Bab 9 ; Pelik

11.2K 545 13
                                    

Hanis melurut lembut rambutnya yang masih basah dengan sehelai tuala putih bersih, sesekali dia menyisir rambut yang sudah panjang hingga ke pinggang itu. Memandang dirinya dari biasan cermin sambil meletakkan serum rambut, Hanis memintal lembut mahkota yang disembunyikan daripada khalayak ramai itu. Baginya hanya yang berhak sahaja akan dapat melihat segala yang dia sembunyikan. Wahai Mr Right, tolong jangan salah alamat please!

Dia memicit-micit bahu yang terasa sengal, lama sangat bersandar di kerusi di pejabat tadi inilah jadinya. Dia terlalu kusyuk meneliti fail kes sampai waktu lunch nya terbang macam tu je. Satu hari ini, Hanis hanya menghabiskan masa di dalam firma tanpa pergi kemana-mana bahkan dia hanya duduk dan tidak bangun langsung. Memang mendapat penyakit la dia!

Tok! Tok!

" Akak! Jom makan luar! " pamit Arief di sebalik daun pintu. Hanis mengeluh perlahan, ala dia penat tau tak!

" Akak penatlah, hari ni banyak kerja kena buat. " laung Hanis sebagai balasan, dia terus menghempas tubuh di atas katil. Outerwear satin yang dipakai itu ditarik sedikit menutupi singlet pastel dan seluar pendek paras pangkal paha, sejuk pula pakai terlebih seksi macam ni.

" Ala jomlah, kitorang lapar ni. " balas Arief lagi dari sebalik pintu, oi kakak tak nak jemput masuk ke?

" Abang Ran dah balik belum? " soal Hanis lemah. Minta tolong lelaki itu boleh tak? Kalau ikut lapar, dia ni lagilah lapar. Balik kerja tadi dia singgah beli maggi cup je buat alas perut. Tapi itulah, rasa letih ini mengatasi segalanya pfft!

" Belum. Jomlah kak, kang kitorang mati kebulur. Kitorang jadi Juon, datang cekik akak baru tahu! " ugut Arief, amboi menyempat! Hanis mengulingkan mata. Singlet bertukar ganti dengan sehelai t-shirt Uniqlo berbelang hitam putih. Seluar pendek yang terlebih pendek itu pula digantikan dengan sehelai jeans denim. Tudung instant disarung, dompet dimasukkan ke dalam saku seluar.

" Hah jomlah, tunggu apa lagi? Tadi dengar macam kebulur sangat dah. " perli Hanis selamba, Arief tersengih. Faliq hanya diam. Kenapa dah kurang mengusik?

" Kita pergi McD eh kak, teringin McChicken Deluxe la. " pinta Arief, Hanis menjeling. Menyampah! Demand betul, sepak kang sesia je hidup. Sumpah Hanis dalam hati.

" Ha kau achik, taknak minta pergi MyKorri? Boat Noodle ke? Kfc, Dominos taknak? " soal Hanis dalam nada menyindir sambil memancing mood Faliq yang sedari tadi membisu namun adiknya tersengih lalu menggeleng.

" Akak malas nak pusing McD, kita makan je lah dekat kedai hari tu. Akak nak makan nasi tau tak! " kata Hanis di dalam kereta. Faliq diam mengiyakan.

" Ha yelah yelah. " balas Arief mencebik bibir. Hanis mengetap bibir, budak ni kalau aku sekeh ni best ni.

Dan malam itu hanya suara penyampai radio yang berceloteh di dalam kereta. Faliq sibuk termenung, Arief selamba dengan telefon bimbit manakala Hanis yang masih merasa letih hanya memandu dengan berhemah. Pemanduan difokuskan sepenuhnya.

++++

" Nah. " Hanis menghulurkan nasi goreng chicken chop yang di tapau buat Megat Idran pada Arief. Huluran itu bersambut, batang tubuh Megat Idran masih belum kelihatan. Audi A8 megah itu pun masih tiada di tempatnya. Tak balik lagi? Getus hati Hanis padahal jam sudah menginjak ke angka 10 malam. Cukup lewat bagi Hanis untuk merayau tatkala itu.

Bekas polisterin nasi goreng itu dibiarkan tersadai di atas meja di ruang makan. Faliq sudah menapak naik ke tingkat atas, Arief pula berada di luar mengutip pakaian yang sudah kering di ampaian. Hanis masuk ke dalam bilik, seluar jeans berganti dengan track longgar sebelum kembali ke ruang tamu. Televisyen dibuka, dia mahu melipat baju.

Hati Ini Milik Siapa? Where stories live. Discover now