+ Bab 56 ; New journey

11K 402 32
                                    

Sebabkan korang, aku consider untuk buat special chapter okey shsh. Ingat aku boleh biarkan je komen korng yg minta special chapter tu. Seya terharu sksk so here you go. beberapa chapter je eh. Dah minta special chapter ni harsh sikitlah konflik dia heheh.

++++

Suasana malam itu dingin sahaja, Hanis senyum melihat bandar yang masih terang-benderang dan sibuk dengan kenderaan. Tak, tak akan pernah senyap. Sesekali Hanis ketawa, teringatkan kisah-kisah dua tahun lalu. Sepanjang dia menjadi peminat setia Megat Idran. Masih lagi tak sangka yang dia akan bersatu kembali dengan lelaki itu bersama perasaan yang indah.

Entahlah, kadang dia rasa macam membazir sahaja air matanya. Sebab alih-alih dia disatukan juga dengan Idran, macam tak percaya sahaja! Tahu-tahu dia sudah tiga tahun bergelar isteri lelaki itu, dan tahu-tahu sahaja sudah lahir seorang Idran's junior. Anugerah dari Allah tanda ikatan cinta antaranya dan Megat Idran. Suka betul lelaki itu usai dikhabarkan bahawa dia sudah berbadan dua dahulu.

Beria Idran tersenyum gembira, dia bersyukur diberikan lelaki sebaik Idran. Entahlah, dia masih lagi tak percaya yang abang sepupunya itu merupakan jodoh yang satu. Rasa macam mimpi padahal dulu beria sahaja penulis mahukan wataknya sentiasa berendam air mata. Suka benar mengucar-kacirkan hati pembaca dengan konflik cinta tak berkesudahan! Huh!

Dan dia tak sangka langsung yang Idran lagi lama sukakan dirinya ataupun lebih tepat lagi, sukakan gadis kecil bernama Qasha iaitu dirinya ketika masih bergelar kanak-kanak. Tumpah jugaklah air mata Hanis saat melihat sebuah bilik yang penuh dengan gambarnya. Walaupun pada mulanya dia mengatakan yang Idran saiko menyimpan gambarnya sebegitu tapi kata Idran yang dia tak mahu lupa setiap memori yang tercipta dulu.

Dia juga sudah bongkarkan tentang album yang ditempahnya khas buat lelaki itu, Idran senyum. Nak menangis rasanya apabila teringatkan setiap coretan puisi ringkas lelaki itu. Seperti yang semua sudah sedia maklum yang Idran bukanlah lelaki yang cheesy, dia tak pandai menabur ayat manis jadi lelaki itu hanya mampu menzahirkan rasa hatinya melalui coretan-coretan ringkas sebegitu.

Setiap doa yang dititip buatnya oleh lelaki itu buat dia benar-benar jatuh cinta berkali-kali pada Megat Idran. Bertuahnya dia memiliki lelaki itu, yang sentiasa menitip namanya dalam doa. Sentiasa menjaganya dari jauh. Kenapalah dia tak tahu selama ini, dan rupanya pengirim misteri ketika dia di rumah Nek Yah dan Tok Aki juga adalah lelaki itu.

Idran yang mengirimkan semua makanan, baju dan barang itu dengan menyuruh Nek Yah merahsiakan perkara itu. Lelaki itu jugalah yang mengirimkan coklat dari Langkawi dulu. Entahlah, kadang-kadang dia rasa tak layak pula buat lelaki itu. Dia beria, serba kekurangan. Sudahlah dulu dia suka menuduh Idran bermacam-macam, mengatakan yang lelaki itu tak sedar perasaannyalah apalah.

Padahal Idran sentiasa tahu, dia tahu semua benda bahkan Idran tahu dia menangis malam itu. Bukan setakat Faliq tapi Idran dulu yang dengar segala butir katanya. Macam manalah lelaki itu masih boleh bersabar dengan dirinya? Dia tak faham kenapa Idran perlu buat sampai macam tu? Dia rasa dia jahat sebab selalu tuduh lelaki itu macam-macam.

" Buat apa malam-malam lepak balkoni ni? " pinggang Hanis terasa dilingkari oleh sepasang tangan kekar. Hanis senyum hambar.

" Tak ada apa, saja. Qisha dah tidur? " soal Hanis, Idran menganggukkan kepala sebelum merehatkan kepalanya dia atas bahu Hanis.

Cup!

" Habis tu kenapa daddy belum tidur ni? " soal Hanis, tangan Idran di pinggangnya diusap manja.

Hati Ini Milik Siapa? Where stories live. Discover now