bab 17

32.3K 1.7K 151
                                    

Tengku Aaron menghempaskan badan di atas katil,dia baru sahaja pulang dari berjumpa  kawan-kawannya.Tangan  diletakkan di atas dahi,matanya terkelip-kelip memandang siling putih yang berada di dalam ruang ini.Dia melepaskan keluhan lemah,cabaran yang dicadangkan daripada mereka  masih lagi bermain di kepala.

FLASHBACK.
"Kitorang cabar kau kahwin dengan Amanda and then selepas  3 bulan kau kena ceraikan dia."Selesai sahaja Ezra berkata.Satu tumbukan terkena di pipi kiri lelaki itu.

"Kau bodoh ke,kau ingat Amanda tu apa?."Tengku Aaron mengempalkan tangangan,matanya mencerlung melihat Ezra yang sudah jatuh tersungkur selepas ditumbuk.Dadanya berombak-berombak menahan marah,memang cabaran yang bodoh

"Wooo,rilex bro."Ben mengusap belakang badan Tengku Aaron supaya lebih bertenang.Belum pernah dia melihat Tengku Aaron mengamuk seperti ini.

"Kau dah jatuh cinta dengan Amanda ke Bro ?."Kata Ezra  dengan nada yang mengejek.Dia mengusap di tepi bibirnya.Kuat jugak Tengku Aaron menumbuk pipinya sampai berdarah.

Tengku Aaron terdiam.Dia jatuh cinta dengan Amanda ke?Tak,dia tidak suka kepada Amanda,tetapi dia berasa sangat selesa jika bersama gadis itu.

"Kalau aku berjaya sahut cabaran kau,kau nak bagi aku apa?."Soalnya lalu melabuhkan punggung di atas sofa semula.Tangan  disilangkan di dada.

"Senang,kitorang bagi kau lamborghini keluaran terbaru ataupun kitorang akan tunaikan semua permintaan yang kau inginkan."Balas Adrian dengan ringkas.Badan disandarkan di belakang sofa.

Tengku Aaron masih lagi mendiamkan diri,patut ke dia sahut cabaran ini.

"Come on Bro,Tengku Aaron yang aku kenal takkan mudah tunduk dengan perempuan.Takkan kau dah jatuh cinta dengan budak Nerd tu"Kata Ben,cuba untuk memanaskan situasi.

"Aku setuju."Ujar Tengku Aaron,Ye sebelum ini dia tidak pernah tunduk kepada mana-mana perempuan tetapi perempuan yang tergila-gilakan dia dan dia tidak suka kepada gadis itu.Mereka bertiga sudah tersenyum bangga mendengar persetujuaan dari Tengku Aaron.

END FLASBACK

"Betul ke aku buat ni?."Dia berguman sendiri.Dia tidak sanggup melihat Amanda menangis,hatinya sakit.Tetapi dia juga bukan seseorang yang mudah jatuh cinta kepada perempuan.Setakat nak buat pakai buang bolehlah.

Jejaka itu berdiri lalu mendekati ke arah meja solek."Arhh,persentan lah semua ni.Ingat Tengku Aaron kau rapat dengan perempuan tu pun sebab kau nak buli dia dan kau kena buat perempuan tu menyesal sebab kenal dengan kau."Dia berkata sendiri di hadapan cermin.Ye,dia yakin dengan keputusan yang dibuat.

Iphone miliknya diambil dan contact Ben dicari.3 minit menunggu lelaki itu mengangkat panggilan  sehingga kedengaran suara milik Ben.

"Hello,kau nak apa?."Soal Ben,dia sekarang berada di kondo miliknya.

"Aku nak kau tempah satu restoran esok."Berkerut dahi Ben mendengar arahan dari ketuanya.

"Kau nak buat apa dengan restoran tu?."

"Esok aku nak start plan  untuk memikat hati Amanda.Aku nak buat dia jatuh cinta dengan aku dulu,lepastu baru aku ajak dia kahwin."Balas Tengku Aaron bersahaja,langsung tiada perasaan bersalah.

"Wooo,bagus plan kau Bro.Nanti aku  tempah satu restoran yang mewah untuk sweet couple macam korang ."Tengku Aaron ketawa besar mendengar kata-kata Ben,begitu juga Ben.

"Tak payah sweet couple sangat,nak muntah aku dengar.Satu lagi aku nak pesan,jangan bocorkan plan ni dekat Kelvin."Suara Tengku Aaron bertukar menjadi serius

"Aik,dah kenapa tak boleh beritahu dia?."Tanya Ben.Keliru

"Kau tahukan Kelvin  macam mana,tak pasal-pasal nanti dia beritahu Amanda tentang cabaran ni.Mati kita."Perangai Kelvin lebih elok daripada mereka berempat.

"Betul,Betul,Betul.Jangan bimbang Bro ,rahsia ini akan selamat dengan kitorang.Aku cauu dulu lah,nak pergi layan bola pulak."

"Hm."Terus panggilan itu ditamatkan.Tengku Aaron menuju ke arah katil dan badan dihempaskan.Matanya perlahan-lahan tertutup.Mungkin terlalu penat hari ini.



Sebenarnya tak yakin nak buat part ni,rasa macam sendu je hahahaha

My Husband BadboyWhere stories live. Discover now