bab 79

44.4K 2.2K 220
                                    

Pasangan yang baru disatukan sebentar tadi melabuhkan punggung di birai katil,saat ini mereka sudah berada di rumah milik keluarga Amanda kerana majlis akad nikah sudah selesai.

Niat Tengku Aaron ingin pulang ke rumah keluarganya terbatal kerana mummy dan daddynya terpaksa menghadiri majlis perkahwinan anak kawan mereka.Jadi dia mengambil keputusan untuk pulang ke rumah Amanda.

Dan ketika ini Amanda fokus memandang anak kembar mereka yang sedang berada di atas katil sambil bermain dengan mainan.Dia masih lagi tidak bersuara kerana agak kekok dengan kehadiran Tengku Aaron.

Walaupun sudah halal tetapi dia masih lagi tidak biasa dengan lelaki itu.

"Amanda."Seru Tengku Aaron perlahan

"Ye."Tengku Aaron memberanikan diri mendekati ke arah isterinya.Tangan isterinya digenggam erat.Amanda hanya membiarkan perlakuan suaminya.Jantungnya berdegup dengan sangat pantas

"Saya tahu awak muak untuk mendengar luahan hati saya tapi saya tetap nak luahkan semuanya malam ini."Tengku Aaron menarik nafas yang panjang,cuba untuk menenangkan diri

"Saya nak mintak maaf dengan awak kerana pernah ceraikan awak dahulu,sampai sekarang saya masih tak dapat maafkan diri saya atas tindakan tersebut .Saya ego,saya tak percayakan cinta dan akhirnya saya sanggup terima cabaran itu.Tapi tanpa saya sedar,hati saya dah lama jatuh dengan awak dan disaat kita hidup bersama,saya rasa bahagia.Bahagia sangat,awak ajarkan saya erti hidup yang sebenar.Tindakan menceraikan awak adalah tindakan yang paling bodoh saya pernah buat,maafkan saya Amanda."Luah Tengku Aaron dengan air mata yang mengalir.Tangan isterinya masih digenggam erat

Air mata Amanda juga turut mengalir"Saya agak kecewa dengan awak Tengku Aaron,kerana satu cabaran awak sanggup ceraikan saya.Awak jadikan cinta suci saya seperti satu permainan,saya ingatkan cinta awak ikhlas kepada diri saya tetapi itu semua dusta.Sanggup awak buat semua itu kepada saya,hidup saya cukup  terseksa selepas awak tinggalkan saya."

Kemudian Amanda menyentuh wajah suaminya lalu diusap dengan lembut"Tapi semua perkara itu dah berlalu dan sekarang saya dah maafkan awak.Saya tak boleh tipu diri saya yang saya masih sayangkan awak,saya cintakan awak.Setiap malam saya akan berdoa supaya Allah lindungi awak,saya sayang awak sangat-sangat Tengku Aaron."Habis sahaja Amanda berkata,tubuhnya ditarik ke dalam pelukan.

"Terima kasih Amanda kerana sudi beri peluang kedua kepada saya,saya dah tak sanggup untuk kehilangan awak untuk kali ini.Cukup lah dahulu sahaja,kali ini saya harap kita akan kekal sehingga akhir hayat."Amanda juga turut membalas pelukan suaminya dengan erat.Tubuh belakang suaminya diusap lembut

"Cuma kali ini saya mintak supaya jangan ceraikan saya dan jangan lepaskan saya untuk kali ini,saya tak sanggup."Pinta Amanda dengan penuh harapan

Tengku Aaron mengelengkan kepala"No sayang!Saya takkan ceraikan awak untuk kali ini,saya lelaki yang paling bodoh kerana pernah lepaskan seorang bidadari yang paling cantik."

Amanda hanya tersenyum mendengar,dia memejamkan mata menikmati pelukan hangat suaminya dan pada malam itu pasangan yang pernah berpisah untuk sekian lama akhirnya bersatu kembali.Cinta sejati bertemu kembali.

*********************

Tengku Aaron mengatur langkah ke arah isterinya yang sedang berada di balkoni bilik,kemudian dia memeluk erat tubuh isterinya dari arah belakang.

"Sayang buat apa dekat sini?."Soal Tengku Aaron lalu melabuhkan dagunya di bahu kanan isterinya.Pipi isterinya dicium sekilas

"Saja,menikmati angin malam."Balas Amanda sambil mengusap pipi suaminya.Terpejam mata Tengku Aaron menikmati usapan tersebut

My Husband BadboyWhere stories live. Discover now