Pagi Khamis yang indah, wajah Hanis cemberut sahaja pagi ini. Faliq yang selalunya kuat mengusik turut mendiamkan diri bersama Arief, tahu akan angin si kakak yang tak baik manakala Megat Idran masih selamba berkemeja lengan pendek biru gelap bersama tshirt putih di dalam. Gaya kasual yang ringkas namun masih menarik hati. Hanis menyampah, bencinya dia melihat abang sepupu yang kelihatan ceria sahaja pagi.
Siapa je tak ceria kalau dapat keluar dating, tambah-tambah pulak keluar dating masa orang lain semua tengah sibuk. Best kan? Terasa dunia ini indah membiarkan kerja kita dibuat orang lain. Wahhhh indah sungguh! Getus hati Hanis geram, nak sahaja dia baling cawan berisi air teh itu ke arah Idran. Baru dia tahu betapa panasnya hati Hanis mendidih disebabkan sikap tak profesional mamat tu.
Yeke sebab tak profesional atau sebenarnya kau jeles hah Hanis?
Ah kalau jeles pun apa masalahnya? Nama dia yang termaktub bersama nama lelaki itu dalam borang nikah jadi dia ada hak! Wah dah pandai pertahankan hak, jadi apa lagi Hanis? Halanglah dia daripada berjumpa perempuan tu! Hati Hanis bertelingkah sendiri, satu suara kata lain, satu lagi kata lain. Arghh!!!
" Kakak! " Faliq terkejut apabila Hanis tiba-tiba menjerit, Idran yang baru menyisip air teh terbatuk-batuk kerana terkejut dengan jeritan Hanis. Arief tercengang.
" Kau kenapa kak? Okey ke tak? " soal Faliq cemas, Hanis berbahang. Aduh, ingatkan jerit dalam hati je tadi rupanya terlepas sampai keluar. Idran menjongketkan kening, bertanya melalui anak mata. Galak anak mata lelaki itu memanah anak mata Hanis yang masih lagi terkejut dengan tindakan sendiri.
" Dahlah, korang cepat sikit. Akak tunggu dekat kereta. " Hanis bangun dengan hati yang masih membara, sakit pulak hati dia melihat wajah tak bersalah Idran tu. Faliq mengangkat bahu.
" Period kot. " Faliq, Arief dan Idran berpandang sebelum masing-masing mengangkat bahu tanda tak tahu.
" Hek eleh, sengih-sengih tahulah girlfriend dia tu cantik macam Sharifah Rose tapi tak payahlah tunjuk sangat muka angau tu. Ei menyampah aku, Langkawi konon. Eleh aku dah pernah pergilah dengan Ikmal aku dulu, dia siap sewa naik Audi lagi dekat sana. Huh, ingat dia sorang je kot boleh pergi sana. Tunggulah Khaysarah habis housemanship nanti, satu Kedah ni aku pusing huh sakitnya hati aku!! " bebel Hanis sendiri dengan tangan sibuk bergerak menyarung heels di kaki tanpa sedar yang ada seseorang memerhati dari jauh.
Idran ketawa, entah apalah yang gadis itu bebelkan. Gaya macam marah sangat tu sampai gaya sarung heels pun macam nak bunuh orang. Tak menyabar betul. Idran hanya memerhati sambil melangkah mendekati Hanis yang memakai heels di kerusi kayu. Hari ini hari Khamis, memang selalunya di pejabat mereka hari Khamis sahaja satu bangunan akan berbaju kurung.
Manakala lelaki akan memakai baju kasual kerana hari Khamis ialah hari terakhir bekerja dalam setiap minggu namun tak pernah pula sebelum ini dia nampak Hanis berbaju kurung ke pejabat namun entah apa mimpi gadis itu hari ini, jumpa sahaja pagi tadi sudah siap berbaju kurung cotton hitam bercorak bunga pink dengan eyelash satin shawl menghiasi menutup mahkotanya.
Cantik.
" Bebel apa? " tegur Megat Idran sambil menyarung sandal di kaki. Terkejut Megat Idran saat Hanis bangun dan menjeling dirinya.
" Tak ada apalah bukan hal abang Ran pun, hoi cepatlah! Korang buat apa lagi lambat-lambat ni! Akak nak masuk office awal hari ni! " laung Hanis geram, dia terus melangkah masuk ke dalam Perodua Axia tanpa menghiraukan Idran yang sudah memandangnya hairan. Ah tak payah sibuk pandang oranglah!
" Ish akak ni, sabarlah kejap!! "
" Akak!!! "
Kecoh betul pagi ini, Idran hanya menggelengkan kepala. Dia menarik Kawasaki Ninjanya sebelum diparkir betul-betul di bawah bumbung. Enjin Audi dihidupkan.
YOU ARE READING
Hati Ini Milik Siapa?
Romance" Ha apa?! Dua bulan!? Habis tu kitorang nak tinggal dengan siapa? Abang study, kakak kan kerja balik lambat? " - Arief Asad, si bongsu. " Dua bulan tu sekejap je, pejam celik pejam celik dah dua bulan. Korang akan tinggal dekat rumah mak chaq deka...