Hanis menyarung baju kurung Kedah yang dipinjam dengan Nek Yah. Dia memandang cermin rumah Nek Yah yang sudah sedikit kabur itu. Erm, okey la jugak. Kain batik yang dipakai itu ditarik sedikit, tudung bawal yang dipakai tadi hanya dipin ditengah-tengah belahan tudung itu bagi menutupi dadanya. Ok dah siap! Hanis keluar dari bilik kecil itu.
Idran yang tadi sibuk bersembang dengan Tok Aki menoleh mendengar bunyi engsel pintu yang berbunyi kerana sudah berkarat. Idran terpana melihat Hanis berbaju kurung Kedah dan berkain batik itu tersenyum ke arahnya.
Erm, cantik..
" Nek, nak tolong apa? Meh Hanis buat. " Hanis terus berpaling menuruni tangga dapur menuju ke arah Nek Yah yang sibuk menyiang sesuatu.
" Cantik sungguh aih pakai lagu tu! Nek ingat hang tak reti pakai. Maklumlah anak dara la ni mana suka pakai pakai kain semua ni, depa lagi suka pakai seluar. " tegur Nek Yah tersenyum, jelas habis kedutan di wajahnya. Agak-agak berapa eh umur Nek Yah ni?
" Hehe, Hanis reti pakai nek tapi jarang. Kadang balik kampung belah umi baru pakai. " beritahu Hanis duduk bersimpuh di sebelah Nek Yah. Ni kalau Faliq nampak kakak dia terlebih sopan ni mesti kena gelak kaw-kaw punyalah!
" Lagu tu ka? Baguihlah ada lagi anak dara hat reti pakai kain batik! Nampak ayu sungguh aih hang ni! " puji Nek Yah lagi, Hanis ketawa. Ada-ada sajalah nek ni!
" Meh nak siang ikan ni. " Hanis tarik bekas berisi beberapa ketul ikan kembung itu.
" Ni nek nak buat asam pedaih, goreng kangkung sikit lepaihtu nak rebus petai dengan nak tumbuk sambal. " beritahu Nek Yah, Hanis terangguk-angguk.
" Uih petai, sedap tu nek. Gemuklah Hanis macam ni nek, dengan asam pedaih! " balas Hanis ketawa kecil, tangan ralit membuang perut ikan kembung itu.
" La hang makan petai ka? " soal Nek Yah tak percaya, tangannya terus terhenti dari memotong sayur kangkung.
" Awat pulak tak makan nek? Sedap kot, tapi sekarang susah nak jumpa petai. Kena pi market tak pun pasar malam baru jumpa. " Hanis terpana apabila Nek Yah tiba-tiba memeluknya erat. Hanis menepuk bahu Nek Yah yang sudah basah dengan air mata.
" Nek ni ada seorang anak perempuan, perangai dia, cara dia semua serupa dengan Hanis tapi dia dah buang nek, lepas dia kahwin dengan orang kaya di Kolumpo nu.. " beritahu Nek Yah, Hanis simpati. Dia mengelap tangan yang kotor, sebelum menepuk perlahan belakang Nek Yah.
" Tak maulah nangis macam ni nanti tak comei dah nek. Tak pa Hanis kan ada? Lepas ni insya Allah kalau tak ada apa-apa, Hanis selalu jenguk nek dengan tok aki tau. Tak mau teriaklah nanti lambat pulak kita masak nek! Abang Ran tu bukan boleh, kalau lapar nanti dia bertukar jadi Hulk! " Hanis cuba menceriakan suasana, dia lega mendengar tawa kecil Nek Yah.
" Merapulah hang ni! Siang lekaih ikan tu! " Nek Yah kembali di tempatnya memotong kangkung yang dikutip dibelakang rumahnya itu. Hanis senyum segaris sebelum dikejutkan dengan satu suara.
" Apa yang riuh sangat dapur ni nek? " muncul Idran berkain pelikat dan lengkap berbaju Melayu. Dah siap solat Maghrib lah ni.
" Takda apalah, sibuklah hang ni Akim! Ni sembang orang perempuan. " Nek Yah menepuk lengan Idran yang melabuhkan duduk disebelah Nek Yah dan bertentangan dengan Hanis. Idran yang sibuk memerhatikan Hanis itu terkejut menerima tepukan daripada Nek Yah.
" Sampai hati nek, jumpa Hanis ja terus lupa dekat Akim. " Idran sengaja berkata begitu. Suara sengaja dibuat-buat lirih.
" Gatai sangat aih! Hang tu selalu dah dok jumpa, ni Hanis ni pertama kali. " balas Nek Yah pula, berura-ura ingin mengetip lengan kekar Idran itu namun lelaki itu mengelak sambil ketawa.
YOU ARE READING
Hati Ini Milik Siapa?
Romance" Ha apa?! Dua bulan!? Habis tu kitorang nak tinggal dengan siapa? Abang study, kakak kan kerja balik lambat? " - Arief Asad, si bongsu. " Dua bulan tu sekejap je, pejam celik pejam celik dah dua bulan. Korang akan tinggal dekat rumah mak chaq deka...