bab 56

38.7K 1.9K 97
                                    

"Aduh penatnya.Ramai betul orang."Rugut Firdaus yang sedang santai bersandar di kerusi,kaki diangkat dan diletakkan di atas riba lalu diurut.Dari pagi sampai ke malam mereka langsung tidak berhenti bergerak

Yang lain juga sudah melabuhkan punggung di atas kerusi termasuk Amanda.Wanita itu mengambil botol air miliknya yang sudah berisi air mineral lalu diteguk.Kemudian dia melepaskan lelah yang masih tersisa

Walaupun dia hanya menjaga kuanter,tetapi tetap penat juga kerana dia langsung tidak boleh duduk.Dari pagi berdiri sahaja

"Ramai betul orang hari ni."Kata Amaar,dia melepaskan cap di kepalanya.Rambut yang serabai itu dirapikan menggunakan tangan sahaja

Yang lain hanya menganggukkan kepala sahaja,nasib cafe sudah tutup.Kalau tak sampai sekarang orang masih tidak berhenti

"Amanda,kau dah kahwin ke?Lepastu mana suami kau?."Lancang mulut firdaus bertanya.Mereka yang lain sudah terkejut mendengar soalan dari kawan mereka,begitu juga Amanda

"Ishh,kau ni dah kenapa tanya soalan macam tu?Tu kan hal private dia.Yang kau nak tahu kenapa?."Sembur Nana kepada firdaus,lengan lelaki itu dicubit kuat sehingga firdaus menjerit kesakitan

"TakpeAmanda,awak tak payah beritahu pun,tu kan hal privacy awak.So tak payah beritahu."Kata Alia sambil mengusap lengan Amanda.Dia faham jika Amanda tidak memberitahu kerana setiap orang pasti akan mempunyai hal privacy yang tersendiri.

"Er,Amanda aku mintak maaf.Sumpah aku tak ada niat nak cakap macam tu."Serba salah firdaus apabila melihat Amanda yang hanya mendiamkan diri.

"Hm takpe,bukan salah awak pun."Balas Amanda dengan lembut.Singkat sahaja dia membalas kerana dia masih lagi tidak selesa dengan mereka.

Tidak lama kemudian sebuah Kereta Villfire sudah berada di hadapan cafe.Tanpa berlengah Amanda segera melangkah keluar kerana sudah dapat mengagak gerangan yang membawa kereta tersebut.

Sempat juga dia melambai ke arah mereka berenam

Mereka berenam hanya memandang kereta mewah itu yang perlahan-lahan bergerak sebelum meluncur di jalan raya.

"Kesian aku tengok wajah Amanda.Aku dapat rasa yang dia mempunyai satu masalah yang besar."Kata Rizwan sambil memandang ke arah luar

"Hm tulah,lagi satu yang aku perasan dia banyak termenung."Nana juga mencelah.

"Mungkin dia ada masalah,tapi dia sejenis yang tidak suka share masalah kepada orang lain."Kata Ros pula.

"Dah jom balik,esok kena datang awal pulak."Amaar terus berdiri lalu melangkah keluar.

Terus dia mendekati ke arah Motor Ex5 miliknya.Begitu juga yang lain,sudah siap berkemas.

**************
Kasut hitam yang tersarung di kakinya dileraikan lalu dimasukkan di dalam rak kasut.Pintu itu dibuka lalu dia melangkah masuk

Amanda mula  membuka langkah menuju ke arah tingkat atas.Belum sempat dia memijak anak tangga,namanya diseru oleh seseorang

"Amanda mari sini kejap."Panggil Tan Sri Tengku Malik.Niatnya untuk menuju ke bilik terbatal,dan sekarang dia berjalan mendekati ke arah ruang tamu tersebut.Punggung dilabuhkan di sofa yang berhadapan Tan Sri Tengku Malik.

"Ye Daddy ada apa panggil Amanda?."Soalnya dengan lembut.Dia melihat di sebelah Tan Sri Tengku Malik.Kosong.Pelik,Kebiasaanya Puan Sri Zaitun pasti akan berada di sebelah suaminya.

"Mummy dah tidur ke daddy?."Soalnya lagi.Tan Sri Tengku Malik tersenyum nipis,gelas berisi air suam yang elok terletak di di atas meja dicapai lalu diminum sedikit.

"Dah mummy dah tidur.Mengantuk sangat katanya.Dia kata nak tunggu Amanda tapi tengok-tengok dah kecundang awal.Ni Daddy nak tanya macam mana first day kerja?Okey tak?."Soal Tan Sri Tengku Malik.

"Allhamdulilah daddy,semuanya baik-baik sahaja.Ramai pelanggang hari ini,masing-masing tak berhenti buat kerja."Balas Amanda dengan ceria.Mana tak gembira kalau itu kali pertama dia berkerja.Penat tapi seronok

Tan Sri Tengku Malik hanya mengangguk.

"Bagus lah kalau macam tu,gembira daddy kalau Amanda happy.Satu lagi daddy nak pesan kalau Amanda rasa penat,Amanda boleh cakap dekat mummy dan daddy.Kami bukan apa,kami cuma risaukan tentang kesihatan Amanda.Yelah,Amanda kan sekarang tengah mengandung.Daddy risau kalau terjadi apa-apa."Jelas sekali terdengar nada kerisauan.

"Tak ada apa-apa lah daddy,Amanda bukan buat kerja berat pun,jaga kuanter je.Daddy dan mummy tak payah risau.Amanda Okey je.Baby pun tak membesar lagi."Balas Amanda cuba untuk menyakinkan Tan Sri Tengku Malik

Memang baby tak besar lagi,tapi perutnya sudah besar.Pelik?

"Amanda naik atas dulu Daddy,dah lambat nak solat isyak."Amanda meminta diri.

Tan Sri Tengku Malik hanya mengangguk kepala,anak matanya hanya memandanga kelibat wanita yang mula menghilang.Tidak lama kemudian dia melepaskan keluhan

"Daddy harap suatu hari nanti Amanda akan merasa bahagia dan daddy doakan Amanda akan terus kuat demi anak Amanda."Katanya dengan perlahan.Cukup diri sendiri sahaja yang mendengar.

Nah yang minta double update,sorry kekurangan idea tengah malam macam ni hahahaahhaah

My Husband BadboyWhere stories live. Discover now