+ Bab 61 ; Menyakitkan hati!

6.8K 314 49
                                    

Hanis hanya mengintai sahaja daripada ekor mata susuk tubuh suaminya yang sedang rancak bersembang dengan sepupu yang lain. Sesekali Hanis merengus melihat wajah selamba Idran, dalam keadaan keruh macam ni pun lelaki itu masih selamba. Ah stop it Nis, kau ni sehari tak bersangka buruk dengan dia tak boleh ke?

" Ha Hanis, hang tiga tahun dah kahwin dok sorang tu ja. Tak mau tambah lagi ka? " soal makngah tiba-tiba, ah sudah datang dah! Ni lah makcik-makcik Melayu! Bila tak kahwin, tanya bila nak kahwin! Bila dah kahwin, tanya bila nak ada anak! Bila dah ada anak, tanya bila nak tambah lagi! Ni makcik, bila nak mati agaknya?

" Tak ada rezeki lagi makngah. " balas Hanis, duduk dilabuhkan di sebelah Puan Halina yang sedang memotong bawang. Maklumlah, esok majlis pertunangan Naqif. Sebab itu meriah sahaja rumah Puan Halina hari ini.

" Ka hang merancang? " kali ini soalan ditebak oleh maklong pula. Hanis menjulingkan mata dalam diam. Menyampah betullah!

" Tak adanya kak, nanti-nanti adalah tu. Depa ni suka rahsia-rahsia tau-tau beradiklah nanti si Qisha tu. " Hanis senyum sahaja, terima kasihlah umi menepis segala serangan mulut murai kakak umi tu!

" Daklah bukan apa, keturunan kita ni beradik ramai. Nanti orang kata hang tak subur pulak hang yang malu sebab hat lain semua anak-anak empat lima orang sekali. Kotlah hang merancang, kesian si Ran tu. " balas maklong, Hanis hanya tersenyum hambar.

" Kalau ada rezeki kami terima, tak pernah merancang pun. Tak apalah, orang masuk dalam dulu. Nak pi potong puding roti yang umi buat tadi. " balas Hanis dengan wajah keruh sahaja, sedikit terasa hati dengan kata-kata maklong tadi.

Bukannya dia tak mahukan anak lagi tapi nak buat macam mana, dia belum mengandung? Itukan semua rancangan Allah, maklong siapa nak tentukan bila dia nak mengandung lagi? Dia tak faham kenapa makcik-makciknya itu suka sangat menyerangnya dengan soalan sensitif. Mereka sebagai kaum Hawa juga tak tahukah soalan bila mahu punya zuriat itu isu yang sensitif?

Tak ada rasa malukah? Tak rasa bersalah ka? Macam mana kalau terkena batang hidung sendiri? Apa rasanya kalau orang lain bertanyakan soalan itu pada mereka? Tak subur ka? Mandulkah? Susah nak lekat kah? Ataupun merancang? Tak ada rasa malukah? Hanis cukup benci dengar soalan ini, dulu semasa dia tolong Dini handle kes penceraian di mahkamah dahulu antara sebabnya pasangan itu bercerai itu sebab inilah.

Sebab mulut keluarga mertua yang asyik memaksa, bertanyakan soal anak, mengatakan yang pasangan itu tak mampu memperoleh zuriat. Tak bolehkah mulut itu diam dan bercakap soal yang baik-baik sahaja? Boleh mati ke sehari tak bercakap buruk pasal orang? Dan yang pastinya jika soal anak dibangkitkan pastilah semua menunding jari pada kaum Hawa.

Walhal sebenarnya suami juga main peranan penting, ha kan dah membebel topik Biologi ni! Tolonglah hormat sedikit perasaan kaum wanita yang lain, kalau mulut tak mampu berkata yang baik-baik maka berdiam itukan lebih baik? Sebagai seorang wanita sendiri, tak adakah rasa sedih? Dia tak faham.

" Jauh kau termenung, potong puding pun syahdu semacam ni kenapa? " sergah Khaysarah mematikan lamunan hati Hanis. Dia menarik nafas perlahan sebelum dihembus. Menghilangkan rasa panas hati tadi.

" Tak ada apalah. " balas Hanis, puding roti tadi dipotong cermat sementara bersama wajah kosong memandang ke kosong ke arah talam berisi kuih talam keladi.

" Hang cermat sikit, mai sini aku potong! Potong kuih pun nak berangan payah arr! " tepis Khaysarah, nak sahaja dia cepuk dahi Hanis ni. Boleh pulak dia sambung berangan!

" Khay, macam mana nak pregnant eh? " soal Hanis bodoh, entah otak dia celaru saat ini.

" Hang nak aku terang dari mana? Dari proses pembentukan embrio ka fetus? Ka da- " pantas tangan Khaysarah ditampar.

Hati Ini Milik Siapa? Where stories live. Discover now