Bab 25 ; I will protect

10.7K 475 55
                                    

Hanis memandang dada langit dipenuhi dengan taburan sang bintang yang galak berkelipan. Sesekali kedengaran bunyi helaan nafasnya, terpukau dengan keindahan ciptaan Tuhan yang takkan pernah sirna ini. Kadang-kadang terlampau asyik dengan keindahan sang bintang sehingga ingin terbang ke langit dan menggapainya. Terlalu memuja keindahan sang bintang, terlalu asyik dengan silauan cahaya yang terang berkelipan menyinari dada malam.

Ingin sekali memetik bintang yang paling terang, yang paling cantik, yang paling memukau serta yang paling menarik hati hingga kadang-kadang terlupa yang dibumi juga ada sang lautan yang juga cantik memukau cuma lumrah manusialah, terkejarkan yang jauh di sana sehingga lupa yang disini. Ini lumrah manusia.

Sehingga terlupa disini mungkin ada tetapan Tuhan yang menanti. Terlalu asyik dengan cinta si pencuri hati sampai lupa kebesaran Ilahi. Lumrah manusia juga ingin diri disayangi dan dimiliki sang kesayangan. Ramai yang menaruh hati, memendam rasa, menahan perit, meletak harapan buat diri sendiri pada yang tidak pasti. Setiap takdir adalah mutlak, dirancang dan ditulis cantik olehNya.

Hanis menghela nafas berat, dia tertanya-tanya apa takdir yang dicorakkan buatnya? Bukan hendak mempersoalkan urusan Yang Esa cuma hanya tertanya-tanya adakah keputusan yang dicapai ini yang terbaik buat dirinya. Sungguh benarkah ini jodoh mereka? Ah dia kelu, dia tak punya jawapan untuk soalan sendiri. Tambah lagi dengan perkahwinan tanpa hala tujuan ini, dia jadi nanar.

Dia tahu dia bukan pilihan hati lelaki itu tapi perlukah permainkan perasaannya sampai macam ni sekali? Kadang-kadang dia terfikir, kenapa susah sangat dia nak buang 'rasa' itu. Kenapa terlalu sukar? Kenapa rasa itu tak pernah pudar dari dasar hati? Kenapa rasa itu semakin menyakitkan hati? Dia juga tak punya jawapan. Bukannya dia tak pernah mencuba menyingkirkan rasa itu namun masih juga tertinggal disini.

Apa erti perkahwinan ini sebenarnya? Benarkah ikatan ini berlangsung demi menangkat maruahnya yang sudah dipijak-pijak atau perkahwinan ini satu kesilapan yang kelaknya memakan diri? Pening kepala dia memikirkan segala persoalan yang bermain di minda.

Dulu beria benar dia nasihatkan Faliq untuk move on dan keep moving forward walhal diri sendiri pun masih belum move on. Hanya Tuhan sahaja tahu bertapa peritnya melihat lelaki itu punya si pemilik hati. Kata orang, jika mahu lupakan sesuatu dekatkanlah diri dan mengadulah dengan Sang Pencipta. Kelak lama kelamaan rasa itu akan pudar. Tapi Hanis, sudah berkali-kali mencuba. Sudah banyak doa yang dipohon untuk memudarkan rasa ini.

Rasa ini ada maknakah?

Hanya Allah sahaja yang tahu, bertapa dia gigih bangun di sepertiga malam. Memohon bantuan dan meletakkan pergantungan sepenuhnya padaNya. Bertapa banyaknya air mata yang sudah mengalir hanya untuk memohon agar hati ini menyingkirkan rasa itu. Bukan dia tak mencuba, sudah dibuat solat hajat, solat taubat dan istikharah bagi memohon pertolongan Dia bagi menghilangkan rasa ini.

Tapi masih lagi bersisa rasa sayang dan cinta ini. Masih lagi hatinya sarat dengan rasa buat lelaki itu. Dia tahu, tak sepatutnya dia terlalu mengejar cinta dunia tapi entahlah. Dia sudah cuba banyak perkara.

Masih juga rasa itu tak luntur. Hanis jadi sebak sendiri, sebak kerana dirinya sudah pergi sejauh ini. Dirinya sudah menaruh harapan yang terlalu tinggi, harapan yang inginkan lelaki itu membalas rasa indah ini. Dia sudah pergi terlalu jauh hingga sang hati sudah tak mampu dilentur lagi. Dan kini dia dibebani dengan ikatan tanpa rasa suci. Rasa suci yang hanya diberi sebelah pihak.

Sungguh dia benar-benar sedih.

Dia hilang punca.

Hati Ini Milik Siapa? Where stories live. Discover now