bab 57

39.7K 1.8K 211
                                    

Kertas kerja yang berselerak di atas meja dipandang kosong.Jasadnya memang berada di sini tapi rohnya  entah kemana,dan fikirannya semakin kusut kerana semenjak kebelakangan ini dia kerap bermimpi perkara yang eneh.Mimpi itu menunjukkan ada sepasang kembar lelaki datang kepadanya sambil menangis teresak-esak.

Tengku Aaron cuba berfikir positif sahaja,mungkin itu mainan tidur.

Kerusi beroda itu dipusingkan ke arah belakang .Dia hanya memandang kesibukkan kota tersebut dari arah dalam sahaja,satu keluhan dilepaskan.Tangan diselupkan ke dalam poket lalu mengeluarkan telefon pintar.

Galeri ditekan dan satu senyuman terukir di wajahnya selepas melihat video dan gambar Amanda yang diambil secara curi-curi selama mereka hidup bersama

Tanpa sedar satu titik air mata jatuh,dia sangat merindukan bekas isterinya.Jika dia tidak terikutkan egonya,pasti mereka sekarang sedang bahagia."Sayang dekat mana sekarang?puas hubby cari.Tapi tak jumpa."Ucap Tengku Aaron dengan perlahan,sudah berbulan-bulan dia tidak mendapat berita tentang keberadaan bekas isterinya

Kring...Kringgg.

Gajet yang dipegang itu berbunyi meminta diangkat.Lelaki itu menegakkan semula badan dan sisa air mata disapu.Screen tersebut dipandang,tentera nama daddynya disitu.Butang hijau ditekan

"Hm,kenapa call ni daddy?."Tanya Tengku Aaron selepas mengangkat panggilan tersebut

"Aik,Daddy call anak sendiri pun,salah ke?."Tengku Aaron mengosok leher

"Tak salah pun cuma pelik.Selama ni tak pernah pun daddy call."Selepas kejadian dia menelefon ibu bapanya meminta izin.Mereka sekeluarga langsung tidak menghubungi antara satu sama lain

Tentang hal syarikat,dia hanya menyuruh Mawar sahaja memberitahu daddynya

"Daddy call ni cuma nak tanya,Danish dekat sana okey tak?Syarikat macam mana?."

"Danish Okey daddy."Nafi Tengku Aaron."Tentang syarikat pula,semuanya okey masih lagi boleh dikawal.Daddy jangan risau anak lelaki daddy tahu macam mana nak uruskan syarikat.Mummy dan daddy sihat?."

"Allhamdulilah,kami berdua sihat.Mummy tu asyik merungut aje,dia cakap dia rindukan danish.Yelah danish kan dah lama tak balik sini."Kata Tan Sri Tengku Malik.

Tergelak kecil lelaki itu"Cakap dekat mummy,tinggal beberapa bulan je lagi danish akan tinggal dekat sini.Danish pun rindukan sangat mummy dan daddy."Kata Tengku Aaron dalam nada bergurau.

"Danish letak dulu lah daddy,banyak lagi kerja kena buat ni."Pamit Tengku Aaron kerana dia sudah terlambat mahu menghadiri satu meeting yang penting.

"Hm yelah,tapi ingat kalau danish ada masalah.Call je daddy,daddy selalu ada."Pesan Tan Sri Tengku Malik sebelum menamatkan panggilan tersebut.

Selepas panggilan tersebut tamat,Tengku Aaron mengekalkan kembali wajah bekunya,jam di tangan dikerlih.Tinggal beberapa minit je lagi sebelum meeting bermula.Barang-barang yang penting diambil lalu berdiri.

Blazer yang sudah berkedut sedikit digosok berkali-kali,sebaik sahaja selesai dia mengaturkan langkah mendekati pintu pejabatnya.

"Mawar,jom kita dah lambat nak pergi meeting."Kata Tengku Aaron dengan tegas.Sikapnya akan tegas apabila berhadapan perkerjanya.

"Er Tuan...sorry saya lupa nak beritahu Tuan."Kata mawar dengan perlahan, kerana terlampau banyak kerja yang perlu diselesaikan sampai dia lupa untuk memperingatkan bossnya tentang meeting yang perlu dihadiri.

Tanpa membalas kata-kata wanita itu jejaka tersebut terus berlalu pergi.Mawar pula sudah tergopoh-gopoh berlari mengikuti bossnya dari belakang

************************
"Mawar,awak boleh pergi balik office dulu."Kata Tengku Aaron kepada mawar.Mereka baru sahaja melangkah keluar dari syarikat milik client mereka

My Husband BadboyWhere stories live. Discover now