Bab 26 ; Mengusik

10.7K 493 130
                                    

Hanis duduk bersendirian di taman, usai sahaja ahli keluarga mereka pulang. Dia membuat keputusan untuk melepak di taman permainan di tengah-tengah taman perumahan ini. Dia perlukan sedikit waktu untuk hadap perkara yang sedang berlaku ini. Khaysarah, Faliq dan Arief juga sudah keluar. Keluar merayap di hari cuti ini yelah bukan selalu mereka meluangkan masa bersama begini. Masing-masing selalu sibuk dengan aktiviti sendiri.

Sudah dimaklumkan pada Megat Idran yang dia mahu ke 7E sebelum melepak di taman. Hatinya sudah jadi lain setiap kali bercakap dengan Idran lepas sahaja kejadian semalam. Debaran halus yang selalu menjengah dada tiap kali bercakap atau menatap wajah lelaki itu semakin pudar. Dia sendiri tak tahu kenapa tapi dia bersyukur. Dia mahu move on dalam masa terdekat ini dan cepat-cepat menarik diri daripada perkahwinan ini.

Dia sedar semalam, dia menangis sampai terlelap dalam dakapan Megat Idran. Dia sedar bahkan tidurnya tak nyenyak pun cuma hati menuntut agar membiarkan keadaan itu berlaku, membiarkan rasa bahagia itu menjengah seketika. Dia sedar Megat Idran yang mencempungnya masuk ke dalam dan dia sedar saat dirinya berada di atas katil lelaki itu.

Saat tangan abang sepupunya naik menanggalkan segala jenis pin dan hijabnya pun dia sedar sepenuhnya, sungguh saat itu dia jatuh cinta berkali-kali. Beruntung sungguh sesiapa yang dapat memiliki dan menjadi pemilik hati lelaki itu. Setiap tingkah lelaki itu semalam berlaku dengan sekelip mata, Megat Idran juga menyelimutkan dia dengan selesa sekali.

Ah benarkanlah dia menikmati rasa ini.

Walau tak kekal, namun biarlah buat seketika cuma. Dia mahu menghargai setiap detiknya bersama lelaki itu. Dia sudah membuat keputusan untuk meletakkan limit pada ruang hatinya dan hanya mengikut sahaja segala takdir yang tercorak buatnya. Kalau dia paksa hati ini untuk menolak pun tak ada gunanya.

Jadi baik dia follow the flow sahaja dan menghadkan ruang di dalam hati agar tak terlalu menaruh harapan.

" Tengok apa? " tegur satu suara garau, Hanis menoleh terkejut melihat wajah sisi Megat Idran sedang melabuhkan duduk di sebelah buaian yang didudukinya.

" Nah. " lelaki itu menghulurkan Cornetto pada Hanis tanpa sebarang reaksi. Masih lagi dengan wajah selambanya Idran mengoyak bungkusan aiskrim yang membaluti aiskrim miliknya.

" Abang Ran buat apa dekat sini? " soal Hanis sambil tangan membuka balutan aiskrim.

" Pergi bengkel, motor baru siap. Lama tak merempit. " balas Idran tanpa nada, masih lagi ligat membuka balutan aiskrim itu.

" Oh. "

" Termenung apa tadi? " soalan tanpa nada daripada Megat Idran itu buat Hanis tak selesa. Perlu ke soal macam tu? Suara tak ada nada? Macamlah dia buat salah!

" Nothing, cuma tak percaya yang saya belakangkan family dalam hal penting macam ni. Entah apa reaksi umi dengan walid lepas tahu kita kahwin. " balas Hanis sengaja, bukan itu pun yang bermain di fikirannya cuma dia tertanya juga Megat Idran tak rasa bersalah ke membelakangi mak dan ayahnya sendiri dalam soal ini?

" We have a reason. "

" But still.. "

" Stop talking like that. " keras suara Megat Idran memberi amaran. Kadang-kadang dia perlu juga tunjukkan sisi garangnya pada Hanis sebab gadis itu terlampau keras kepala dan overthinking, follow the flow sudahlah!

" Nenek belah walid saya tak suka semua ini, nenek saya berpegang pada adat. Antara sepupu kami tak boleh kahwin. Just imagine if my grandma knew about it. She's not gonna be happy. Nenek saya sangat berpegang pada adat, pernah sepupu saya bercinta senyap-senyap and nenek find out. Nenek cakap, kalau nak bercinta sesama sepupu jangan jadi keluarga nenek. "

Hati Ini Milik Siapa? Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang