special chapter

29.9K 1.8K 994
                                    

"Danish...Danish bangun."Puan Sri Zaitun menepuk-nepuk pipi anaknya,berkerut dahinya apabila melihat anaknya sedang tersenyum sambil menutup mata.Tepukan dikuatkan lagi apabila Tengku Aaron langsung tidak membuka mata

Merasa pipinya ditepuk,perlahan-lahan Tengku Aaron membuka mata,masih samar lagi dan sekali dia memejamkan mata cuba untuk memulihkan penglihatan

Sebaik sahaja penglihatan mata sudah terang,kelihatan munmynya sudah berada di sebelahnya,kepala ditoleh kekiri dan ke kanan.

Berkerut dahinya apabila melihat persekitaran sekeliling,di kirinya ada sebuah sofa yang agak mewah dan di sebelah kanannya ada sebuah bilik kecil.Macam tandas

"Danish dekat mana ni mummy?"Soal Tengku Aaron,dia melihat pemakaian wanita itu.Berbaju kurung dan bertudung kemas.

"Danish tak ingat apa-apa?."Tengku Aaron mengelengkan kepala,sumpah dia tidak ingat apa-apa.Yang cuma dia ingat ialah dia dan Amanda berada di dalam bilik hotel

Eh?!sekejap..Amanda..

Sekali lagi lelaki itu mencari kelibat isterinya,isteri yang baru sahaja dinikahi.Tetapi dia langsung tidak melihat susuk tubuh isterinya.

"Mana Amanda mummy?."Tersentak Puan Sri Zaitun dengan persoalan anaknya,bibir digigit.Macam mana dia mahu terangkan perkara ini kepada anaknya,dia tahu pasti Tengku Aaron tidak akan boleh menerima hakikat yang agak perit ini

"Mummy Danish tanya ni mana Amanda?!."Soal Tengku Aaron lagi tetapi kali ini suara agak meninggi dek kerana dia menangkap  air wajah mummynya berubah.

"Mummy harap Danish dapat terima apa yang akan mummy sampaikan.Memang agak perit untuk Danish terima tapi Danish kena redha.Ini semua aturan Allah."Tangan kekar Tengku Aaron diusap lembut,cuba untuk memenangkan hatinya si anak walaupun dia sendiri tidak kuat.

Namun Tengku Aaron masih lagi tidak boleh menangkap maksud kata-kata mummnya dia hanya mampu menganggukkan kepala sahaja.

"Amanda dah takde,dia dan anak-anak Danish dah tinggalkan Danish untuk selamanya.Amanda meninggal selepas melahirkan anak-anak kerana degupan jantung Amanda begitu lemah begitu juga dengan degupan jantung anak-anak Danish."Terang Puan Sri Zaitun sebak,air matanya laju mengalir,teringat wajah berseri bekas menantunya apabila hendak mencium wajah Amanda untuk kali terakhir

Dan yang paling sakit ialah melihat wajah polos kedua cucunya yang masih lagi suci daripada dosa.

Seluruh tubuh Tengku Aaron terkaku,Amanda sudah tiada?Amanda sudah meninggal?Jadi apa yang dilalui sebelum ini ialah mimpi sahaja??

Kepala digelengkan berkali-kali,dia masih lagi tidak boleh menerima hakikat tersebut

"Tak mummy,Amanda masih hidup.Amanda belum mati.Baru je semalam Danish kahwin dengan dia,Danish ingat lagi yang Danish rujuk semula dengan Amanda..Mummy tipu Danish kan?Mummy bersubahat dengan Amanda kan?."Bahu wanita itu dipaut kemas,apa yang dia mahu dengar sekarang ialah kenyataan bahawa isterinya masih hidup begitu juga anak-anak mereka

"Tak Danish,mummy tak tipu.Amanda dah takde,Danish je yang belum sempat melihat jenazah Amanda dengan anak-anak kerana Danish pengsan sewaktu doktor beritahu yang Amanda sudah meninggal."Ye memang betul,semua yang berlaku sebelum ini hanyalah mimpi Tengku Aaron sahaja.Lelaki itu berada di dalam khayalan sendiri.

Tangan Tengku Aaron terjatuh lemah,kelopak matanya langsung tidak berkelip memandang wajah mummynya.Jadi selama ini dia bermimpi sahaja dan baru sahaja tadi dia tersedar daripada pengsan.

Tapi kenapa mimpi itu terasa sangat lama tetapi hakikat sebenarnya dia hanya pengsan beberapa jam sahaja.Tidak lama kemudian air mata lelaki itu jatuh satu demi satu,jantungnya terasa seperti diragut oleh malaikat maut..

"Amanda kenapa buat macam ni dekat Abang,kenapa tinggalkan abang sayang?Kenapa Amanda dan anak-anak tinggalkan abang seorang diri.Abang belum sempat untuk membahagiakan awak sayang."Raung Tengku Aaron,dia masih ingat lagi panggilan Amanda kepada dirinya..

Puan Sri Zaitun segera memeluk tubuh Tengku Aaron yang sedang meracau-racau.Wanita itu tidak kurang hebat menangis

"Danish kena terima kenyataan
ini,kenyataan yang Amanda sudah tiada.Mummy tak tahu apa yang Danish bermimpi semalam Danish pengsan tetapi yang cuma Mummy boleh bagitahu ialah itu semua mimpi Danish sahaja.Danish kena terima takdir,mungkin Amanda dan anak-anak sudah menunggu Danish dekat sana."Tengku Aaron masih lagi tidak berhenti menangis di dalam pelukan mummynya.

Bukannya dia tidak menerima takdir tetapi kenyataan ini agak perit untuk dia telan.Hanya Allah yang tahu perasaannya sekarang.Bukan satu yang pergi tetapi tiga.

Dan yang paling mengecewakan ialah dia belum sempat untuk melihat wajah anak-anaknya membesar.

Tengku Alan Darwish dan Tengku Alan Danish

*******************************
Baju gaun putih milik Amanda dipeluk erat sambil itu dia melepaskan tangisan.Sudah seminggu dia keluar dari hospital dan selama itulah dia asyik menangis dan sekarang dia lebih suka berada di dalam gelap

"Abang rindukan sayang,abang rindu nak dengar suara sayang..Abang rindu dengan anak-anak.Cepat betul Allah pinjamkan sayang untuk abang.Abang rasa masa itu tidak cukup untuk kita berdua."Gambar Amanda ditatap lama,kadang-kadang gambar itu diusap seperti membayangkan dia sedang mengusap pipi wanita itu

Kalau itu semua mimpi kenapa dia perlu bangun dari mimpi itu?Adakah dia tidak layak untuk mengecapi bahagia?

"Danish.."Seru Puan Sri Zaitun perlahan,sedih dia melihat perubahan anaknya itu.Dah macam tak betul.Perlahan-lahan dia mendekati ke arah katil Tengku Aaron.

"Sampai bila Danish nak jadi macam ni?Sampai bila Danish nak duduk terperap je dalam bilik?Danish tak nak pergi melawat kubur Amanda?."Soal Puan Sri Zaitun bertubi-tubi.Memang betul Tengku Aaron tidak pernah melawat kubur bekas isterinya semenjak pulang dari hospital

"Danish tak kuat mummy,Danish tak kuat untuk melihat kubur Amanda dan anak-anak."Balas Tengku Aaron pendek,wajahnya tidak berseri macam dulu lagi.Berat badannya pun turun secara mendadak

"Sampai bila Danish tak nak pergi melawat kubur Amanda dan anak-anak.Sampai bila Danish nak duduk macam ni?Ingat Danish bukan Danish seorang sahaja yang sedih,Ye Daddy tahu yang Danish sedih tapi takkan Danish nak give up walau apapun yang terjadi kehidupan mesti diteruskan."Tan Sri Tengku Malik yang baru sahaja melangkah masuk terus menyampuk.Bahu anak lelakinya diusap lembut

Namun Tengku Aaron hanya mampu mendiamkan diri sahaja,dia cuba untuk menghadap nasihat dari kedua ibu bapanya

***************************
Surah yassin ditutup,jag yang berisi air dicurahkan di atas tanah yang masih merah itu.Bunga yang masih segar ditaburkan juga

Baru hari ini dia ada sedikit semangat untuk melawat insan-insan tersayang.Batu nisan yang bertuliskan nama Amanda diusap sayang.

"Abang datang sayang.Abang datang melawat sayang,baru hari ini abang ada sedikit semangat untuk melawat sayang.Maafkan abang kerana pernah menyakitkan hati sayang selama ini.Sungguh abang menyesal..."Dia tidak boleh meneruskan kata-kata seterusnya.Hatinya begitu sebak ketika ini,air mata laju mengalir

Tidak lama kemudian dia beralih ke kubur sebelah,kubur anak kembarnya.Perbuatan tadi diulang semula

"Papa doakan anak-anak papa bahagia dekat sana.Hero-hero papa jaga mama dekat sayang ye?Cakap dekat mama yang papa rindu dengan dia,rindu sangat-sangat.Rugi betul papa tak sempat melihat wajah anak-anak papa."Air mata masih lagi mengalir laju,tidak lama
kemudian dia bangun untuk melangkah pergi

Tidak kuat untuk dia tinggal di situ lama-lama,bimbang nanti dirinya tidak boleh dikawal.Tetapi sebelum dia melangkah pergi sempat Tengku Aaron menoleh ke belakang.

Dan ketika itu dia melihat bayangan Amanda yang sangat cantik sedang memangku kedua anak lelakinya sambil tersenyum manis.Wanita itu hanya berpakaian putih begitu juga dengan kedua anaknya.

"Selamat tinggal sayang,tunggu abang dekat sana."





The real ending

My Husband BadboyWhere stories live. Discover now