Lana, aku balik naik Grab tau. Kau bawak ah kereta aku balik, aku tak berapa sihatlah. Jumpa dekat kedai esok. Nanti aku text kak Lin bagitahu.
Send!
Hanis memandang kosong keluar tingkap, dia hilang kata-kata. Dia hanya memandang keluar sepanjang perjalanan pulang ini. Sesekali Hanis mengeluh, memang dia rasa puas berbuat seperti demikian tapi dia langsung tak tahu kenapa hatinya tak tenteram. Terasa ada benda yang tak kena. Dan dia tak ada idea kenapa sekarang wajah Idran yang memenuhi kepalanya, puas dibuang namun masih tetap wajah itu yang muncul.
Wajah Ikmal? Entah dia dah tak boleh fikir pasal tu. Hanis memandang cincin dijarinya, ini cincin tanda. Sebenarnya mereka belum bertunang yang sebenar-benarnya, ini hanya cincin tanda daripada Ikmal sebagai tanda dia sudah punya seseorang. Entah, dia pun tak pasti kenapa dia memilih Ikmal walaupun sebenarnya spark seperti itu tak pernah wujud antara mereka berdua.
Tapi sekurang-kurangnya Ikmal tak pernah menumpahkan air matanya, Ikmal tak pernah menyakitkan hatinya seperti lelaki itu. Tapi.. ah entah dia buntu dan hilang kata-kata.
" Banyak kali saya dengar you mengeluh, ada problem ka amoi? " soal wanita berbangsa cina dia tempat duduk hadapan itu. Hanis tersengih segaris.
" Tak adalah aunty, saya penat sangat ni. " balas Hanis ringkas, dia tahu dia macam biadap tapi dia tak ada mood mahu berbicara dengan sesiapa.
" Oh okey okey, tak apa mahu sampai dah. "
" Okey aunty. " dan perbualan antara mereka tamat. Hanis kembali memandang keluar tingkap, dia sudah semakin hampir dengan kawasan kondo miliknya.
" Tak apa aunty, you drop saya dekat sini. Saya nak pergi kedai dekat bawah tu. " pinta Hanis, aunty Cina itu hanya menganggukkan kepala sebelum memberhentikan kereta. Bayaran dibuat sebelum Hanis tersenyum bersama terima kasih.
Hanis berjalan perlahan melintasi kawasan taman permainan di bawah ini, dia memandang bangunan kondominium yang menjadi tempat tinggalnya. Tak, bukan milik dia pun, dia hanya menyewa. Dia belum mampu, banyak lagi benda dia nak kena bayar. Hanis mengeluh lagi dan lagi sebelum membuat keputusan untuk melabuhkan duduk di atas buaian.
Dan tanpa ditahan-tahan lagi dia membiarkan air matanya turun, Hanis memegang rantai buaian itu lemah cukup lemah bersama suara parau tangisannya. Dia tak pasti kenapa dia menangis tapi kata-katanya pada Megat Idran tadi bukan kehendak hatinya. Kenapa kau macam ni Hanis?
" Confession bodoh? " Hanis menangis lagi, tak Idran, confession tadi tak bodoh. Saya yang bodoh..
Dalam gelap malam yang diterangi purnama itu, Hanis merembeskan tangisan. Rasa di dadanya bercampur-baur, yang dia pasti cuma satu. Rasa itu hanya hadir ketika bersama Idran, bukan Ikmal atau lelaki lain tapi cincin di tangannya ini? Hanis menangis, badannya menggigil menahan rasa. Beg silang miliknya dipeluk, cermin mata yang dipakai sudah basah lencun bersama air mata.
" Kenapa jadi macam ni? Tak ada ruang ke kebahagian untuk kami? " rintih Hanis pedih, dia bukannya buta dia cuma rabun dan dia nampak wajah keruh Idran sewaktu di rumah Shazlin tadi. Dan dia tak bodoh lagi untuk tahu yang lelaki itu benar-benar terasa dengan kata-katanya, kalau tak mana mungkin Idran akan terus pulang ke rumahnya usai menghantar dirinya di rumah Shazlin tadi.
Dia tahu perasaan Idran, dia pernah alami rasa itu. Dia tahu bagaimana sakitnya hati diperlakukan sebegitu tapi kenapa baru sekarang? Kenapa baru sekarang Idran datang menagih perasaan itu? Kenapa baru sekarang lelaki itu mahu membalas rasa dalam hati ini? Kenapa baru sekarang?
" Bodoh! " Hanis mencemuh geram, geram pada diri sendiri yang terlalu senang membiarkan luka di hati bernanah kembali.
" Kenapa baru se..sekarang abang Ran? Kenapa lepas orang dah jadi milik Ikmal baru abang Ran nak datang? Hiks..mana abang Ran pergi dua tahun lepas? " rintih Hanis pedih, lelah dia sendiri. Sakitnya hati dia saat ini.
VOCÊ ESTÁ LENDO
Hati Ini Milik Siapa?
Romance" Ha apa?! Dua bulan!? Habis tu kitorang nak tinggal dengan siapa? Abang study, kakak kan kerja balik lambat? " - Arief Asad, si bongsu. " Dua bulan tu sekejap je, pejam celik pejam celik dah dua bulan. Korang akan tinggal dekat rumah mak chaq deka...