bab 38

29.1K 1.4K 175
                                    

Kertas-kertas yang berselerak di atas meja dikemaskan dan diletakkan semula di tempat yang betul.Jam di tangan dilihat,sudah pukul 8 malam.Tengku Aaron mengeluh,terlalu banyak kerja yang perlu diselesaikan sampai tidak sedar sudah malam.

Lampu dan suis aircond ditutup.Ruang pejabatnya sudah menjadi gelap yang tinggal hanya dia seorang sahaja.Terus dia melangkah keluar dari syarikat tersebut kerana tidak sabar untuk pulang ke Villa.

Sebelum minyak kereta ditekan,telefonnya berbunyi.

KRING...KRING.Tengku Aaron mencapai telefonnya yang berada di seat sebelah lalu menjawab panggilan tersebut.

"Ha kau nak apa?."Sergah Tengku Aaron dengan kasar

"Kau jangan marah bro,aku nak tanya ni.Boleh tak aku kerja dekat syarikat kau ni?."Soal Kelvin dengan santai.Tengku Aaron sudah menepuk dahi,macam mana dia boleh lupa permintaan kawannya ini.

"Sorry Bro aku lupa.Tapi takpe,esok kau datang je office aku."Balas Tengku Aaron,memang dia sudah mengosongkan satu ruangan yang khas untuk Kelvin

"Wah thanks Bro.Tak sia-sia aku ada kawan yang hensem macam kau."Bodek Kelvin bersama ketawa yang kuat.Tengku Aaron menjuihkan bibir,bosan dia mendengar

"Dahlah aku nak pergi lepak dengan yang lain dulu."Pamit Kelvin yang sudah lama bersiap untuk keluar sekaligus menamatkan panggilan itu

Tengku Aaron hanya memandang screen telefon yang sudah menjadi gelap itu.Tipu lah jika dia kata,dia tidak merindukan zaman remajanya.Melepak sampai pagi,pergi rancing bersama-sama kawannya.

"Sabar Aaron,3 bulan je kau terpaksa tahan dengan perempuan tu.Lepastu kau boleh enjoy puas-puas."Terus minyak kereta ditekan meluncur laju di jalan raya.

******************************
Tengku Aaron memberhentikan kereta di hadapan kedai bunga,enjin dimatikan lalu melangkah keluar.

"Hai sir can i help you?."Soal penjual wanita itu dengan ramah kepada lelaki handsome ini.Dengan dia sekali terpukau melihat aura lelaki ini

"Can you give me flower rose.?"

"Of course..wait a minute."Penjual itu terus berlari melangkah masuk ke dalam stor yang menempatkan bunga ros.Tidak lama kemudian dia melangkah keluar dengan membawa sejambak bunga ros yang segar dan masih wangi.

"Here sir."Tengku Aaron mengambil huluran tersebut lalu dibawa ke hidung.Wangi

"How much?."

"10 dollor."Tengku Aaron menghulurkan duit yang sama harga disebut oleh wanita itu,selesai sahaja membayar jejaka itu terus melangkah keluar dan menuju ke arah keretanya.

*************************
Mendengar deruman enjin kereta milik suaminya.Amanda terus berlari ke arah pintu masuk.Niatnya hanya untuk menyambut kepulangan suaminya.Pintu dibuka dari arah dalam

"Hai Hubby."Sambut Amanda dengan ceria.Tangan suaminya dicapai  dan disalam.

"Hai sayang."Pipi isterinya diusap lembut,tangan kirinya masih lagi dibelakang cuba untuk menyembunyikan hadiah untuk isterinya.

"Apa dekat belakang tu?."Soal Amanda sambil meninggikan sedikit kepala untuk melihat barang yang disembunyikan oleh suaminya

"Untuk sayang."Sejambak bunga ros terus dibawa ke hadapan isterinya.Tangan kanannya sambil lagi memeluk erat pinggang isterinya

"Wahhh...cantiknya,thanks hubby."Kata Amanda dengan teruja lalu mengucup seluruh wajah suaminya.

Bunga itu dibawa hidung"Emm...wangi,sayang suka."

"Hubby tahu sayang suka sebab tu hubby beli untuk sayang."Ucap Tengku Aaron dengan nada yang romantik,seluruh wajah isterinya dicium.Amanda langsung tidak menolak

Tidak lama kemudian wajah Tengku Aaron bertukar menjadi mendung,berkerut dahi Amanda melihat perubahan suaminya.

"Awak ada masalah ke?"Soalnya dengan nada yang perlahan.Tangan suaminya ditarik menuju ke arah ruang tamu.Mereka berdua melabuhkan punggung di atas sofa.

"Tak ada masalah pun,cuma penat sangat.Baru sehari kerja dah banyak kerja kena buat."Adu Tengku Aaron sambil melentokkan kepada di atas riba isterinya.Amanda hanya tersenyum manis,bunga itu diletakkan di atas meja

"Olololo,kesiannya suami saya ni.Penat seharian kerja."Hidung mancung Tengku Aaron dicuit manja."Awak dah makan ke belum?"

Tengku Aaron hanya mengelengkan kepala.Pipi suaminya ditepuk perlahan."Awak tunggu sini sekejap,saya pergi ambilkan makanan"Kata Amanda lalu bangkit menuju ke arah dapur

Tengku Aaron hanya tersenyum nipis.Untung dirinya,balik dari kerja sudah dilayan seperti raja.Amanda mengatur langkah ke ruang tamu sambil membawa satu pinggan spaghetti bolognese.

"Awak jom makan saya suap."Pinggan diletakkan di atas meja kaca dihadapannya,lalu tangan suaminya ditarik.Menyuruh untuk suaminya duduk bersila di bawah.Tengku Aaron pula hanya membiarkan tindakan isterinya.

"Macam mana sayang masak ni,setahu hubby barang dapur dah habiskan?"Soal Tengku Aaron sambil menanggalkan kot yang tersarung di badannya.Kot itu diletakkan di atas sofa,tali leher dileraikan dan butang baju kemeja itu dibuka sehingga menampakkan sedikit dadanya

"Sayang tak keluar pergi beli pun,cuma sayang mintak tolong Kelvin pergi belikan barang dapur.Sayang taknak susahkan hubby.Saya tahu mesti hubby penat selepas balik dari kerja."Terang Amanda sambil mengaul spaghetti tersebut.

Tengku Aaron mengusap lembut rambut isterinya."Thank you sayang sebab faham keadaan hubby."Ujarnya dengan lembut.Untuk betul Tengku Aaron

"Sama-sama kasih.Dah jom makan."Garfu yang sudah tergulang dengan makanan itu disuakan ke arah suaminya.Tengku Aaron terus membuka mulut kerana dia sangat lapar tambahan pula pada waktu lunch dia langsung tidak menyentuh makanan.

"Sedap tak?."Soal Amanda,yang masih menanti jawapan daripada suaminya.Tengku Aaron terus menganggukkan kepala.

"Sedap sangat,pandai sayang masak.Nanti bolehlah hubby mintak tolong sayang buatkan kek."Gurau Tengku Aaron dengan ketawa

"Mestilah boleh.Awak cakap je apa yang awak nak makan.Sayang akan masak."Balas Amanda dengan teruja.

Kemudian spaghetti yang berlebihan disuakan lagi kepada Tengku Aaron sehingga habis

"Dah awak pergi masuk bilik,pergi mandi.Saya nak kemas dapur sekejap."Katanya selepas melihat Tengku Aaron yang sudah selesai meneguk air.

Kemudian dia terus berdiri dan melangkah pergi dari ruang tamu,ruangan dapur dituju.Tengku Aaron pula terus berdiri dan menuju ke arah pintu lif,sekarang yang ada di dalam fikirannya hanyalah katil.

My Husband BadboyWhere stories live. Discover now