bab 37

29.2K 1.5K 139
                                    

Tengku Aaron melangkah masuk ke dalam syarikat milik daddynya.Keluarganya mempunyai 20 syarikat di berlainan negara dan setiap syarikat itu dijaga oleh orang kepercayaan Tan Sri Tengku Malik

Semua pekerja menundukkan badan apabila melihat Tengku Aaron melangkah masuk ke dalam syarikat tersebut

Mereka semua sudah dimaklumkan  oleh Tan Sri Malik tentang keberadaan anaknya iaitu Tengku Aaron akan mengambil alih hal syarikat disini selama 9 bulan.

"Goodmorning sir."Seorang wanita dalam lingkungan umur 30 datang menyapa Tengku Aaron apabila melihat jejaka itu sedang berdiri di tingkat yang hanya untuk CEO sahaja

"My name is Mawar your PA."Wanita cantik itu memperkenalkan dirinya sambil tersenyum manis

"Wait,are you from Malaysia?."Soal  Tengku Aaron apabila melihat wajah dan nama wanita itu seakan-akan orang Malaysia

"Yes i am."Mawar membalas dengan lembut,

"Wow,macam mana you boleh kerja dekat sini?I mean you tinggal dekat negara ni?."Soal Tengku Aaron sambil menyilangkan tangan di dada.Badan disandarkan di dinding

"Dah lama dalam 3 tahun macam tu saya  tinggal dekat sini kerana suami saya asal dekat sini."Ramah Mawar membalas,memang dia sudah lama menetap di sini kerana mengikut langkah suaminya yang perlu berkerja di negara ini

Tengku Aaron hanya mengangukkan kepala,baru dia tahu wanita ini sudah berkhahwin.Nampak macam muda lagi

"Macam mana pulak you boleh dapat kerja dekat sini?."Soal Tengku Aaron berminat,yelah kerana di sini Mawar seorang sahaja orang Malaysia.Yang lain semua rakyat negara ini

"Oo ayah saya berkawan baik dengan ayah Tuan.Tan Sri Zainal yang tawarkan saya berkerja di sini selepas dia tahu yang saya menetap di sini"

"Jom Tuan,saya tunjuk bilik Tuan."Pelawa Mawar sekaligus menamatkan topik yang dibualkan.Tengku  Aaron hanya mengikuti langkah wanita itu dari arah belakang.Dia melihat di dinding sebelah kanannya tergantung gambar mereka sekeluarga.Perasaan rindu kepada mummy dan daddy hadir.

"Ini bilik Tuan."Mawar membuka pintu kaca itu dengan luas.Bilik kerja itu sangat luas ,di sebelah kanan terletaknya sebuah sofa.Di sebelah kiri mempunyai rak yang dipenuhi dengan buku dan fail yang penting.Di bahagian tengah pula ada sebuah meja untuk CEO,

"Hm,saya sambung kerja dulu Tuan.Apa-apa Tuan panggil je saya dekat bilik sebelah."Pamit Mawar lalu melangkah keluar dari ruangan tersebut.

Kemudian Tengku Aaron mengatur langkah ke arah meja tersebut lalu melabuhkan punggung di atas kerusi empuk itu,kerusi diputarkan ke arah belakang.Dia hanya memandang pemandangan kota itu  melalui cermin kaca.Langit yang sangat cerah dan cantik

Tidak lama kemudian kerusi dipusingkan semula ke arah depan,tanpa membuang masa terus fail yang bertimbun di atas meja diperiksa satu-satu.Dia sudah mahir tentang dunia business kerana sejak dari umurnya 15 tahun lagi Tan Sri Tengku Malik mendedahkan dirinya tentang hal syarikat.

*************************
Tengku Aaron meletakkan pen di atas meja.Kepala disandarkan di kepala kerusi,baru saja sehari masuk kerja dah banyak kerja yang  terpaksa diuruskan.Dia mencapai  Iphone miliknya yang berada di sebelah fail

"Baru pukul 4,aii lambatnya nak balik."Tengku Aaron merungut selepas memandang screen telefon.Jika dahulu,waktu ini adalah waktu melepak  bersama-sama rakan-rakannya..

Tiba-tiba terdetik hatinya untuk menelefon Amanda.

TUT...TUT.....Panggilan tersebut masih belum disambungkan

"Hello."Tersenyum lebar Tengku Aaron apabila mendengar suara lembut isterinya memecah gegendang telinganya

"Hai sayang,tengah buat apa tu?."Soal Tengku Aaron sambil bermain pen,seperti orang angau

"Saya baru habis kemas rumah.Kenapa awak telefon ni?."

"Kenapa?tak boleh ke hubby nak call sayang."Soal lelaki itu semula dengan nada yang seakan-akan merajuk.

"Hahahah,tak adalah sampai macam tu.Kan awak tengah kerja.Tak elok tau."Nasihat Amanda dengan lembut

"Sokey,hubby kan boss."

"eii,sombongnya dia ni."Tengku Aaron suka mendengar suara manja isterinya.Suara itu boleh mengubat rindunya

"Hubby pergi sambung buat kerja dulu.See you tonight.Love you sayang."Memang dia sengaja menelefon isterinya kerana dia ingin mendengar suara lembut itu.Nak cakap dia rindu sebenarnya tapi lelaki ini ego

"Love you too hubby."Panggilan itu terus ditamatkan.Tengku Aaron tersenyum melihat wallpaper telefonnya.Gambar Amanda yang sedang tersenyum manis.Gambar itu diambil semasa dirinya dan Amanda bersiar-siar di kota itu

Tidak lama kemudian,senyuman itu mati.

"Ingat Aaron,jangan jatuh cinta dengan perempuan tu.Ingat tentang janji kau kepada kawan-kawan kau."Katanya sendiri.Sekadar hanya untuk memperingati dirinya.

My Husband BadboyWhere stories live. Discover now