bab 45

39K 1.9K 671
                                    

Tersenyum lebar Amanda selepas mendengar deruman kereta suaminya yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam perkarangan villa.Bergegas dia  berlari ke pintu hadapan lalu dibuka.

Dia melihat bukan sahaja kereta milik Tengku Aaron yang masuk ke dalam perkarangan Villa malahan 4 buah superbike milik kawan-kawan suaminya  juga turut melangkah masuk.

"Hai sayang.Lama sayang tunggu?."Tanya Tengku Aaron dengan lembut sambil itu dia menghulurkan tangan  kanannya .

"Tak lama mana pun."Amanda membalas lalu mengambil tangan  suaminya dan disalam serta dicium.Tersenyum  lebar Kelvin melihat pasangan itu,jelas sekali nampak kebahagian di wajah Amanda.

"Dah jom masuk.Korang semua pun jemputlah masuk."Pelawa Amanda dengan senyuman yang manis,tanpa membantah 4 jejaka itu terus melangkah masuk dan menuju ke arah meja makan.

"Wah,banyaknya makanan."Berpinar-pinar mata Ben melihat makanan yang tersedia.Sudah lama dia tidak makan makanan seperti ini kerana dia tidak pandai memasak

Amanda hanya tersenyum,dia hanya memasak spaghetti dan taco.Manakala untuk pencuci mulut tiramisu dan samosa dihidangkan.

"Jemput lah duduk."Semua jejaka itu terus melabuhkan punggung di atas kerusi,semua sudah lapar apabila melihat makanan yang masih lagi berasap menandakan makanan itu baru sahaja siap dimasak

"Nanti semua berkumpul dekat depan,ada perkara yang aku nak cakap."Kata Tengku Aaron dengan mendatar.

Amanda hanya mendengar tanpa membalas,entah kenapa dia berasa tidak sedap hati seperti ada perkara yang buruk akan berlaku.

Ezra,Ben dan Adrian sudah tersenyum sinis.Kelvin pun hanya membuat endah kerana dia langsung tidak tahu apa-apa.

****************************
Selesai sahaja menjamu makanan,mereka terus berkumpul di ruang tengah.Amanda mengambil tempat bersebelahan suaminya.Yang lain pula melabuhkan punggung di sofa yang berlainan.

"Kau nak beritahu tentang apa Bro.?"Soal Kelvin yang sedang bersandarkan di kepala sofa,Tengku Aaron menarik nafas yang panjang cuba untuk memikirkan ayat untuk disusun

"Amanda."Seru Tengku Aaron dengan perlahan

"Ye,awak."

"Kau tahu kenapa aku nak sangat menikah dengan kau?."Berkerut dahi Amanda mendengar panggilan daripada suaminya.

"Sebab awak cintakan saya kan?"Tengku Aaron tersenyum sinis mendengarkan balasan dari isterinya.

"Tak,aku langsung tak cintakan kau."Balas Tengku Aaron dengan bersahaja.Habis sahaja berkata,air muka Amanda terus berubah,Kelvin pula sudah menegakkan badannya.

Jejaka itu masih lagi terpinga-pinga.Tidak faham dengan situasi ini.Amanda pula terus tersentak dan masih blur

"Apa awak cakap ni?Saya tak faham lah."Soal Amanda sambil mengenggam erat tangan suaminya,jantungnya sudah berdegup dengan laju

"Macam  ni jelah,sebenarnya kitorang ada buat satu cabaran untuk Aaron.Cabaran dia,Aaron terpaksa berkahwin dengan kau selama 3 bulan je.Selepas itu dia akan ceraikan kau."Kali ini Adrian membalas bagi pihak Tengku Aaron.

BUK.Selesai sahaja Adrian berkata,satu tumbukan hinggap di wajahnya.

"Bodoh!Cabaran bodoh apa yang korang rancang ni?Kenapa aku tak tahu?!"Lantang Kelvin bertanya,dadanya berombak-rombak menahan marah

"Kelvin!Kau duduk!."Tengku Aaron berdiri lalu berkata dengan lantang.Amanda masih lagi mendiamkan diri.Dia tidak percaya yang dirinya diperlakukan sebegitu .Tidak ubah seperti bermain judi dan dia menjadi taruhan.

"Korang tak beritahu kau,sebab kitorang tahu yang kau takkan setuju dengan cabaran kitorang."Ben berkata sambil
menyilangkan tangan di dada.Badan Kelvin pula menggigil menahan marah.

"Kenapa awak buat saya macam ni?Awak dah tak sayangkan saya ke?Apa salah saya?."Tanya Amanda sambil mengalirkan air mata,dia juga turut berdiri di sebelah suaminya

"Sebab aku tak cintakan kau.Kau sedar tak selama ni aku langsung tak cintakan kau.Tapi kau yang bodoh,percaya.Ramai lagi perempuan yang aku akan dapat dekat luar saya.Setakat macam kau ni,berlambak dekat tepi jalan.Walau apa sekali pun,aku tetap akan ceraikan kau.Aku dah muak tengok muka kau."Dahi Amanda ditunjal-tunjal dengan kasar

Amanda menyentuh lengan suaminya sambil menggelengkan kepala."Saya merayu dengan awak,jangan ceraikan saya.Saya sayangkan awak.Sayang sangat.Kita masih lagi boleh mempertahankan rumah tangga kita.Tolong awak saya merayu dengan awak.Ini semua demi an....."Belum sempat Amanda menghabiskan bicara.Tengku Aaron terus mencelah.Tangan Amanda diretap kasar.

"Dah!Kau tak payah rayu,tak guna sebab hati aku tak cintakan kau.Aku benci tengok muka kau perempuan.Benci sangat."Mereka yang lain hanya mampu mendiamkan diri,ibarat sedang menonton drama

"Aaron,kau jangan buat perkara yang bodoh.Aku tahu kau cintakan isteri kau,tapi kau ego!Aku rayu kau jangan lafaz perkataan tu."Kali ini Kelvin yang merayu,dia tidak sanggup melihat Amanda diceraikan dan diperlakukan seperti itu.Wanita itu langsung tiada salah

"Kau jangan masuk campur!."Bentak Tengku Aaron,matanya mecerlung melihat ke arah kawannya itu

"Awak saya merayu dengan awak,jangan ceraikan saya.Saya tak ada sesiapa dalam hidup saya,saya ada awak je dalam hidup saya.Awak dah janji takkan ceraikan saya.Tolong tunaikan janji awak,saya janji yang saya akan berubah dan akan pertahankan rumah tangga kita."Tersedu-sedu Amanda berkata,jika saat ini orang lain mengatakan dia seperti perempuan bodoh dia langsung tidak kisah kerana dia hanya seorang isteri yang sangat menyayangi suaminya lebih dari diri sendiri

"Aku malas nak buang masa."Sudah tiba saatnya Tengku Aaron melafazkan perkataan ini

Amanda memejamkan mata sambil air mata yang masih laju mengalir,dia takut untuk mendengarkan lafaz yang akan dikeluarkan dari mulut suaminya

"Amanda Medina aku ceraikan kau dengan talak satu."Lafaz Tengku Aaron dengan bersahaja.Tidak kurang macam orang yang bodoh

Amanda terus jatuh melorot di lantai selepas mendengarkan lafaz yang di ucap

Dan pada saat ini dia bukan lagi isteri kepada Tengku Aaron..bukan lagi bidadari syurga untuk lelaki yang dicintai sejak dulu.

Dia redha jika perkara ini berlaku kepadanya,sakit apabila diperlakukan seperti mainan.

BUK.


Okey tak chapter kali ni,sebenarnya saya takut nak update chapter ni.Takut tak best.

My Husband BadboyWhere stories live. Discover now