Bab 24 ; Accept the proposal

10.8K 450 30
                                    

P/s ; vid kat atas utk amik mood hshshs btw im shazz army yo

***

" Adalah saya Megat Idran Hakim Megat Amri dengan ini bertaklik, jika saya tidak berma'syarah yang ma'ruf dengan isteri saya Nurin Hanis Aqasha Ariffin sama ada saya meninggalkan dia dengan sengaja atau paksaan atau dia meninggalkan saya dengan paksaan selama empat bulan qamariah berturut-turut atau lebih atau saya atau wakil saya tidak memberi nafkah kepadanya selama empat bulan berturut-turut atau lebih dan dia tidak disabitkan nusyuz oleh mana-mana mahkamah syariah atau saya melakukan sebarang mudharat ke atas tubuh badannya, penganiayaan atau lain-lain darar syarie terhadapnya, dan apabila dia mengadu kepada kadi atau hakim syarie dan sabit aduannya disisi kadi atau hakim syarie dan ia memberi kepada kadi atau hakim syarie bagi pihak saya sebanyak sepuluh Ringgit Malaysia atau senilai dengannya maka pada ketika itu tertalaklah dia Nurin Hanis Aqasha Ariffin dengan satu talak khuluq. "

Ruang masjid itu senyap sunyi saat Megat Idran membacakan taklik usai akad nikah dilaksanakan tadi. Hanis sebak, dia benar-benar tewas dengan emosi saat ini. Bukan kerana terharu, bukan sebab dia gembira tapi sebab dia takut. Takut menggalas tanggungjawab baru, yang mungkin lebih berat. Berkahwin dengan abang sepupu sendiri tanpa pengetahuan ibu bapanya, ini satu kerja gila!

Walaupun hanya sekadar majlis akad nikah biasa tanpa kehadiran ramai ahli keluarga namun keadaan di dalam masjid itu benar-benar meriah dengan pancaran dan silauan daripada lensa kamera. Hanis kelihatan sungguh menawan dalam busana baju kurung ringkas berwarna putih. Hanya baju kurung putih biasa tanpa corak pada mulanya namun dengan kemahiran Hajah Faridah, baju kurung itu dihias indah dengan jahitan kain lace dan sulaman bunga di bahagian hujung baju dan lengan.

Megat Idran pula segak bersama sepersalinan baju melayu putih, dia rembat baju raya dua tahun lepas je sebab masih muat dan sama nada dengan warna baju Hanis. Cukuplah dengan samping hitam bersama sulaman kelabu dan songkok, Megat Idran dah cukup kacak dah pun dan dah bersedia untuk membuat mana-mana wanita cair dengan penampilannya.

Ewah kau, baru je lafaz taklik ada hati nak main mata dengan perempuan lain ye. Wah wah wah.

" Tengok sini, tengok sini! " yang ini yang paling sibuk, Khaysarah dengan iPhone miliknya diangkat tinggi demi sekeping gambar bersama sepupunya itu. Eh dah naik pangkatlah! Kakak ipar dah gais! Kakak ipar muda daripada dia, huh!

Yang paling kecoh sedari tadi mestilah Khaysarah, tak lupa juga si kuat mengusik Faliq dan si mengada Arief. Beria benar menepuk bahu Idran, kononnya memberi semangat sebelum melafazkan akad padahal Abang Ran depa tu sikit pun tak goyang, siap boleh minum teh ais lagi sebelum masuk masjid tadi!

Masing-masing punya perangailah..

" Ran nak solat sunat dululah. " Idran bangun usai menguruskan soal borang nikah, lelaki itu menanggalkan songkok yang dipakainya sebelum berlalu ke ruang wudhuk. Apa lagi, riuh-rendahlah suara mengusik dan tawa daripada tiga orang tenuk durjana itu.

Hajah Faridah tersenyum saat Hanis bangun menyalami tangan wanita itu. Ah maktok jelah yang dia ada sekarang, peluk maktok jelah!

" Jadi isteri yang solehah, dengan cakap Idran ya kakak. " pesan maktok perlahan membuatkan Hanis terpukul, ah nak nangis! Lantas dengan itu tubuh maktok dipeluk sebelum pipi wanita yang sudah menjangkau hujung 70an itu dikucup penuh kasih.

Kemudian dia beralih pula pada kakak sepupunya, tangan Zunairah disalam.

" Apa ni kakak ipar lagi muda daripada kita! " usik Zunairah. Hanis ketawa, beza umur dia dengan Kak Zu ialah 4 tahun tapi dia jadi kakak ipar wanita itu ehehe.

Hati Ini Milik Siapa? Where stories live. Discover now