Bab 37 ; Sesat?

10.8K 422 21
                                    

Lapan tahun bukanlah suatu jangka masa yang singkat. Bahkan jikalau ada bayi yang lahir ketika itu, dia sudahpun menjangkau tahun kedua berada di sekolah rendah. Namun bagi seorang Hanis Aqasha pula, sepanjang lapan tahun itu adalah detik yang gila buat dirinya kerana terus berharap dan mencintai lelaki yang tak tahu langsung akan isi hatinya. Ini semua kerja gila!

Dia masih gila sampai sekarang, perkara gila yang dia ucapkan dulu masih berterusan sehingga kini. Hanis sedar yang dia perlu lupakan rasa ini walhal fitrahnya tak ada yang salah. Sukakan sepupu sendiri? Fitrahnya tiada yang salah cuma kata orang tua kurang digalakan takut generasi tak berkembang. Ah dia tak sepatutnya memberi ruang pada hati untuk terus mencintai sepupu sendiri sampai begini sekali!

Gebar tidur di dalam bilik lelaki itu dikibas kuat, menghilangkan debu dan hama yang melekat. Hari ini Hanis akan masuk lewat sedikit ke pejabat kerana dari rumah dia akan terus berjumpa dengan inspektor kes ini untuk melihat tempat pembunuhan itu berlaku. Entah bila kes ini akan selesai pun dia tak tahu, rumit dan mengelirukan. Segala bukti dan alibi suspek yang disyaki semuanya kukuh namun tetap mengelirukan.

Alibi suspek yang disyaki terlalu kukuh sehinggakan mereka buntu untuk mencari dalang disebalik kes pembunuhan itu. Hanis pun naik pening sekali walhal kalau diikutkan dia hanya membantu dalam kes ini dan yang bertanggungjawab untuk kes pembunuhan berprofil tinggi ini ialah Megat Idran sendiri. Huh, macam mana nak selesaikan kalau asyik sibuk dating sahaja!

Baju kotor milik dia dan Idran yang terletak di dalam bakul pakaian sebelah menyebelah itu diangkut lalu dibawa ke bilik basuhan berdekatan dapur sebelum Hanis kembali semula untuk mengemas bilik lelaki itu. Kenalah kemas, dia kan dah jadi roommate lelaki itu! Hanis menyusun baju yang sudah dilipat ke dalam almari baju milik Megat Idran dengan penuh cermat.

Kemas dan bersih, ya almari itu kemas. Isinya tersusun rapi di setiap bahagian. Siap ada label lagi, baju kerja, kasual, baju rumah dan baju untuk dipakai ketika menghadiri apa-apa majlis. Menarik! Rasa macam berada di butik pakaian lelaki, kemas dan tersusun sahaja. Sedang tangan Hanis sibuk menyusun baju disitu, matanya tertancap pada sesuatu yang berada di dalam laci yang sedikit terbuka.

Laci itu ditarik penuh rasa ingin tahu, Hanis mengerutkan dahi melihat sebuah album gambar dan keratan surat khabar berselerakan di dalam laci itu. Beberapa kertas seperti kertas lama juga memenuhi ruang laci itu. Eh apa benda ni? Keratan kertas itu dibelek penuh minat.

Thank you for adding an
additional smile to my face today.
> Id

Hanis mengerutkan dahi. Helaian yang lain dibaca.

Lazwardi mulai sirna, begitu juga hati ini disirat kehendakmu. Aku dan raga mati.
> Id

Hanis ketawa kecil, abang Ran dan poem? Sumpahlah? Macam kelakar je muka beku tapi tulis puisi? Hurm.. Satu sampul surat berwarna coklat bersaiz A4 itu dibuka oleh Hanis. Besar dan penuh sahaja isinya. Apa benda ni?

Hanis menarik isi di dalam sampul surat itu, jelas sekali ianya mengandungi berpuluh keping surat. Love letters?

Helaian surat itu dibuka.

Semoga setiap langkahmu diberi limpahan perlindungan dan keberkatan dari kehendakNya. Benih doa yang turun bagai hujan dari diri ini juga akan mengiringi tapakkanmu agar dipenuhi senyuman.

Jika diberi pilihan, berjalanlah dengan penuh keazaman dan keinginan. Hati ini takkan surut dengan doa buat kamu. Takkan kering dengan titipin namamu dalam doa. Takkan hilang selitan dirimu untukNya.

Hati Ini Milik Siapa? Where stories live. Discover now