Hanis menutup wajah sambil terjerit namanya. Penakut betul!

" Kalau orang mati tadi macam mana?! " garang sahaja nada suara Hanis bertanya, Idran ketawa lagi sekali. Alahai, takkanlah abang nak biar Asha mati dekat sini?

" Kalau Asha mati, abang tanamlah. " balas Idran selamba, Hanis menggulingkan biji mati. Menyampah!

" Diamlah, geraklah cepat. Nak malam dah ni, karang sesat dalam ni tak sia-sia jumpa yang betul kang. " balas Hanis cemberut, dia melemparkan pandangan ke arah luar. Tengok Idran pun menyakitkan hati sahaja! Lelaki itu boleh bantai gelak macam orang kena sawan oink oink! Huh!

" Jangan risau, kita memang dah sesat dah pun. " balas Megat Idran, tiba-tiba dia membuka pintu kereta. Terkejut Hanis melihat lelaki itu keluar. Nak senja ni dia boleh keluar pulak!

" Ish, abang Ran ni masuklah balik! " jerit Hanis perlahan dari tingkap. Geram je dia tengok Idran berpusing-pusing sekitar kereta mereka dengan telefon diangkat tinggi. Tahulah nak cari line, tapi duduk dalam kereta sudahlah! Hanis melangkah keluar takut-takut sambil mata meliar sahaja memandang sekeliling. Ya Allah, penakut betullah dia ni!

" Tak dapatlah, tak ada line. " rungut Idran perlahan, Hanis masih lagi tegak berdiri di sebelah lelaki itu dengan mata tak habis-habis memerhati sekeliling.

" Tak ada linelah. " Idran menoleh, memandang tepat pada wajah Hanis yang berkerut dan seriau itu. Nak sahaja dia ketawa melihat wajah itu. Gelabah tak tentu pasal! Akhirnya tersungging senyuman sehingga menampakkan gigi taringnya. Hanis mendengus. Nak mengejeklah itu.

" Apa usha-usha? Ada hutang? " soal Hanis kasar.

" Asha, apa tu? " cemas suara Idran menyoal dengan jari ditunjuk ke arah bahu Hanis.

" Apa? Jangan nak usik orang eh! " balas Hanis marah-marah. Nak mengusik.

" Tu Asha tu.. " lama-kelamaan wajah Hanis pucat apabila terasa sesuatu berada di bahunya. Apa benda yang bertenggek dekat bahu dia ni? Jangan jangan..

" Arh! Abang Ran!! " Hanis menerpa cemas ke tubuh Idran, Idran yang tidak bersedia menerima tubuh Hanis terus tergamam apabila tubuh mereka kedua-duanya menyembah tanah. Wah wah, boleh pula ya buat scene Hindustan dalam hutan senja-senja ni!

Buk!

Maaf, sound effect lambat sikit.

Megat Idran tercengang. Dapat dirasakan getaran daripada tubuh Hanis, jelas sekali yang gadis itu benar-benar takut. Bunyi esakan kecil itu membuatkan Idran serba salah, niatnya yang tadi hanya untuk mengusik menjadi lain pula. Dia hanya nak tegur Hanis tentang ranting kayu yang jatuh pada bahu gadis itu sahaja. Tak sangka pula gadis itu benar-benar takut sehingga menggigil sebegini.

Hati Ini Milik Siapa? Where stories live. Discover now