bab 23

29.3K 1.6K 184
                                    

Selama berminggu-minggu final exam berjalan,selama itu lah Amanda tidak menghubungi Tengku Aaron.Mereka hanya berjumpa di dewan kuliah sahaja,masing-masing sibuk mengulang kaji.

Sekarang Amanda  sedang berjalan berseorangan di Taman Bunga yang terletak di hujung ceruk universiti tersebut,sambil berjalan dia melepaskan keluhan yang lemah.

"Hm,tinggal satu paper je lagi.Tapi jawapan untuk lamaran Aaron tak ada lagi."Gumannya sendiri.Dia berjalan mendekati ke arah bangku yang kosong lalu melabuhkan punggung di situ.

Dia mengambil telefonnya yang berada di dalam poket baju sejuk dan galeri dibuka.Dia membelek setiap gambarnya bersama Tengku Aaron,gambar selfienya bersama Tengku Aaron.Setiap kali mereka keluar bersama,Tengku Aaron pasti akan menangkap beberapa keping gambar selfie mereka.

Sehingga Amanda sudah terbiasa dengan perkara itu,dan terbukti galerinya sahaja sudah dipenuhi dengan gambar mereka berdua yang bermacam-macam gaya.Dia akui lelaki itu sangat hensem dan romantik.Hatinya sekarang sedang berbelah bagi.

"Bahhh."Terhinggut bahu Amanda apabila disergah secara tiba-tiba,sudah dapat meneka siapa gerangan itu.Tengku Aaron pula sudah tergelak besar melihat muka cemerut dari gadis itu.

"Haish,awak ni dah kenapa?Terkejut saya.Kalau saya ada sakit jantung macam mana.Boleh mati tahu tak?."Amanda memberikan jelingan yang tajam kepada Tengku Aaron.Lelaki itu masih lagi ketawa lalu mengambil tempat di sebelah Amanda.

"Ololololo,kau jangan marah.Aku gurau je,lagipun dari tadi aku tengok kau.Jauh betul  termenung,so aku  tegur lah."Dia membalas dengan manis.

Melihat Amanda yang masih mendiamkan diri.Dia sudah cuak,tidak senang duduk.

"Kau jangan lah marah.Okey..okey Aku mintak maaf."Tengku Aaron berkata sambil mengerdipkan mata berkali-kali.

Amanda yang melihat aksi comel dari Tengku Aaron terus melepaskan  ketawa."Awak dah lah buat macam tu."Katanya dengan sisa ketawa yang masih ada.Geram dia melihat lesung pipit lelaki itu.

"Kenapa tak comel ke?."Tengku Aaron terus mencebikkan bibir.

"Dah terlebih comel."Jawap Amanda dengan malu.Air muka lelaki itu terus berubah menjadi ceria,rasa gembira pun ada.

"Soalan aku kau tak jawap lagi.Kau termenungkan apa tadi.?"Tengku Aaron membetulkan kedudukan,mendengar soalan daripada Tengku Aaron,Amanda segera memandang ke hadapan,daun-daun yang gugur itu dipandang kosong.

"Kalau saya tolak lamaran itu ,awak marah tak.?"Dia bertanya dengan perlahan,cuba untuk tidak melukakan hati jejaka itu.Tersentak Tengku Aaron mendengar,tapi kenapa hatinya menjadi sakit.Rasa seperti ditolak oleh orang yang tersayang.

"Kenapa kau tanya?kau tak terima lamaran aku ke.?"Sayu Tengku Aaron bertanya .Belum sempat Amanda membalas,Tengku Aaron terlebih dahulu berkata.

"Takpe kalau kau tak terima,aku okey je.Nak buat macam mana kita berdua tak ada jodoh,aku terima.Hati manusia kita tak boleh paksa,cuma  aku nak cakap yang kehadiran  kau dalam hidup aku memang memberi satu kesan kepada aku.Sekurang-kurangnya aku dah tak pergi club macam dulu.Aku harap kau dapat jumpa dengan orang yang lebih baik dari aku."Dia tersenyum pahit cuba untuk menutup luka yang dirasa.

"Sebelum aku lupa,ambik lah bunga ini.Mungkin ini hadiah terakhir daripada aku."Sejambak bunga ros diletakkan di tengah kerusi lalu Tengku  Aaron berdiri dan segera berlalu  dari situ.

"Awak tunggu,Awak!"Puas Amanda menjerit memanggil nama lelaki itu.Tetapi Tengku Aaron langsung tidak  memandang arah belakang.

"Apa kau dah buat ni Amanda?"Dia mengigit bibir,hatinya sudah menjadi gelisah.Sumpah dia  tidak berniat untuk menyakitkan hati Tengku Aaron.

Bunga ros yang dihadiakan oleh Tengku Aaron diambil.Cantik.Dia terpandang di sebalik gugusan bunga itu terdapat satu kad kecil berwarna merah.Lantas kad  itu diambil dan dibuka.

You're my dream,my love,my life.You're the one who makes me smile.I LOVE YOU Amanda Medina :).

Kata-kata cinta dari Tengku Aaron dibaca.Dia tersenyum manis.Bunga itu dibawa ke dalam pelukan.

"Aku takkan menyesal memilih  keputsan ini."Katanya sendiri.Dia yakin dengan pilihannya.Dia akan menerima lamaran Tengku Aaron.



Part ni korang rasa apa?

My Husband BadboyWhere stories live. Discover now