bab 75

39.5K 2.1K 168
                                    

Sekarang Amanda sedang bermain dengan kedua anak lelakinya sementara menunggu Tengku Aaron membeli aiskrim.Ye,dia yang mengajak lelaki itu ke baskin roobin kerana tekaknya berasa ingin makan makanan sejuk dan manis.

Sudah lama dia tidak makan makanan sebegitu semenjak dia habis berpantang

"Nah,aiskrim awak."Tengku Aaron menghulurkan satu kon aiskrim yang berperisa cotton candy kepada Amanda kemudian lelaki itu mengambil tempat di hadapan bekas isterinya.Amanda membetulkan kedudukan Tengku Alan Darwish  lalu mengambil huluran tersebut.

Manakala Tengku Alan Danial berada diatas riba Tengku Aaron.Lelaki itu hanya memerhati bekas isterinya yang terlalu fokus menjilat aiskrim.Jika dahulu sewaktu mereka masih bersama pasti dia akan selalu membeli  aiskrim kepada Amanda,jika tidak beli pasti Amanda akan merajuk.

"Awak tak beli untuk awak ke?"Soal Amanda.Dari tadi lagi dia perasan yang Tengku Aaron asyik memandangnya.Malu pulak

Kepala digelengkan"Tak,awak pun tahu kan saya tak suka dengan makan makanan yang manis-manis.Lain lah macam awak,saya suka"Usik Tengku Aaron sambil tersenyum-senyum.

Amanda memutarkan mata ke atas,ayat buaya biasalah.Terasa kon aiskrimnya ditarik dari arah bawah segera dia menundukkan pandangan.Kelihatan Tengku Alan Darwish sedang menarik tangannya sambil terjelir lidah.Mungkin bayi itu terliur

"Sorry sayang..awak tak boleh makan makanan yang macam ni.Tak sihat untuk awak"Kata Amanda dengan lembut.Doktor ada cakap yang bayi berumur seperti anaknya tidak elok diberikan makanan yang manis.

Tak semena-mana Tengku Alan Darwish mencebikkan bibir ingin menangis.Air mata perlahan-lahan bertakung.

"Alah..bagi je dia rasa sedikit.Kesian saya tengok."Tegur Tengku Aaron,kesian pulak dia melihat putera sulungnya yang sudah menitik air mata.Bukan air mata je yang jatuh,air liur pun ikut terjatuh

"Okey..okey..Meh sini mama suapkan."Kon aiskrim itu terus disuakan kepada bayi lelaki itu.

"Makan sikit je tau"Kata Amanda seperti anaknya itu faham apa yang diperkatakan.Melihat kon aiskrim semakin mendekat Tengku Alan Darwish terus menjelirkan lidah lalu terus menjilat aiskrim tersebut,kemudian dia menepuk tangan tandanya suka.

"Ini sorang lagi macam mana?Dah menitik air liur tengok abang dia makan aiskrim."Komen Tengku Aaron sambil itu dia mengagah putera keduanya.Tergelak Amanda melihat air liur Tengku Alan Danial yang juga turut jatuh menitik di atas tangan papanya.

"Awak duduk dekat tepi saya lah,senang sikit saya nak suap."Tengku Aaron terus bangun dan melabuhkan punggung di kerusi yang bersebelahan Amanda.Kerusi dirapatkan sedikit.

"Nah sayang tapi makan sedikit je."Bercahaya mata Tengku Alan Danial melihat huluran mamanya lantas dia membuka mulut dengan luas lalu menjilat dengan kuantiti yang agak banyak.Habis satu area bibir itu terkena aiskrim.

"Ishh..mama kata makan sedikit je tapi dia makan banyak..Nak kena ni."Gurau Amanda,nada suaranya di tegaskan.Tetapi Putera keduanya langsung tidak menangis malahan hanya tersengih sehingga menampakkan gusi.

Tengku Aaron hanya tersenyum kecil dan mengelengkan kepala

"Sorry mama..meh sini papa lapkan mulut Danial."Beberapa helai tisu diambil untuk mengelap mulut anaknya yang sudah tercemar dengan makanan manis itu

"Dah cepat makan..lepas ni kita pergi taman pulak."Kata Tengku Aaron kepada Amanda

"Nak makan macam mana,aiskrim saya habis sebab diorang makan."Nada suara Amanda sudah berubah menjadi merajuk.

"Awak tunggu dekat sini kejap,saya pergi beli yang baru."Tengku Aaron terus bangun sambil mendukung Tengku Alan Danial lalu berjalan mendekati ke arah kuanter.Dia masih memesan perisa yang sama.

"Nah,khas untuk awak."Amanda terus menyambut huluran yang kedua lalu menjilat tanpa melihat ke kiri dan ke kanan.Kadang-kadang dia ada jugak menyuapkan kepada anak-anaknya.

Tengku Aaron hanya tersenyum kecil melihat mereka,sekaranv dia rasa sangat bahagia.Walaupun Amanda masih lagi belum menerimanya tetapi dia bersyukur kerana wanita itu sudi meluangkan waktu bersamanya dan anak-anak.

***************************
Tengku Aaron menolak stroller mendekati ke arah tasik.Amanda pula berjalan bersebelahan lelaki itu.Kemudian mereka melabuhkan punggung di atas bangku kosong yang boleh menampakkan tasik yang begitu tenang.

"Jom kita ambil gambar keluarga,kita masih belum ada gambar family."Pinta Tengku Aaron yang berpenuh berharap,setakat ini di dalam telefonnya hanya dipenuhi dengan gambar anak-anak sahaja.Gambar Amanda juga tidak ketinggalan.

Amanda hanya mengangguk kepala,tidak salah jika dia memenuhi permintaan lelaki ini.Lagipun Tengku Aaron ialah ayah kepada kedua anak mereka,dia belum kejam sampaikan tidak boleh tunaikan pemintaan lelaki itu.

Amanda mengangkat kedua bayi lelaki itu dan diletakkan di atas riba.Tengku Aaron menyeluk poket untuk mengeluarkan telefonya lalu kamera hadapan dibuka.

"Get ready baby."Kata Tengku Aaron kepada anak-anaknya dan beberapa keping gambar selfie mereka diambil.Banyak gambar yang diambil olehnya antaranya gambar Amanda yang sedang termenung.Terlalu cantik dan gambar selfie mereka berempat dijadikan wallpaper telefon.

Selepas itu Amanda memandang ke arah tasik,mata dipejamkan.Fikiran yang sudah melayang jauh entah apa yang difikirkan.

"Amanda."Seru Tengku Aaron perlahan.Wanita itu hanya berdeham tetapi pandangannya masih belum beralih.

"Masih tiada lagi peluang kedua untuk saya?."Soal Tengku Aaron dengan sayu.Dia tidak akan berputus asa selagi belum mendapatkan bekas isterinya semula.

"Maafkan saya Amanda,saya tahu perbuataan saya memang sukar untuk awak maafkan tapi saya merayu dengan awak.Tolong bagi saya peluang yang kedua,saya tak boleh hidup tanpa awak.Hidup saya seakan rasa kosong,saya bohong dengan diri saya.Saya cakap saya tak cintakan awak tetapi hakikatnya saya terlalu cintakan awak.Terlalu cinta sampaikan saya sanggup korbankan hidup saya hanya untuk awak.Tolong maafkan saya dan bagi saya peluang yang kedua."Rayu Tengku Aaron,mata digerdipkan berkali-kali supaya air mata tidak jatuh.

"Saya boleh maafkan awak tetapi untuk bagi awak peluang kedua,maaf saya tak mampu.Saya terlalu sakit dengan perbuataan awak.Awak jadikan saya seperti permainan  pakai buang,awak jadikan saya seperti tempat lepaskan nafsu.Bila saya fikirkan balik,saya tak ubah seperti orang bodoh.Orang bodoh yang terlalu sayangkan seseorang sampaikan sanggup merayu dengan suaminya.Merayu jangan ceraikan dia tetapi apa yang dia dapat?"Wajah Amanda juga tidak kurang dengan air mata.

"Awak tak tahu sakitnya saya rasa selepas awak ceraikan saya.Saya membawa perut yang semakin hari semakin besar,ke hulur ke hilir.Saya pekakkan telinga bila orang mengata yang saya kandungkan anak haram.Setiap malam saya harapkan saya mendapat belaian seorang suami.Tapi saya tahu,itu semua takkan berlaku"Tengku Aaron menundukkan pandangan,sesak dadanya apabila mendengar bebanan yang ditanggung oleh Amanda seorang diri.

"Jom kita balik,anak-anak pun dah tidur."Amanda terus berdiri dan menolak stoller.Dia mengelap sisa air matanya yang berbaki.Tidak betah untuk tinggal di situ lama-lama.

Manakala Tengku Aaron masih lagi mendiamkan diri,tidak bergerak langsung.Dia menyesal dengan perbuataannya yang dahulu.Jika dia tidak menceraikan Amanda pasti mereka akan bahagia seperti pasangan lain.

My Husband BadboyWhere stories live. Discover now