bab 36

30.5K 1.4K 50
                                    

Amanda mengalihkan tangan suaminya yang berada di pinggangnya.Jam di dinding dipandang,sudah pukul 6.30 pagi.Bilik air dituju untuk  mengambil wuduk menunaikan solat subuh.Tengku Aaron masih lagi nyenyak tidur di atas katil.

Walaupun dia tidak alim seperti wanita di luar sana  tetapi dia masih lagi tidak tinggalkan solat 5 waktu.

Selesai sahaja solat dia  melipat sejadah dan disidai di atas palang yang sudah disediakan.Katil yang bersaiz king itu dituju.Amanda mengusap lembut rambut perang semulajadi suaminya.Bibir merah itu juga diusap lembut.

"Hubby bangun."Kejutnya sambil menepuk bahu Tengku Aaron yang terdedah itu."Hubby bangunlah,nanti lewat nak pergi kerja."

"Hmm ngatuk lahhhh."Rengek Tengku Aaron lalu mengangkat kepalda lalu meletakkan di atas peha isterinya.Amanda hanya tersenyum nipis.

"Bangunlah hari ini first day awak masuk kerja jadi awak kena bangun awal."Pipi suaminya dicubit manja.Tengku Aaron terus mencelikkan mata dan

CUP.Tergaman Amanda apabila Tengku Aaron tiba-tiba mencium bibirnya sekilas

"Eii,apa ni dahlah awak tak gosok gigi lagi."Gurau Amanda,sambil pura-pura mengelap bibirnya.Tengku Aaron sudah ketawa kecil,dia tahu isterinya sedang bergurau

"Morning kiss untuk sayang."Ringkas Tengku Aaron membalas sambil mengesalkan kepala di riba isterinya.Tidak lama kemudian jejaka itu terus bangkit dan mengambil tuala,bersiap untuk mandi.

"Hubby mandi lah dulu,sayang pergi siapkan breakfast sekejap."Kata Amanda sambil mengemas katil itu.Tengku Aaron hanya mengangukkan kepala lalu mengatur langkah ke bilik air.

Selesai mengemas katil dia terus melangkah keluar dan menuju ke arah dapur.

Pintu peti ais dibuka,apa yang dilihat ialah tiada langsung makanan mentah yang tinggal.Hanya yang tinggal 2 botol air mineral sahaja.

"Aduh nak masak apa ni?."Keluh Amanda dengan gaya bercekak pinggang,kepala yang tidak gatal digaru.Terus pintu kabinet dapur dibuka mana tahu  jika ada makanan yang tinggal.

Amanda tersenyum lebar apabila  melihat satu bungkus plastik roti yang tinggal.

"Roti pun roti lah."Katanya sambil
membelek tarikh expiry.Masih lama

Lalu jem yang berperisa strawberry diambil dan diratakan di permukaan roti tersebut.Dia hanya menyediakan breakfast untuk suaminya sahaja kerana dia jarang makan pagi .

Bilik tidur mereka yang berada ditingkat 3 dituju,tujuannya untuk memanggil suaminya turun breakfast.Pintu bilik dibuka,kepala dimasukkan sedikit.Amanda tergelak kecil melihat Tengku Aaron yang bersusah payah memakai necktie

Dia mengatur langkah mendekati ke arah suaminya"Meh sini saya tolong pakaikan."Necktie yang dipegang oleh di suaminya diambil dengan lembut.

Tengku Aaron sudah tersenyum lebar lalu menarik tubuh langsing isterinya sehingga melekat di dadanya.

"Awak tunduk sedikit,saya tak sampai."Arah Amanda dengan lembut.Mana tak sampai kalau suaminya tinggi 187 cm.Dirinya hanya separas dada Tengku Aaron.

"Alaaa,siapa suruh sayang pendek sangat."Usik Tengku Aaron lalu mencuit hidung dengan manja.Badan ditundukkan sedikit

Amanda terus menjuihkan bibir..tahulah dia pendek.Tangannya masih lagi lincah memakaikan necktie kepada suaminya.Dia memang sudah mahir tentang perkara ini kerana dia berlajar daripada youtube

Wajah pasangan itu   hanya tinggal beberapa inci sahaja.

DUP,DAP,DUP,DAP.Tengku Aaron dapat merasakan debaran yang sangat laju .Debaran ini berlaku setiap kali dia bersama Amanda.Tanpa dia sedar satu perasaan yang hadir di dalam dirinya hadir

"Dah siap."Kata Amanda dengan ceria,bahu lebar suaminya ditepuk lembut.Tengku Aaron terus tersentak dari lamunan."Jom kita pergi breakfast pulak."Tangan Tengku Aaron terus ditarik menuju ke arah tingkat bawah.

"Perasaan apa ini?."Soal Tengku Aaron sendiri.Dadanya dipegang.Debaran yang semakin mengila.

"Awak duduk dulu,saya pergi ambik makanan sekejap."Amanda terus berlari mengambil makanan yang diletakkan di bahagian dapur.

Satu pinggan yang mengandungi 4 keping roti dan air mineral diletakkan di hadapan suaminya.Amanda menundukkan pandangan apabila dia menyedari Tengku Aaron memandang ke arahnya.

"Maaf awak,roti je yang tinggal.Semua barang mentah dah habis."Kata Amanda dengan perlahan.

"Sokey,hubby faham .Memang Villa tak ada barangan mentah,sebab hubby jarang balik dekat sini.Nanti kita pergi beli barang dapur."Kata Tengku Aaron dengan lembut.Dia tidak mahu isterinya berasa bersalah.

"Betul ke awak?."Tengku Aaron hanya mengangguk kepala.Satu keping roti diambil dan disuakan ke dalam mulut.

"Sayang tak makan?."Tegur Tengku Aaron apabila melihat isterinya hanya memandang dirinya yang sedang menjamu selera,Amanda hanya mengeleng.

"Saya tak biasa makan pagi."Baru Tengku Aaron tahu sikap isterinya yang tidak gemar mengambil breakfast.Jam rolex di tangan dilihat.Sudah pukul 8.30,roti yang terakhir terus dimakan sehingga habis.

"Hubby pergi kerja dulu.Sayang duduk rumah elok-elok tau.Kalau terjadi apa-apa cepat-cepat call hubby."Kasut kulit yang berada di dalam rak diambil dan terus disarung,

"Iye hubby,awak kerja elok-elok tau."Pesan Amanda juga sambil menyarungkan kot di tubuh suaminya,belum sempat Tengku Aaron melangkah masuk ke dalam kereta,tangannya dipegang lembut.Dia terus menoleh kening diangkat

"Sayang nak salam."Tersentak Tengku Aaron apabila melihat perlakuan isterinya.Amanda seorang isteri yang sangat baik dan taat kepadanya.Dia juga membalas dengan mencium dahi dan pipi isterinya.

"Take care sayang."Laung Tengku Aaron
lalu melangkah masuk ke dalam kereta Audi R8 miliknya.Amanda masih lagi setia berdiri di hadapan pintu sehingga kelihatan kereta mewah milik suaminya meluncur keluar
dari Villa tersebut.

My Husband BadboyWhere stories live. Discover now