Bab 30 ; Dia bad mood

10.2K 451 29
                                    

" Malaslah. "

" Ish makanlah cepat. "

" Tak nak, tak rasa nak makan. "

" Dah tu macam mana nak baik ni? "

" Ish tak payahlah, nanti baiklah. "

" Buka mulut cepat. "

" Tak nak. "

" Ish abang Ran ni mengada betullah! "

" Asha ni kuat memaksa betullah! "

Hanis menjeling Megat Idran yang tersengih-sengih dengan wajah yang pucat dan tak bersalah. Abang sepupu dia ni mengada betullah! Dahlah tadi selamba sahaja tarik dia dalam pelukan, lepas tu paksa dia tidur sekali bagai. Mengada! Sejak bila entah abang sepupunya ini bertukar jadi soft semacam. Dia yang lemas dalam pelukan lelaki itu akhirnya terlena juga berbantalkan lengan Idran.

Bangun-bangun sahaja tudungnya sudah ditanggal, nasib baik! Kalau tanggal benda lain memang dia siku Megat Idran ni, sakit ke tak dia peduli apa! Tiba-tiba je merenyam semacam, sakit otak ke apa? Pulau Langkawi buat lelaki ini hilang satu dua wayar ke?

" Abang tak laratlah. Mengantuk. " mendatar sahaja suara Megat Idran, wajahnya masih basah dengan air wudhuk. Maklumlah baru sahaja lepas menunaikan solat Maghrib. Itupun punya susah nak berenggang dengan katil tu.

" Makanlah sikit, karang perut masuk angin. Sakit lain pulak datang. Kalau abang Ran tak nak makan boleh, lepas ni tolong jaga diri sendiri. Orang malas ambil tahu. " ujar Hanis beku, wajah lesu Megat Idran itu dipandang tanpa sebarang riak. Hanis Aqasha yang lemah lembut? Dah lama mati ditelan masa!

" Yelah, abang makan. "

" Nah. " mangkuk berisi bubur ayam bersama taburan ikan bilis goreng dan daun bawang itu disua pada si abang sepupu merangkap suami atas kertasnya itu.

" Asha suap, kalau tak abang tak nak. " kata putus diluahkan, Megat Idran hanya menayang wajah tanpa riak. Meminta simpati adik sepupunya itu. Sungguh dia tak lalu nak makan, tambah-tambah melihat bubur lembik yang dipegang oleh Hanis.

" Fine! Mengada betul! " balas Hanis lalu menarik kerusi mendekati birai katil Idran. Bubur itu disudu. Sementara menanti lelaki itu menunaikan solat Maghrib tadi sempat dia masak bubur buat Megat Idran, sup ayam dan telur dadar pula buat adik-adiknya memandangkan Khaysarah takkan pulang malam ini kerana berada di hospital.

" Buka mulut. " arah Hanis garang. Idran hanya menurut dengan wajah lesu. Dah macam kena nasi tangas dah dia ni kenapa! Ok gurau gurau.

Suasana sepi, masing-masing dalam khayalan sendiri. Idran termenung jauh manakala Hanis hanya fokus untuk menyuap lelaki itu, dia ada banyak benda lagi nak buat esok jadi dia malas mahu berlama-lama dalam bilik ini. Itulah, kau yang gatal sangat ponteng kerja, hadaplah kerja bertimbun tu!

" Pergi mana? " soal Idran tiba-tiba, anak matanya memanah anak mata Hanis namun gadis itu langsung tak memandang ke arahnya.

Jeda. Hanis tak berniat langsung nak jawab pertanyaan Idran, suka hati dialah nak pergi mana pun! Awak jaga girlfriend awak sudahlah!

" I'm asking you. " tokok Idran lagi, dia memandang wajah Hanis dengan pandangan redup. Entah kenapa, dia jadi pelik bila berbual dengan Hanis sekarang. Gadis itu seakan membeku. Kenapa?

" Makan cepat, boleh rehat cepat. " itu sahaja yang keluar daripada mulut Hanis, tisu dapur diambil sebelum dilap bahagian hujung bibir Idran dengan selamba. Anggap sahaja kau tengah jaga orang sakit Nis. Macam ni lah.

" Susah sangat ke nak jawab? " soal Megat Idran, sudu yang hendak disuap ke dalam mulutnya ditolak sedikit tanda tak mahu lagi. Megat Idran mengambil alih tisu yang berada di tangan Hanis.

Hati Ini Milik Siapa? Where stories live. Discover now