Bab 33 ; Idran ni kenapa?

10.8K 485 18
                                    

" Korang ni kenapa? Senyap je? Gaduh ke? " soal Khaysarah pelik, dia memandang Megat Idran dan Hanis silih berganti dengan wajah penuh kehairanan. Megat Idran sedari tadi hanya fokus pada makanannya manakala Hanis sibuk dengan aplikasi Twitter.

" Mana ada. " balas Hanis dan Idran serentak. Mereka terkesima sebelum saling berbalas pandang lalu meneruskan acara makan yang tergendala.

" Hoi, aku lepuk juga dua ekor ni. "

" Language Khaysarah. " tegur Megat Idran tanpa memandang wajah adiknya. Dia hanya memandang pinggan di hadapannya. Tak berniat mahu beramah dan berbual mesra hari ini.

" Fine, sorry. Khay balik duduk rumah balik sebab ada budak baru nak masuk. Kuarters pelajar penuh jadi yang dah nak habis HO kena keluarlah. "

" Dah tu balik jelah. " balas Megat Idran, wajahnya beku tak beriak. As usual.

" But I have one request. "

" Nak apa lagi? Balik jelah rumah, dah nak habis HO kan tak payah nak gatal menyewa. Abang tahu kau selalu balik lewat. Jangan nak mengada. Balik je rumah. " pintas Megat Idran, Hanis sedari tadi hanya memasang telinga. Malas mahu masuk campur soal dua beradik ini lagipun dia orang luar.

" Bukan pasal tu lah, kau ni! Dengarlah dulu aku nak cakap. "

" Okey. Apa dia? "

" Boleh tak Hanis sebilik dengan kau? "

" Hah?! Uhuk uhuk! " tersedak Hanis apabila namanya disebut, perit ruang trakea apabila daging yang dikunyah meluncur laju turun ke ruang itu. Terbatuk-batuk dia sendiri sebelum belakangnya terasa ditepuk perlahan dan huluran gelas kaca berisi air kosong itu berada di hadapannya.

" Eat properly. " pesan Idran lembut, wajahnya tak nampak langsung riak risau tapi gigih lelaki itu menepuk lembut dan memastikan yang Hanis sudah okey.

" Jangan nak tersedak sangatlah, korang husband and wife kot chill lah. Aku bukan apa, I will be more busy after this sebab housemanship aku kan dah nak habis, aku takut aku tak pass jabatan ni. So aku kena study lebih, buat revision balik. Kau tahu kan waktu tidur aku tak menentu so instead of buat masa tidur Hanis terganggu better kau pindah bilik Idran. " cadang Khaysarah, dia menghantar isyarat kenyit mata pada Hanis tanpa Megat Idran sedar.

" Tak payahlah, aku okey jelah. Tak ada masalah pun. "

" I'm okay with that. "

Jawapan serentak itu buat Hanis dan Idran kembali memandang satu sama lain, dan juga jawapan serentak itu mendatangkan senyuman mengusik pada wajah Khaysarah.

" Tak apalah, aku tidur tingkat atas. "

" Sorry sis, tapi bilik atas penuh barang. Kalau kau nak tidur dalam bilik berhabuk tu bolehlah, silakan. Kalau jumpa apa-apa ke aku tak tanggung sebab lepas kak Ira kahwin, bilik tu memang kosong. " balas Khaysarah, sengaja sebenarnya menakutkan Hanis. Tahu sangat yang sepupunya ini penakut, hek eleh!

" Haih, tak ada talian hayat ke? "

" Nope, korang husband and wife. Benda normal tidur sekali, stay jelah dalam bilik Idran. Mana tahu tahun depan aku dapat anak menakan baru? " balas Khaysarah nakal, Megat Idran masih dengan wajah bersahaja. Yang tak okey mestilah Hanis, habis berbahang wajahnya diusik sebegitu. Haih Khaysarah ni, ada aku lempang japgi!

Hati Ini Milik Siapa? Where stories live. Discover now