bab 32

33.6K 1.5K 75
                                    

Amanda membuka mata perlahan-lahan apabila terasa telinganya ditiup dengan lembut,apabila  mata dibuka dengan sepenuhnya,dia melihat Tengku Aaron sedang memberikan senyuman yang manis kepadanya,sekarang dia berada di dalam pelukan suaminya.

Pelukan tersebut semakin dieratkan,kepala dilentokkan di dada bidang itu.Tengku Aaron pula mengemaskan duvet supaya melindungi bahu isterinya yang terdedah itu.

"Goodmorning sweetheart and thanks for tonight."Ucapnya dengan romantik,rambut isterinya yang serabai dikemaskan.Amanda masih lagi memejamkan mata kerana masih lagi mengantuk

"Jom bangun,nanti kita keluar jalan-jalan."Ajak Tengku Aaron,dia bangun dan bersandar di kepala katil.Badan isterinya diangkat dan disandarkan di dadanya.Amanda terus membuka mata dan mencebikkan bibir.

"Saya mengantuk lah awak."Tengku Aaron hanya tersenyum kecil melihat isterinya yang merengek seperti anak kecil.Dia mengusap sekitar bahu,leher dan dada  Amanda yang dipenuhi dengan love bite.Bahu dan lehernya juga tidak kalah dengan tanda itu.

"Dah bangun cepat takde alasan."Terus tubuh isterinya dicembung dan dibawa masuk ke dalam bilik air.Terjerit Amanda apabila terasa dirinya sudah berada di awan-awangan.

Dia merengek meminta untuk diturunkan kerana dia perlukan rehat.

*******************************
Amanda sedang berada di dapur untuk menyediakan sarapan pagi,dia tersentak  apabila terasa dirinya dipeluk dari arah belakang.Dia sudah dapat mengagak gerangan tersebut

"Lambat lagi ke?aku lapar lah."Soal Tengku Aaron sambil melentokkan kepala di tubuh belakang isterinya.Pelukan  di pinggang isterinya masih belum dilepaskan,kadang-kadang kepala diangkat dan dibenamkan di leher jinjang isterinya.

"Sekejap awak,sikit lagi."Amanda membalas sambil lincah mengaul telur yang berada di dalam kuali.

"Lepas ni kau pakai cantik-cantik tau.Kita pergi jalan-jalan."Arah Tengku Aaron,Amanda hanya mengangguk kepala.Kemudian dia menepuk tangan suaminya supaya minta dilepaskan,Tengku Aaron terus meleraikan pelukan dan badan diundurkan sedikit.

"Jom kita pergi makan,makanan dah siap."Amanda terus membawa pinggan yang berisi cucumber egg menuju ke arah meja makan,3 tahun menetap di negara asing ini dia sudah mahir memasak makanan seperti ini.

Dari jauh Tengku Aaron sudah tersengeh melihat cara isterinya berjalan"Kenapa kau jalan macam ketam."Soalnya dengan sengaja

Amanda menjuihkan bibir..buat-buat tanya pulak Tengku Aaron

"Sakit lagi ke?."Tersentak Amanda apabila disoal begitu..Wajahnya sudah membahang malu

"Duduk makan Tengku Aaron."Dia cuba mengalihkan topik perbualan

"Kau jangan risau nanti aku akan belikan ubat untuk ba....."Belum sempat jejaka itu menyambung,mulutnya sudah ditekup oleh isterinya

"Dah jangan nak mengarut,cepat makan."Ujar Amanda dengan tegas..Suaminya ini langsung tidak malu ke bercakap sebegitu

Tengku Aaron hanya mampu tergelak melihat wajah isterinya lalu melabuhkan punggung di atas kerusi makan tersebut.Sudu yang sudah berisi makanan itu dicapai lalu disuakan ke dalam mulut

"Wah,sedapnya.Pandai kau masak."Puji Tengku Aaron selepas merasa masakan itu.Dia akui makanan yang dimasak oleh isterinya memang sedap.Amanda hanya tersenyum manis

"Awak nanti kita nak pergi mana?."Soal Amanda sambil menguyah.Matanya fokus menatap wajah suaminya.

"Rahsia."Jawap Tengku Aaron sepatah,dia tidak boleh fokus dengan soalan dari Amanda kerana fokus utamanya adalah makanan.

"Ishh ,saya tanya je pun bukannya nak jawab."Protes Amanda,bibir dicebikkan.

CUP.Satu ciuman hinggap di bibirnya.Terbeliak matanya,sudu yang dipegang sudah terjatuh di pinggan.Tengku Aaron tersenyum puas melihat wajah tergaman
isterinya.

"Eiii,awak ni.Saya tengah makan ni kan,boleh pulak dia cium macam tu."Lengan suaminya ditepuk manja,Tengku Aaron hanya hanya tergelak melihat kemarahan isterinya.Tak takut langsung kerana isterinya sangat comel apabila sedang marah

"Dah kau  buat bibir macam tu,aku geram  so aku cium lah."Balasnya dengan selamba."Satu lagi aku tak puas lah malam tadi.Malam ni aku nak pulak."Bisiknya di tepi telinga isterinya.

Bulu roma Amanda sudah meremang.Mendengar kata-kata dari suaminya yang cukup seram itu.

"Dah makan cepat.Nanti ada yang jadi benda lain."

"Hm,aku lagi suka."Tangan Amanda ditarik dengan lembut,meminta untuk mendekati ke arahnya.

Selepas isterinya berdiri,terus pinggang ramping itu ditarik sehingga kedudukan Amanda sekarang berada di atas ribanya.

Tanpa memberikan isyarat,bibir Amanda dipaut.Terkaku Amanda apabila mendapat kejutan secara tiba-tiba,dia ingin meleraikan ciuman itu tetapi terbatal kerana Tengku Aaron mendalamkan lagi ciuman itu.

Amanda terus memejamkan mata,dia lemah dengan sentuhan suaminya.Dia turut juga membalas ciuman itu

Agak lama berada di dalam keadaan sebegitu,Amanda menolak bahu suaminya.Selepas ciuman itu sudah terlerai,termengah-mengah dia mencari nafas yang baru.

"Dah cepat makan,sempat lagi awak ni."Tegur Amanda,wajahnya usah dikata.Memang membahang teruk,Tengku Aaron hanya tersengih-sengih nakal

"Kau cantik sangat,buat aku tak tahan je."Bisiknya dengan romantik,sambil mencium pipi isterinya.Amanda hanya mendiamkan diri,malas untuk melayan,makin dilayan makin menjadi.

"Cepat makan Tengku Aaron."Kata Amanda dengan tegas,sudu yang berada di pinggan suaminya dicapai dan disuakan ke arah suaminya.Tengku Aaron pula terus membuka mulut dengan luas,apabila disuap oleh isterinya.

Ini kali pertama saat makan dia disuap,sebelum ini dia makan sendiri sahaja.

My Husband BadboyWhere stories live. Discover now