bab 74

37.2K 2.1K 115
                                    

Sudah 5 hari mereka menginap di Villa mewah ini dan selama 5 hari itulah Tengku Aaron menjaga mereka sehingga betul-betul pulih dari demam.Amanda betul-betul terhuntang budi kepada lelaki itu.

Keluhan kecil dilepaskan kerana tempoh dia berada disini masih lama.Oleh kerana dia ingin pulang ke rumahnya tetapi abang kembarnya masih belum pulang dari outstation.

Kemudian dia mencapai telefon miliknya dan segera menekan nombor Aiman Muiz.

Sambil menunggu abangnya mengangkat panggilan,dia melihat ke arah anak-anaknya yang sedang bermain antara satu sama lain.Kembar itu semakin aktif selepas pulih dari demam.

"Hello adik,kenapa call ni?."Soal Aiman Muiz selepas menerima panggilan dari adiknya.Dari hari pertama dia pergi ini kali pertama Amanda menelefonya,pelik.

"Abangggg...bila nak balik ni?."Rengek Amanda sambil menguis-guis cadar.Bibir dimuncungkan walaupun abangnya tidak dapat melihat.Aiman Muiz yang berada disana hanya tergelak kecil sambil mengelengkan kepala.

Perangai macam budak-budak padahal dah ada anak.

"Sabar lah adik,tak lama pun.Tinggal dua hari je lagi.Nanti abang balik."Amanda menjuihkan bibir,pujukan abangnya langsung tidak berbekas dihatinya lagipun dia juga rindukan abangnya itu

"Cepat lah balik,Amanda tak sabar nak balik rumah kita semula."

"Aik..macam tak suka je tinggal dekat sana?."Aiman Muiz sudah tahu tentang keberadaan adiknya kerana Tengku Aaron sudah memberitahu.Dia pun berasa lega kerana ada juga orang yang ingin menjaga adik dan kedua anak saudaranya

"Bukan tak suka cuma tak selesa je."Balas Amanda,kepala yang tidak gatal digaru.Betullah dia tidak selesa,tidak selesa dengan Tengku Aaron.

"Kenapa?Aaron ada kacau adik ke?"Aiman Muiz sudah tidak senang duduk mendengar.Aaron ni ada kacau adik dia ke??Kata nak jaga je!

"Ish...bukanlah.Entahlah,adik tak boleh tengok muka dia.Rasa macam benci pun ada."Balas Amanda jujur,memang dia tidak boleh memandang wajah bekas suaminya,setiap kali dia menatap wajah Tengku Aaron pasti  kejadian dia diceraikan berputar di kepala

Aiman Muiz melepaskan keluhan,sudah tidak tahu lagi cara untuk menasihati adiknya.Kadang-kadang dia rasa sikap Amanda semakin melampau

"Abang tahu adik tak benci pun Aaron sebenarnya cuma adik masih tenggelam dengan masa lalu.Abang tahu adik masih cintakan Aaron tapi adik takut perkara lama berulang kembali.Adik dengar sini,setiap manusia pernah melakukan kesilapan dan mereka berhak diberi peluang kedua.Tak salah adik mulakan hidup dengan Aaron semula,korang pun dah ada anak.Jangan sanjungkan sangat ego itu,nanti adik yang akan menyesal."Nasihatnya dengan nada yang cukup lembut.

Terdiam Amanda mendengar,otaknya sedang proses apa yang dinasihatkan oleh abangnya.Ada betulnya juga yang abangnya beritahu tetapi dek kerana ego yang tinggi dia merengus kasar

"Adik tak tahu dan adik malas nak ambil tahu."Terus panggilan itu ditutup,malas dia berbahas tentang perkara itu.

"Jom anak mama,kita pergi main dekat luar."Amanda mendukung kedua anaknya dengan berhati-hati lalu melangkah keluar dan mendekati ke arah ruang tamu.

Kemudian dia meletakkan kedua anaknya di atas karpet,kedua bayi itu masih lagi belum boleh meniarap kerana umur mereka baru beberapa bulan.Amanda mengambil mainan yang agak lembut lalu diberikan kepada mereka,alasan dia mengambil mainan itu kerana agar tidak mencederakan kedua anaknya.

Dari jauh Tengku Aaron sudah melihat kemesraan Amanda dan anak-anaknya.Bibirnya menyembunyikan senyuman,alangkah indahnya jika dia boleh melihat senyuman itu hari-hari.Gumannya di dalam hati.

My Husband BadboyWhere stories live. Discover now