Bab 13 ; Senyum

10.6K 463 9
                                    

Audi A8 itu berhenti betul-betul di hadapan sebuah rumah kampung yang sudah daif keadaannya. Idran meraup rambut ke belakang, dia meregangkan sedikit badannya yang terasa lenguh. Hanis yang sudah terlena di sebelah tempat duduk pemandu itu dipandang penuh minat. Gadis itu sudah membesar menjadi seorang wanita yang berkarisma dan punya aura tersendiri.

Dia dan Hanis sejak dari dahulu lagi tidak pernah rapat bahkan mereka hanya berjumpa setahun sekali itupun jika mereka sama-sama beraya di kampung dan kadang-kadang memang lama tidak berjumpa tahu-tahu je masing-masing dah menginjak remaja, sibuk di universiti. Jarak umur dia dan Hanis agak jauh, lima tahun. Ketika gadis itu masuk ke sekolah menengah, dia sudah di tahun akhir sekolah menengah. Ketika gadis itu sibuk dengan peperiksaan SPM, dia sudah beberapa semester di universiti.

Mungkin sebab itu hubungannya dengan Hanis tidak semesra sepupu-sepupu yang lain. Gadis itu pula pasif, hanya menegur orang yang dia kenal sahaja lagilah dia tak berani nak menegur. Entah kenapa setiap kali berdepan dengan gadis ini dahulu, hormon pemalunya jadi terlebih aktif. Segan dia berhadapan dengan sepupunya ini. Hanis ini dari dahulu lagi punya aura yang lain macam, yang sepupu mereka yang lain tak ada.

Dua tahun lalu, mereka bertemu secara empat mata selepas sekian lama tidak berjumpa. Mana kan tidak, ketika dia habis belajar di Murdoch University, gadis itu pula baru melangkah ke Universiti Malaya. Memang jarang sekali mereka bersua muka, dua tahun lepas mereka bersua empat mata itupun kerana majlis kenduri paksu kalau tak entah sekarang baru dia tahu rupanya Hanis juga berada dalam jurusan yang sama dengannya.

Dia memang tak sangka dua tahun lalu, budak perempuan yang dia selalu tengok pasif dan senyap serta kurang bergaul itu rupanya sudah membesar menjadi seorang gadis yang punya aura sendiri. Budak perempuan yang selekeh itu sudah menjadi gadis yang cantik serta berperwatakan sendiri. Dia memang ingat dahulu, Hanis agak kurang bercakap dengannya dan dia pula jenis yang jarang menegur.

Kata Naufal sepupu mereka, sebenarnya Hanis bukanlah pendiam sangat pun, dia cuma kekok hendak memulakan perbualan dan hanya cakap banyak dengan orang yang sudah lama dia kenal dan selesa bersembang. Dahulu kalau dia berjumpa dengan Hanis, umpama kau jeling aku, aku jeling kau. Masing-masing jadi kekok.

" Hurm.. kita dah sampai ke? " Hanis terpisat-pisat, Idran yang tadi ralit memandang wajah Hanis terus berdehem kecil. Hanis menggosok kelopak mata sambil sebelah tangan lagi menahan kantuk yang masih bersisa. Dia menguap sedikit, beberapa ketika baru dia sedar di mana mereka berada. Wajah Idran disebelah dipandang penuh tanda tanya.

" Rumah siapa ni? " soal Hanis, namun soalan dia dibiar sepi tanpa jawapan kerana Idran sudah membuka pintu kereta sebelum melangkah keluar. Hanis turut serta mengekori langkah Idran.
" Assalamualaikum.. " laung Idran, Hanis yang berdiri disebelahnya dikerling sekilas. Hanis mengeliat kecil, Idran sembunyi senyum.

" Waalaikumsalam.. Ya Allah bang Akim datang ni bang! " muncul wajah seorang wanita tua disebalik pintu kayu yang menanti masa untuk roboh itu. Daif benar keadaan rumah itu. Hanis tersenyum melihat nenek itu turun daripada anak tangga.

" Nek sihat? " soal Idran lalu tangan nenek itu disalam dan dicium, nenek itu pulak mengusap lembut kepala Idran. Ah, comel benar nampak gayanya.

" Err Assalamualaikum. " Hanis menghulurkan tangan, tangan tua itu digenggam sebelum disalam dan dikucup. Wajah nenek itu juga hairan.

" Isteri kamu ke Akim? Sampai hati tak jemput nenek datang kenduri kamu. " kata nenek itu dalam nada bergurau, Idran ketawa.

" Tak adalah nek, ni Hanis Aqasha. Sepupu saya. " kata Idran, nenek tadi pula sudah memegang wajah Hanis. Hanis sengih, nenek itu ketawa.

" La ingatkan bini, nampak sama padan aih dengan hang Akim. " ujar nenek itu lagi. Hanis ketawa sumbang.

" Apa khabar, nek sihat? " soal Hanis pula, dia agak kekok yelah nama nenek itu pun dia tak tahu dan apa pula hubungan nenek itu dengan Megat Idran?

Hati Ini Milik Siapa? Where stories live. Discover now