Bab 10 ; Sweet

11.4K 522 69
                                    

Hanis mengeliat perlahan. Mata masih menahan rasa mengantuk, dia menarik selimut menutupi tubuh yang terdedah. Dengan mata masih tertutup, Hanis mencapai telefon bimbitnya. Dia duduk bersila di atas katil lalu memandang telefon bimbit. Mata terbuntang luas, matanya yang tadi mengantuk kini celik seluas-luasnya melihat angka yang tertera pada skrin telefon.

9:15 PAGI!

Terus dia melompat turun daripada katil, sepantas kilat dia mencapai outerwear hitam berbunga putih kecil seperti kimino itu lalu pantas diikat di pinggang. Tuala dicapai bersama tudung hitam. Secepat mungkin Hanis berlari macam lipas kudung ke tandas tanpa mempedulikan sesiapa. Itulah padahnya kalau semalam galak sangat marathon cerita Weightlifting Fairy Kim Bok Joo sampai pukul 3/4 pagi. Tambah pulak dia diberi cuti dari menunaikan solat, makin bestlah dia tarik selimut pagi tadi dengan keadaan yang sejuk semacam sebab tengah malam semalam hujan.

Di dalam tandas, Hanis buat dua perkara dalam satu masa. Tangan kanan gosok gigi, tangan kiri sental sabun pada tubuh. Memang kelam-kabut dia saat itu, memanglah! Baru masuk kerja dah buat hal! Masak dia nanti kena marah dengan Megat Idran, aduh mati dia! Hanis sepantas kilat membilas tubuh sebelum menapak keluar usai menyarung kembali outerwear dan tudung hitam.

Alangkah terkejutnya dia melihat Idran selamba mengunyah kerepek ubi di dalam balang kaca di atas sofa hadapan tv. Hanis ternganga melihat Idran masih lagi santai memakai seluar track Adidas dan tshirt hitam, rambut lelaki itu serabai. Ada yang jatuh ke dahi, macam dilanda ombak. Kenapa comel sangat ni? Eh? Di bawah pula, Hanis lihat Arief sedang selamba baring berlapikkan lengan menonton sesuatu di kaca tv. Aik?

" Yang akak kelam-kabut semacam ni dah kenapa? " soal Faliq dari arah belakang yang sedang memegang segelas muk berisi air. Hanis bingung. Hari ni hari apa?

" Bukan dah lambat ke nak pergi kerja? " soal Hanis dengan wajah tak bersalah memandang tepat pada Idran yang masih selamba mengunyah.

" Hari ni hari Jumaat, Kedah kan cuti hari Jumaat. Dah nak dekat dua minggu duduk sini pun lupa lagi ka kak oi? " balas Arief bangun bersila. Hanis melopong. Betul ke hari ni hari Jumaat. Bukan Jumaat pun kerja ke?

" Habis tu kenapa korang tak pergi sekolah? " soal Hanis bodoh.

" Kakak, Kedah ni cuti umum dia Jumaat dengan Sabtu. Ahad baru sekolah balik so hari ni hari Jumaat jadi kitorang cutilah! " Arief membalas kasar soalan kakaknya yang dirasakan cukup bodoh, sebodoh-bodoh orang.

" Oh ye eh? So cutilah ni? " tanya Hanis lagi sekali, dia mahukan kepastian.

" Ya akak ya, Ya Allah kau berikanlah kesabaran yang tinggi padaku bagi menempuh hari-hariku bersama makhluk-makhluk Allah yang menyakitkan hati ini Ya Allah. Amin Ya Rabb.. " Arief menyapu muka tanda memerli Hanis yang sudah menapak masuk ke dalam bilik.

" Huh, buat penat je. Sambung tidur tadi kan best. " Hanis terus merebahkan badan di atas katil dengan tubuhnya hanya dilapisi outerwear, paha yang terdedah disebabkan outerwear yang dipakai tersingkap sedikit itu dibiarkan. Hanis berguling-guling seketika sebelum bangun menuju ke almari mengambil baju.

Sehelai track Puma berserta dengan jersi disarung ke tubuh. Simple simple dahla, bukannya dia nak keluar ke mana pun hari ni. Dia cuma nak sambung agenda melipat baju yang asyik tergendala sejak dua hari lepas lagi. Alah, malam yang Encik Megat Idran kita balik lewat lepas tu keluar balik tu ha malam tu lah. Pagi itu pula, bangun-bangun je dia lihat Idran sedang bersarapan elok je dekat dapur, yang dia rasa terharu sebab lelaki itu makan nasi goreng yang dibelinya malam itu.

Nasi goreng chicken chop yang dia fikir nak buang je pagi tu sebab nanti semakkan peti sejuk rupanya sudah selamat masuk dalam perut lelaki itu. Itu yang Hanis pergi kerja senyum sampai ke telinga dan kalau boleh hari tu semua orang dia nak wish good morning haih!

Hati Ini Milik Siapa? Onde histórias criam vida. Descubra agora