bab 2

42.1K 2.2K 102
                                    

Sedang fokus menulis nota di taman.Tiba-tiba dia tersentak apabila  buku notanya ditarik kasar oleh seseorang.Segera kepala diangkat dan dia melihat Tengku Aaron bersama kawan-kawannya.Tidak lupa juga seorang  gadis mat salleh yang cukup seksi.Siapa je yang tak kenal sikap Tengku Aaron.Playboy terkenal.

"Kau buat apa ni?."Jejaka itu bertanya sambil membelek-belek buku nota itu dengan kasar.

"Aishh,bagi balik lah."Buku itu cuba dirampas tapi semakin dirampas.Semakin jauh jejaka itu mengangkat.Tahu lah tinggi.

"Baby,you go first.See you later ."Kata Tengku Aaron dengan lembut.Pipi gadis itu dicium sekilas.

"Ok baby"Perempuan itu berkata dan membalas ciuman Tengku Aaron.Amanda hanya menundukkan kepalanya.Segan melihat aksi sebegitu.

"Buku ni orang dah tak pakai,sepatutnya buku macam ni,patut buat macam ni."Terbeliak matanya apabila melihat  Adrian selamba sahaja membakar buku nota itu.

"Aish,korang buat apa ni?Korang tahu tak buku tu ada nota untuk saya buat assignment."Gadis itu berkata sambil menahan rasa.Marah,sedih semua ada.

"Ada aku kesah."Ben pula membalas sambil melemparkan kacang tepat ke arah muka Amanda.

"Meh sini,aku nak tengok beg kau."Tanpa sempat menghalang.Beg sandangnya sudah berada di tangan Tengku Aaron.Beg itu dihulurkan kepada Kelvin dan Ezra.

Kelvin dan Ezra segera membuka beg itu dan mengeluarkan segala barang-barang yang berada di dalam beg itu dengan kasar.

"Aish,jangan lah.Korang ni dah kenapa.Saya tak kacau korang pun."Amanda tidak mampu melawan kerana Kumpulan ini sangat digeruni ramai.

"Kau dah langgar ketua aku ,kau kata tak kacau.Eh tu silap paling besar kau tahu tak?."Ezra membalas dengan sinis.

Beg Amanda diambil dan dibuang ke dalam tong sampah.Segala barangan yang berada di dalam beg tersebut diletakkan di atas meja.Amanda tidak mampu untuk membuat apa-apa hanya mampu  menahan air mata  dari mengalir.

"Goodluck girl,don't worry .Aku akan kacau kau sampai aku puas."Tengku Aaron berkata sambil mengusap rambut Amanda dengan lembut.5 jejaka itu berlalu pergi meninggalkan gadis itu.

Matanya hanya mampu  melihat beg sandangnya sudah menjadi kotor tambahan pula bercampur dengan air sampah.Lalu  buku-buku yang berada di atas meja diambil dan dipegang dengan tangan sahaja.Nasib  hari ini dia hanya  membawa sedikit sahaja buku.

Amanda terus  berjalan pulang ke bilik sewanya yang berada di luar kawasan universiti .Dia tidak mampu untuk tinggal di asrama universiti ini.Bayaran terlampau mahal.

**********************
Amanda melabuhkan punggung di birai katil.Kata-kata Tengku Aaron tadi masih lagi kekal di dalam kepala.

"Dia nak buat apa eh?Dia nak buli aku ke?."Kata Amanda sendiri.Memikirkan perkara itu dia sudah mengeluh.Bukannya tidak biasa dibuli tapi kali ini dia buli oleh badboy yang tersohor.

Amanda sudah puas mendengar cerita tentang Tengku Aaron dan kawannya yang lain.Setiap hari pasti ada yang akan dibuli oleh mereka.Tetapi pihak pengurusan universiti langsung tidak mengambil tindakan kerana 5 jejaka itu dari golongan yang terhormat.

Tidak lupa juga sikap playboy jejaka-jejaka itu.Sudah ramai anak gadis yang termakan dengan kata-kata buaya mereka.Amanda pernah berfikir macam mana gadis yang ada universiti itu boleh terpikat dengan Tengku Aaron.

"Arhhhh...apa aku nak buat ni?."Amanda menjerit melepaskan geram.Rambut dikusutkan.Nak tak nak,dia terpaksa hadap apa yang akan dilakukan oleh Tengku Aaron.




*Maaf kalau story ni hambar

My Husband BadboyWhere stories live. Discover now