Hanis diam, sedari tadi dia hanya dengar perbincangan antara Idran, Naqif dan Haji Ismail sahaja. Dia benar-benar hanyut dalam dunianya sendiri, dia tak suka! Khaysarah yang asyik mengusik dari tadi langsung tak boleh buat Hanis tenteram. Entah kenapa dia benar-benar tak suka dengar perbincangan antara Naqif dan Idran. Kenapa kena kahwin? Dia muda lagi kot, kenapa perlu terjerumus dalam hal ini?
Ya, dia tahu mesti orang cakap dia pelik dan bodoh. Dia suka Idran tapi tak mahu kahwini lelaki itu. Dia sendiri tak tahu kenapa dia tak mahu! Dia sendiri tak tahu kenapa hati dia menolak untuk bersama lelaki itu. Masih banyak impian yang dia kejarkan, dia tak mahu terikat dengan komitmen dan mana-mana lelaki termasuk Megat Idran Hakim Megat Amri merangkap abang sepupu dan crushnya. Dia stress!
" Eh akak, diam je. Betullah ni orang cakap, diam tanda setuju? " usik Faliq yang menggeletis semacam, siku Hanis ditolak-tolak mengusik cukup buat Hanis rasa berangin je.
" Jadi buat masa ni umi, walid, makchaq dan pakchaq takkan tahu pasal ni? " soal Naqif yang masih serius memandang wajah Idran. Sesekali matanya melirik memandang si kakak yang tak berperasaan itu. Hanya termenung kosong tanpa kata sedari tadi.
" Ya, abang tak nak diorang risau pasal ni. Macam tokwan cakap, kita akan settlekan mana yang wajib je dulu. Yang lain kita uruskan kemudian lepas diorang balik dari Tanah Suci. " jelas Idran lagi, dia mengurut belakang leher yang terasa lenguh. Zunairah dan Darlina mengangguk tanda setuju dan faham.
Ziyadh, suami kepada Zunairah hanya berdiam diri. Maklumlah dia bukan orang yang sesuai untuk masuk campur dalam urusan keluarga isterinya itu. Jadi baiknya dia hanya pasang telinga tanpa sebarang kata. Haji Ismail pula sudah berkira-kira bersama Hajah Faridah untuk melakukan acara akad nikah secara tertutup yang hanya dihadiri mereka yang berada sekarang ni.
Hanya mereka sahaja yang tahu, atas permintaan Idran sendiri untuk menyembunyikan hal ini daripada kaum kerabat yang lain. Hanis dapat dengar, segala urusan sudah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak iaitu Idran mewakili pihak lelaki dan Naqif mewakili dirinya. Habis tu sekarang siapa yang mahu berpihak kepadanya? Dia tak mahu!
" Wait. " suara dingin Hanis mematikan suara ketawa ceria Khaysarah yang sedang berangan-angan lebih itu padahal bukan dia yang nak kahwin!
Semua mata tertumpu pada Hanis yang sudah bangun. Idran yang keletihan kembali celik melihat wajah cemberut sepupu atau lebih tepat lagi bakal isterinya itu. Aceh kau Idran, advance eh bakal isteri!
" We shouldn't be like this.."
" Apa dia? " Khaysarah memandang wajah sepupunya itu, Idran juga memanah tajam wajah Hanis. Eh, aku nak tolong kau ni!
" ....Hanis tak setuju untuk kahwin dengan abang Ran. Kita tak berzina, bahkan tak ada apa-apa yang berlaku jadi kenapa sampai kena kahwin? Macam mana dengan teman wanita abang Ran? No, I can't do this. By hook or by crook, kita tak boleh kahwin. "
" Hanis.. pasal girlfriend Idran hang tak payah risaulah, abang Ran dah settle dah. Girlfriend dia tahu pasal ni. " balas Khaysarah, cuba menenangkan keadaan apabila melihat wajah Hanis yang begitu tegang.
" Tak, orang tak mahu terikat dengan sesiapa. I'm still young, masih banyak lagi benda yang orang nak kejar. Tak ada siapa yang akan kahwin, orang tak mahu. Orang akan balik Perak dengan adik-adik and everything will be fine after this. "
Haji Ismail terdiam manakala Hajah Faridah sudah gelisah melihat keadaan itu, Hanis ini nampak sahaja begini namun boleh tahan jugak kalau dah naik darah tu. Naqif pula hanya diam memandang kakaknya yang akan meletus tak lama lagi.
YOU ARE READING
Hati Ini Milik Siapa?
Romance" Ha apa?! Dua bulan!? Habis tu kitorang nak tinggal dengan siapa? Abang study, kakak kan kerja balik lambat? " - Arief Asad, si bongsu. " Dua bulan tu sekejap je, pejam celik pejam celik dah dua bulan. Korang akan tinggal dekat rumah mak chaq deka...