Bab 17 ; Dingin

10.3K 466 5
                                    

Hanis meraup wajah mengaminkan solat subuh yang dia tunaikan. Dia kembali bersila di atas sejadah. Al-Quran tafsir yang berada di atas katil dicapai, perlahan-lahan bacaan bismillah dimulakan. Hanis sedar, terlalu banyak dosa dia selama ini. Sesuka hati bersentuhan dengan Megat Idran yang hanya memegang gelaran abang sepupunya itu.

Mereka hanya sepupu dan aurat serta batas sebagai sepupu tidak sama jantina sama sahaja dengan aurat dan batas dengan lelaki bukan mahram. Hanis sedar, tak guna dia terlalu leka dengan cinta dunia. Dia lupa sebenarnya, cinta dan sayang itu sepatutnya hanyalah pada Allah Azzawajalla. Cinta yang benar-benar kekal hanyalah padaNya.

Suara itu perlahan mengalunkan surah Al-Mulk diikuti surah Al-Kahfi dan surah Yusuf. Ketika di pertengahan surah Yusuf, Hanis terhenti. Suaranya tersekat-sekat menahan sebak di dada sebelum akhirnya dia tewas, mengalir deras sekali mutiara jernih menuruni pipi. Hanis teresak-esak seorang diri, di tengah hening pagi.

" Sakitnya Ya Allah.. kenapa kau campakkan rasa ini buat orang yang salah? " soal Hanis perlahan, tangan naik memegang dada. Habis basah kain telekung yang dipakai dek kerana air mata yang tak henti mengalir.

" Sakit sangat.. Seolah-olah sesuatu sedang merobek ke dasar hati ini Ya Allah. Pudarkanlah rasa sayang ini ya Allah. Aku mohon Ya Allah.. " Hanis lemah, tafsir Al-Quran tadi dipeluk erat sambil badan terhinjut-hinjut menahan rasa hebat.

" Ada dua benda yang tak akan kekal lama dekat muka bumi ini.. "

" Apa? "

" Cinta.. "

" Lagi satu? "

" Kesedihan.. "

" Jadi saya pilih satu. "

" Apa dia? "

" Percintaan yang menyedihkan.. "

Sakitnya mencintai tanpa memiliki namun sakit lagi tika seorang ibu bertarung nyawa demi melahirkan seorang insan di dunia. Sakit lagi ketika dakwah Rasulullah ditentang hebat musyrikin Mekah, sakit lagi ketika dihina dan dicaci namun Baginda terus bangkit mempertahankan Islam, sakit lagi melihat wajah ibu dan ayah yang dihantar ke rumah orang tua-tua oleh anak-anak yang tidak tahu menghargai jasa mereka.

Allah turunkan rasa sakit dalam pelbagai cara, sama ada dari segi fizikal atau mental.

Be kind to your heart and stop worrying about the things which out of your control. Let Allah handle them.

Perlahan-lahan tangisan Hanis mulai redha, hatinya terasa lapang, jiwanya lega. Bahu terasa ringan seperti batu yang menghempap dirinya itu sudah hilang. Hanis mengesat sisa air mata dengan hujung lengan baju. Hanis berjanji pada dirinya supaya takkan terus tunduk dengan bisikan syaitan dan tidak terus membuang masa menunggu yang tidak pasti.

Dia bangun, tafsir Al-Quran itu kembali diletakkan di atas katil. Sejadah yang sudah senget itu dibetulkan. Dia berdiri menghadap kiblat, takbir diangkat bagi menunaikan solat taubat, solat hajat serta istikharah. Moga-moga dia kembali tenang selepas itu.

***

" Duduklah. " pelawa Hanis pada Faliq dan Idran yang sudah siap-siap mahu ke sekolah dan pejabat. Masing-masing sudah siap dengan uniform dan kot kerja. Hanis hanya diam sambil mencedok nasi goreng ke dalam pinggan. Pinggan disuakan buat Faliq disebelahnya dan Idran yang bertentangan dengannya.

" Akak tak kerja ke hari ni? Sempoi je pakai track dengan tshirt panjang ni. " soal Faliq sebelum menyisip air teh di dalam cawan. Dia memandang pada dua makhluk yang kelihatan kekok pagi ini. Itulah, siapa suruh akak pergi peluk abang Idran semalam! Nasib baik tak jadi apa-apa, semua itu pun setelah diceritakan Idran semalam. Kalau tak mahu otak dia buat macam-macam spekulasi, yang pastinya spekulasi negatif la.

Hati Ini Milik Siapa? Where stories live. Discover now