+ Bab 69 ; Tenang ribut jiwa

9.7K 359 52
                                    

Buk!

Kerah baju milik lelaki itu ditarik. Dan sekali lagi.

Buk!

" Bangsat. "

Buk!

Bertubi-tubi tinju dilepaskan mengena rahang, dada dan pipi seorang lelaki sehinggakan tubuh itu terkulai layu merebah lantai. Tidak cukup dengan itu, satu sepakan maha hebat terus mengena pada perut lelaki tersebut. Kesal.

Buk!

" Encik Idran! " tubuh itu ditahan, kabut amarah yang mengelabui kedua netra milik Idran semakin membara. Ingin sahaja dilepaskan sekali lagi tendangan dan tinju pada tubuh yang kini tergeletak di atas lantai namun dibatalkan hasrat itu saat dirinya kini sedang ditahan oleh dua orang pihak berkuasa beruniform biru gelap.

" Bangsat. " hanya itu sebelum Idran merentap kedua tangannya dan berhajat untuk menjauh dari situ sebelum satu suara mematikan langkahnya.

" Kau yang bangsat, kau tutup periuk nasi aku. Kau kejar perempuan tu macam perempuan tu bagus sangat! " tak semena-mena Idran menoleh, mendengar suara itu membuatkan tangannya terasa ingin melayang lagi.

" Kau tutup office kita tanpa notice, kau blah macam tu. Siapa yang bangsat ni sial? Kau patut bersyukur, aku tak bagi budak-budak tu ratah bini kau. " lelaki meludah, darah yang keluar memenuhi rongga mulut.

" Fuck off! " Idran mara.

" Encik Idran sabar Encik Idran, kita berada dalam ibu pejabat. Tolong jaga kelakuan encik! " dua orang anggota polis tadi memberi amaran sekali gus membebaskan dengusan kasar daripada Megat Idran.

" Bullshit. " Idran berundur.

" Kau pun patut bersyukur, aku tak bunuh kau sekarang Farhan. " balas Megat Idran dingin. Sangat dingin.

Dia berlalu dari situ membawa hati yang sarat dengan kekesalan. Dia tak habis fikir bagaimana Farhan boleh berubah sehingga sebegitu rupa. Ya, Farhan. Farhan bersama dia dan Hanis suatu ketika dahulu pernah bernaung dalam satu pejabat yang sama di Alor Setar. Farhan rakan kerjanya, bersama di bawah team pendakwa raya.

Gila.

Menculik Hanis sebagai tanda amaran sewaktu dia sedang berada dalam lena yang panjang? Gila. Dasar pengecut. Wajah diraup kasar, langkah kaki dibawa menuju jalan keluar. Idran menoktahkan langkahnya di hadapan Honda Civic sebelum pintu kereta itu dikuak dan meloloskan diri ke dalam perut kereta.

Farhan. Culik. Bungkus. Office. Hanis. Tak sedarkan diri. Trauma.

Bercakap mengenai isterinya, sudah dua hari Hanis tak sedarkan diri selepas ditemui dalam keadaan yang Idran sendiri tak mampu bayangkan. Bibir membiru dipenuhi luka, wajah sememeh, baju kurung yang mulai lusuh, memar dan bengkak biru memenuhi hampir semua pergelangan tangan dan kaki. Cukup membuatkan Idran terasa sesak separuh jiwa. Berat badan dan suhu tubuh isterinya yang turun secara mendadak selepas disahkan tiada sumber protein yang masuk ke dalam tubuh itu.

Dia tak habis fikir.

Idran menghela nafas perlahan. Membiarkan senandikanya berbicara sendiri, dia perlu menenangkan jiwa yang terasa sesak sebelum memecut pacuan empat roda ini. Angin yang datang daripada penghawa dingin sedikit sebanyak menyejukkan rongga dada yang memberat. Helaan nafas berat dilepaskan buat kesekian kalinya.

Sesekali jemarinya menggeletuk permukaan stereng dalam irama yang tak dapat dikenal pasti. Membiarkan rasa amarah yang tadinya membara menurun sedikit demi sedikit. Sejujurnya, dirinya merasa canggung mahu berhadapan dengan seorang Hanis Aqasha atau layaknya dipanggil isterinya sendiri.

Hati Ini Milik Siapa? Where stories live. Discover now